Skip to main content

Seorang Bapa Ditikam Anak Perempuan

Seorang Bapa Ditikam Anak Perempuan Di Jinjang

Sampai hati seorang anak perempuan berumur 18 tahun, menikam bapanya 45 tahun, dua kali dileher dengan menggunakan pisau pemotong sayur. Dari siasatan awal ianya berlaku sejurus pertelingkahan bapa dan anak. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul suspek tidak berpuas hati dan mengamuk kerana bapanya tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis.

anak perempuan tikam bapa di jinjang, tikam bapa kerana hubungan sejenis, mari didik anak anak, hak seorang bapa mendidik anak, pentingnya mendidik anak-anak dengna ilmu agama,
Seorang gadis menikam bapa

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Taman Desa Bakti Jinjang pada kira-kira jam 10.45 pagi 22 November. Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
sumber dari awani

Dunia semakin pening

Hari demi hari bermacam-macam berita kita dengar. Bila sudah menjadi seorang bapa, abah, papa, daddy, Abi, sudah tentu masalah amat menakutkan. Manusia seakan hilang peradaban dalam dunia semakin maju. Ini juga mungkin kerana faktor kemajuan teknologi tidak seiring dengan kemajuan akhlak dan adab. Bukan isu seperti ini malah banyak lagi isu gejala sosial yang semakin hari semakin teruk dan membusuk.

Teringat kata-kata Allahyarham Tok Guru Nik Aziz "Ibarat kawasan yang tanaman yang subur dikelilingi kawasan yang dipenuhi tikus dan haiwan perosak" sedikit sebanyak memberi kesan pada kawasan yang subur.

Apa yang perlu kita lakukan hari ini wahai ibubapa adalah kembali melihat dan mendidik di dalam rumah masing-masing supaya sentiasa beradab dan berakhlak mulia tidak kita didalam atau diluar rumah. Jangan terlalu mengejar kemewahan sehingga terlupa tanggungjawab kita dalam mendidik anak-anak. 

Apapun mengenai isu diatas ianya mungkin dugaan dan ujian yang diberikan pada bapa terbabit semoga anaknya dikurniakan hidayah dan kembali menjadi anak yang solehah. Semua orang pernah melakukan kesalahan dan masih mempunyai ruang untuk membaikinya. Semoga isu ini menjadi pengajaran buat semua.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. begitulah jika terlalu mengikut emosi marah, syaitan pasti mengambil kesempatan.. semoga anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  2. Baru tadi kawan Nani cerita pasal ni. Allah. Sedih rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihkan...pastinya lebih sedih buat bapa yang menjadi mangsa tikaman anak

      Delete
  3. Ishh manusia kini semakin hilang pertimbangan dan sifat perikemanusiaan... Makin maju kemajuan teknologi, makin membusuk peradaban dan tatakesusilaan manusia ... sedih! Al-fatihah...

    ReplyDelete
  4. Remaja sekarang cepat hilang pertimbangan dan suka bertindak tanpa berfikir.. Kesian bapa dia... al fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bapa dia belum meninggal masih dirawat...

      Delete
    2. pentingnya ibubapa memberikan ilmu atau didikan yang terbaik terutama ilmu agama

      Delete
  5. Kalau dah nak sangat kahwin anak tu, bagi je la..

    ReplyDelete
  6. berattttttt sangat bahu nak pikul tanggungjawab mak pak ni kan. tak seberat nak pinggul tanggungjawab suami atau isteri kan. nak mendidik anak bukan mudah ;(

    ReplyDelete
  7. Astagfirullah.. macam2 kes sekarang ni..

    ReplyDelete
  8. Dunia sekarang nie merisaukan kita...

    ReplyDelete
  9. haaaa dia nak ada hubungan dgn budak perempuan whaaat ??

    ReplyDelete
  10. perghh...anak skrg...x puas hati je BUNUH!

    ReplyDelete
  11. dari kecil lagi perlu didik dengna teras AGAMA yang kukuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...