Penangan Zul Handy Black Tersingkir Gegar Vaganza

Zul Handy Black Tersingkir Dari Gegar Vaganza 2015

Zul Handy Black tersingkir dari Gegar Vaganza semalam. Untuk pengetahuan semua aRz agak kekurangan masa untuk di melayan siaran televisyen tidak kira samada program realiti ataupun drama mahupun filem terbaru. aRz sendiri akui aRz banyak terlepas menghayati filem-filem terbaru dipasaran. Kadangkala ada rasa macam memilih sedikit dalam menonton filem. Ok lupakan. Isu sebenar entri kali ini Zul Handy Black tersingkir dari Gegar Vaganza.

zul handy black, gegarvaganza 2015, zul handy black tersingkir,
Zul Handy Black. kredit astro gempak

Penyokong Zul Handy Black Mengamuk Di Twitter

Kebetulan semalam adalah kali pertama aRz tonton Gegar Vaganza. Kebetulan juga berada di rumah kakak, sambil lepak anak sedara buka siaran yang menayangkan Gegar Vaganza kalau ikut nak tengok Travelling Beruang saja tapi...biarlah...Semalam merupakan kali pertama dan mungkin terakhir melihat aksi Zul Handy Black dengan lagu Rossa. Walaubagaimanapun memang tak mencabar kerongkong Zul dengan lagu ini. Lagi tak patut disingkirkan. Suara mirip Awie. Habis saja Zul Handy Black di keluarkan saja aRz tweet seperti gambar dibawah.

peminat tidak percaya zul handy black tersingkir gegar vaganza, peminat mengkritik zul handy black tersingkir, patutkah zul handy black tersingkir, luahan hati peminat gegarvaganza.
Tweet #zulhandyblack #gegarvaganza

Tak sampai beberapa minit dari aRz tweet tiba-tiba banyak pula "notification" masuk, rupanya beberapa pengguna twitter lain 'retweeted'. Bila check semula makin ramai yang tweet tidak puas hati Zul Handy Black tersingkir. Masing-masing meluahkan pendapat masing-masing mengenai zul handy black tersingkir.

tweet dari peminat zulhandy black







Twitter

Secara tidak langsung inilah kali pertama tweet aRz aktif hanya kerana hashtag #zulhandyblack dan #gegarvaganza. Memang penangannya agak mengejutkan bagi pengguna Twitter suam-suam kuku macam aRz ini. Walaubagaimanapun pendapat aRz suara Zul Handy Black memang terbaik dari dulu lagi. Cumanya kalau dapat lagu Rossa takkanlah dia nak ubah jadi rentak Metallica. Macam tak rasional kan? Apapun inilah program realiti tv. Lihatlah bagaimana minggu hadapan yang dikatakan penuh kejutan atau mungkin ini kali terakhir aRz menonton #gegarvaganza.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. memang tak puas hati dia keluar..bukan senang mat rock nak nyanyi lagu acah-acah cute..kejam betul lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memanglah dia nyanyi mcm flat sikit kan,..tapi bab acah2 cute tu memang comel :)

      Delete
    2. Perasan tak dia ada golek sikit hehe

      Delete
    3. Perasan tak dia ada golek sikit hehe

      Delete
  2. tau xpe..ptutnya sheeda tu kuar..huhuuh

    ReplyDelete
  3. macam nk tgk plak gegarvaganza...semalam layan travelling beruang...melepas tgk zul handyblack hihi

    ReplyDelete
  4. Akak pun tak puas hati tgk si zul tu keluar,..dan a bit pelik bila Syeeda kekal. Bukanlah nak kata dia tak bagus, tapi penyanyi2 lain lebih hebat& baik performancenya.

    ReplyDelete
  5. tak tengok lagi gegar vaganza ni walaupun ramai yang masuk tu era2 zaman kak ana hihi :)

    ReplyDelete
  6. Saya pun takde masa nak tgkTV sangat....Jujurnya, saya tak tengok Gegar Vaganza...
    Tapi,penyanyi2 dulu mmg saya respek..suara mereka, memang "suara emas"

    ReplyDelete
  7. hahahaha... kan.. saya pun terkejut ingtkan sheeda yg kluar..

    ReplyDelete
  8. Itu lahh tak sangka sungguhh wuwuwu

    ReplyDelete
  9. Zul buat muka manja... Itu pasal terkeluar... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...dia ada buat muka manja...ala-ala rossa hahaha

      Delete
  10. no komen ok
    x tengok haha

    ReplyDelete
  11. kami pun layan jugak. tetiba terlayan. sebelum ni mana nak layan program2 mcm ni hahahaha. tp diakui zul handy black antara yang baik. ingatkan sheeda tu yg keluar huuuu

    ReplyDelete
  12. tak sokong gak zul keluar kita pun minat dia

    ReplyDelete
  13. saya ada tengok jugak episod yg 2 mggu lepas... baru ni xdapat tgk, kat umah xda astro,,, aritu pun tgk kat kg... tp saya suka tgk gegarvaganza yg ni dr yg thn lps...

    ReplyDelete
  14. sy bc td kt ramly ms zul x de peningkatan dlm nyanyian wpn dah msk 3 mggu ;-)

    ReplyDelete
  15. tu la terkejut jugak dia keluar.. memang layan gegarvaganza musim ni.. sbb penyanyi rmai best2..hihi

    ReplyDelete
  16. Xleh nak komen.. sebab x tgk.. hehehe.. tapi dasyat gak penangan artis dan rancangan realiti tv nie..

    ReplyDelete
  17. Ramai juga peminat Zul Handy Black ni ya..suara dia pun memang sedap juga kan

    ReplyDelete
  18. akak lagilah, langsung tak ikuti perkembangan

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih