#Cabaran20Hari Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

Cabaran20Hari Pengalaman Manis Bulan Puasa

Salam. Pengalaman manis di bulan puasa. Setiap muslim pastinya mempunyai pengalaman manis tersendiri ketika mana melangkah masuk ke bulan Ramadhan. Pengalaman manis aRz di bulan puasa sama juga seperti orang lain. Termasuk dengan berbuka dengan juadah yang manis. : )


Sebagai seorang umat Islam pengalaman manis yang tidak boleh dilupakan di bulan puasa adalah nikmat Islam. Tanpa nikmat Islam sudah pasti tidak akan merasa kemanisan pengalaman di bulan puasa. Bulan di mana diturunnya Al-Quran, Bulan ditutup pintu pintu neraka dan dibuka pintu-pintu Syurga. Sudah semestinya menjadi pengalaman manis buat semua umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Setiap kali tibanya bulan Ramadhan pastinya menjadi kesyukuran dalam diri kerana diberi kesempatan untuk masih merasai nikmat Bulan yang Mulia dan penuh Barakah ini.

Disamping nikmat Islam, kemanisan pengalaman dibulan puasa adalah dapat meluangkan waktu dan masa bersama keluarga tidak kira ketika berbuka, bersahur atau untuk majlis tadarus dan sebagainya. Alangkah teruknya kita, jika masih diberikan umur yang panjang buat ibubapa kita tetapi tidak ada masa untuk pulang menziarahi keduanya dan membahagiakan keduanya. Di bulan ini juga sekiranya anak-anak pulang berjumpa, berpuasa, bersahur dan berbuka bersama kedua ibubapa mereka pastinya menjadi pengalaman manis buat ibubapamu di bulan Ramadhan ini. Pulanglah buat mereka yang masih di perantuan.

Selain meluangkan masa bersama keluarga, diberi keizinan melakukan Solat Terawih berjemaah di masjid dan surau. Alangkah indahnya melihat Umat Islam memburu ganjaran-ganjaran pahala yang dijanjikan dibulan ini.

Pengalaman manis di bulan puasa yang masih difikiran aRz juga adalah rasa bersyukur dipanjangkan umur dapat melalui beberapa era dan zaman. Zaman yang aRz maksudkan adalah zaman kanak-kanak, remaja, bekerja (single), dan juga era perkahwinan serta era bergelar abah.

Pengalaman manis sudah pasti sesuatu yang kita rasakan indah apabila dikenang semula dan ianya perlu di syukuri kepada Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini ramadhan yang penuh makna buat kita semua. Jom gandakan usaha mencari Malam Seribu Bulan yang pastinya akan menjadi pengalaman paling manis di bulan puasa dan juga seumur hidup kita.

Jumpa Lagi.





Comments

  1. Assalam arz,
    betoi3
    akak bersyukur sangat my mak dok sekali dengan akak
    tetiap hari boleh ziarah my mak
    Alhamdulillah

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  2. banyak sungguh era abg arz =,='

    ReplyDelete
  3. Nak berbakti lagi kat parents...

    Semoga diberi peluang dan ruang itu lagi...

    ReplyDelete
  4. Saban tahun Zumal tak pernah berkesempatan berbuka bersama ibu bapa...

    ReplyDelete
  5. semoga dpt berbakti kepada bapa dan mak.. duduk sekali boleh la.

    ReplyDelete
  6. takde ke pengalaman berbuka awal

    ReplyDelete
  7. indahnya pengalaman bersama IBU bapa

    ReplyDelete
  8. masa bulan puasa ni lah nak kejar pahala banyak2... alhamdulillah dah sampai bergelar bapa pun. moga berkesempatan digelar seorang atuk pula

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih