Gambar Ini Menjelaskan Bagaimana Penglihatan Orang Rabun

Gambar Yang Menjelaskan Penglihatan Orang Rabun

Rabun. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan oleh kerana itu penglihatan menjadi kabur. Ya...Rabun juga boleh dikategorikan sebagai kekurangan. Mereka yang rabun biasanya memerlukan bantuan kaca mata untuk melihat lebih jelas. Bagaimana orang rabun ini melihat? Bagaimana penglihatan mereka? Pernah terbayang? Gambar-gambar dibawah sedikit sebanyak menjelaskan bagaimana penglihatan orang rabun.

bagaimana orang rabun melihat, photography, gambar cantik, rabun penglihatan,
Rabun

Gambar ini menjelaskan bagaimana orang rabun melihat.

Untuk pengetahuan semua aRz juga merupakan seorang yang mempunyai kekurangan ini dimana rabun jauh sejak dibangku sekolah. Ketika membuat kaca mata, aRz juga berhadapan dengan silau yang agak teruk menambah lagi gangguan sekiranya memandu di malam hari. Sebelum ini ada terbaca di web mengenai jurufoto menghasilkan gambar seperti ini untuk menjelaskan bagaimana penglihatan orang rabun. Tetapi aRz cuba untuk menghasilkan sendiri gambar supaya dapat menjelaskan bagaimana penglihatan yang rabun dengan bantuan kamera DSLR. Jom saksikan.

blur, kacamata, penglihatan rabun, orang rabun, bagaimana orang rabun melihat,
Mencari Kaca Mata

Adakala aRz juga mengalami sedikit kesukaran mencari kaca mata. Dengar seakan pelik bukan. Tetapi ianya hakikat bila mana di malam hari ditambah dengan bingkai kaca mata berwarna hitam. Teraba-raba mencari. Beginilah juga ketika aRz bermain badminton tanpa memakai kaca mata, hanya mengagak sahaja dimata bulu tangkis berada.

gardenia, bagaimana orang rabun melihat, dedah penglihatan orang rabun,
Roti Gardenia
menonton televisyen, rabun, pandangan kabur, bagaimana orang rabun melihat,
Menonton Televisyen

Menonton Televisyen. Orang yang rabun jauh seperti aRz kalau menonton televisyen tanpa kaca mata biasanya akan duduk paling dekat dengan televisyen. Tapi macam mana kalau menonton di Warung, atau Restoran Mamak kalau tanpa kaca mata? Memang penglihatan seperti gambar diatas. Dengar suara saja. Lagi sukar jika menonton perlawanan bola. Pemain pun hampir tak nampak apatah lagi mengesan dimana bola berada.

pintu, rabun, blur, penglihatan kabur, bagaimana orang rabun melihat,
Membuka Pintu
Membuka pintu. Bab ini tidaklah terlalu bermasalah kerana aRz rabun jauh. Jadi masih dapat melihat dengan baik objek yang dekat.

rabun ketika membaca buku, bagaimana orang rabun melihat, penglihatan kabur,
Membaca Buku ( Lebih kepada Rabun Dekat)

Membaca. Jika membaca buku mungkin agak sukar bagi mereka yang rabun dekat. Tetapi aRz ketika dibangku sekolah memang agak sukar untuk membaca dengan baik sekiranya terlupa membaca kaca mata. Jawapnya pinjam buku kawan. Tetapi semakin meningkat tingkatan aRz lebih suka mencari tempat di bahagian depan.

kabur ketika memandu, bagaimana orang rabun melihat, kabur, photography, blur, gambar cantik,
Memandu Di Malam Hari Ketika Hari Hujan

Memandu di malam hari dan ketika hujan. Tanpa kacamata memang suatu perkara yang amat bahaya. Ditambah dengan silau memang sukar untuk melihat dengan baik. Di hari siang mungkin penglihatan aRz masih baik kerana tidaklah terlalu rabun jauh. Walaubagaimanapun bagi mereka yang menghadapi situasi penglihatan seperti gambar diatas perlulah mengambil langkah membuat pemeriksaan mata dan membuat kacamata bagi memudahkan memandu ketika waktu malam dan mengelakkan kesukaran dan kesusahan yang akan mengakibatkan orang lain seperti kemalangan dan sebagainya.

orang rabun, rabun penglihatan, bagaimana orang rabun melihat, penglihatan yang kabur,
Pandangan Di Malam Hari

Pandangan di malam hari. Bila malam ia bermakna cahaya makin kurang. Bila cahaya semakin kurang penglihatan juga semakin kurang jelas. Sekiranya berjalan atau ronda di malam hari mungkin inilah penglihatan bagi seorang yang rabun. aRz juga tidak terkecuali, tetapi dengan teknologi serba canggih hari ini mampu membantu orang yang rabun penglihatan seperti aRz dapat melihat dengan baik.

Jangan Salahgunakan Nikmat Penglihatan

Jangan salah gunakan nikmat penglihatan. Bersyukur jika kita dikurniakan penglihatan yang baik dan gunakan untuk melihat perkara yang baik serta membawa kepada rasa bersyukur. Mereka yang rabun seperti aRz atau lebih lagi hanya mampu bercita-cita sahaja untuk menjadi juruterbang, pasukan beruniform, dan juga kerja-kerja yang melibatkan penglihatan yang baik.

Walaubagaimanapun, orang yang rabun memiliki satu kelebihan iaitu terselamat dari melihat perkara yang tidak baik dipandang. Semoga kekurangan ini menjadi satu kelebihan. Tetapi jangan lupa bersyukur dengan nikmat yang ada walaupun sedikit kerana orang yang rabun masih lagi mampu melihat berbanding mereka yang tidak dikurniakan penglihatan.

p/s: Perkongsian ini bukanlah untuk mengatakan keburukan atau kekurangan orang yang rabun penglihatan tetapi hanyalah sekadar satu perkongsian mudah-mudahan membawa kebaikan dan juga sebagai satu cara kreatif mengambil gambar untuk memberi pengajaran.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. kalau tak pakai spek, cahaya nampak kembang je..hehe. apa pun bersyukur dgn nikmat Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan

      Delete
  2. Bersyukur sangat dikurniakan mata yang sihat. Buat mereka dan arzmoha yang rabun penglihatan, ujian itu sungguh-sungguh berat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi adakala ujian ini mampu melunturkan takbur...

      Delete
  3. ke empat2 org anak akak berkacamata..mak dan ayahnya masih ok lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. beruntung orang yang tidak rabun...macam saya kalau terlupa spek mata...agak risau bila memandu kereta

      Delete
  4. itu tahap rabun tinggi tue.
    alhamdulillah shark masih lagi boleh lihat dengan baik walaupun rabun.
    mcm mana pula dengan pandangan orang buta.
    lagi kesian tengok mereka.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. silau bila malam dicampur hujan memang boleh tak nampak apa huhu

      Delete
  6. bersyukur sangat diberikan mata yang sihat...macam gitu rupanya perasaan jadi orang rabun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gi melancong ke australia tapi tak bawa spek...alamat seperti tak melancong...

      Delete
  7. tapi kadang kala ujian Allah sungguh berat... Bertabahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap dari bernama manusia pasti diuji. masing-masing ada kelebihan ada kekurangan

      Delete
  8. lupa bagaimana rasa tanpa cermin mata..pernah di cop sombong oleh kawan2 sebab xsenyum bila selisih, padahal selama ni depa nampak I bercermin mata, dek kerana patah 2 minggu juga tanpa cermin mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih bersyukur boleh melibat walaupun macam gambar kat atas tu.. klu buta lagi lah sedih kan..

      Delete
    2. saya selalu jugak di cop sombong sebab tak senyum, sedangkan memang tak nampak sapa kat depan kalau tak pakai spek....

      Delete
  9. hati2 memandu malam2 hari ya Abang Long..
    bab menggagau cari spek tu iols faham ahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cari spek tak jumpa memang stress

      Delete
  10. Betul tu sebab Mrs. A pun rabun jauh.
    Tapi 8 to 5 Mrs. A lebih suka pakai contact lense.
    Cakap pasal kebaikan rabun jauh tu memang ada benarnya.
    Teringat dulu time bujang duduk rumah sewa apt tkt 13 balkoni yang berhadapan dengan rumah sewa bujang lelaki.
    Mrs. A dengan sorang lagi kakak yang rabun tu selalu pelik kenapa dengan mamat tu suka berdiri atas kerusi kitaorang tengok ajelah sebab imejkan kabur dedua rabunlah katakan,
    Pastu panggillah seorang lagi housemate yang tak rabun. Cuba kau tengok mamat tu buat apa tuh! menjerit dan terduduk kawan sorang tu. Oiii... korang mamat tu sex maniac la dia tunjuk anu dialah.
    Hah! yeke ntah manalah kitaorang nampak sambil kakak yang sorang tu buat action tunjuk gunting nak potong anu dia gila dan lawak betul bila diingat-ingat semula hahahhhaaaa...

    ReplyDelete
  11. Pakai lens nak bagi nampak natural tapi bersyukurlah orang yang tak rabun

    ReplyDelete
  12. Pakai lens nak bagi nampak natural tapi bersyukurlah orang yang tak rabun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya pakai lens akan kembali natural...tapi spek ada limit juga.

      Delete
  13. kak ana malam memang tewas kalau memandu ni, silau tahap gaban tapi kadang-kadang dalam keterpaksaan di gagahi juga.. betul tu penglihatan adalah satu anugerah yang wajib di syukuri.alhamdulillah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmat yang perlu disyukuri...hati-hati kak ana

      Delete
  14. Akak pula rabun dekat, maklumlah cecah usia 40an, gitulah aRz tapi tetap berdegil, spek dijadikn hiasan kecuali nak menulis/membaca tempat malap sgt, mulalah mencari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rabun dekat bila nak membaca perlu pakai spek la kan kak

      Delete
  15. Nani ni pun baru ni cek dia cakap nani rabun. Tskkk T_T

    ReplyDelete
  16. Rabun jauh sha pun makin kritikal skrg nie..
    Selalunya pakai spek bila keluar rumah, memandu jer..
    Kalau dalam rumah or waktu mengadap komputer kat opis mmg sha x pakai spek..
    Tapi skrg nie kalau menonton kat umah pun kena pakai spek sebab cam dah makin teruk..

    ReplyDelete
  17. Orang yang bernata masih sihat, jagalah mata baik-baik ye. Yang rabun, macam tuan punya blog dan saya memang nampak macam tu bila tak pakai spek, hihi :p

    ReplyDelete
  18. saya paham perasaan tu bro..
    tambah klau spek lupa letak kat mana
    memng gelabah jugaklah..
    maklumlah kita kan geng rabun hehehehe ":)

    ReplyDelete
  19. adusss..rasa sakit mata bila tgk gambar2 nihhh

    ReplyDelete
  20. kalau aRz bukak spek tu mmg nampak seperti dlm gambar ni ke

    ReplyDelete
  21. apa beza rabun dekat dan rabun jauh eh

    ReplyDelete
  22. syukur juga sebab masih boleh melihat..

    ReplyDelete
  23. pasti ada hikmahnya di atas setiap sesuatu yang berlaku.. bersyukur kerana penglihatan masih normal setakat ini..

    ReplyDelete
  24. Cik Mimie pun rabuh jauh jugak...semua gambar2 tu, memang sama kalau tak pakai spek.. agak sukar sedikit.

    ReplyDelete
  25. Paling tak suka kalau pergi wayang p terlupa bawa spek..huwaa...memang xde feel langsung tgk movie..

    ReplyDelete
  26. Sangat bersyukur dan berterima kasih kpd yg cipta cermin mata ni..heeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih