#Cabaran20Hari Nostalgia Kad Raya

Cabaran20hari Nostalgia Kad Raya

Nostalgia kad raya.Nostalgia ni sebenarnya membawa maksud apa? Kenangan la ye kot. Nostalgia kad raya aRz rasa tak ada yang istimewa sangat. Tradisi bertukar kad raya sememangnya sangat meriah di Malaysia. Cumanya mungkin agak berkurangan sekarang kerana perubahan teknologi. Kalau dulu memang agak sukar untuk berhubung dan Kad Raya adalah sebagai peganti diri dan suara kepada seseorang yang kita ingati dan kasihi.

kad raya, nostalgia kad raya, berbalas kad raya, kad raya contoh, arzmohadotcom,
Nostalgia Kad Raya

Dari zaman sekolah lagi memang aRz agak kurang berbalas kad raya. Sebabnya masa sekolah tulisan agak buruk. Jadi aRz jarang balas kad raya. Kalau balas adakala minta kakak atau abang tuliskan. 

Kad Raya kalau di Malaysia ni biasanya dan jadi macam satu tradisi bila semakin dekat hari raya maka kita akan lekat di dinding mahupun letak di kawasan atau sudut tertentu. Bila orang datang beraya, rileks ja baca kad raya yang tergantung. Mungkin kalau ada kad raya yang istimewa sedikit di letakkan gam supaya tidak boleh dibuka dan dibaca.

Untuk tahun lepas merupakan tahun pertama aRz menerima kad raya dari rakan blogger. Boleh baca entri yang tertera dibawah nanti. Walaubagaimanapun tidak sempat membalas. Untuk tahun ini, aRz masih menerima beberapa kad dari rakan blogger yang senantiasa mengingati aRz. Insyaallah entri Kad Raya Istimewa selepas aRz kembali dari Kuala Terengganu. Masa sangat-sangat mencemburui. Membahagikan masa antara kerjaya, blog, keluarga serta pembelajaran. Adakalanya rasa macam masa sangat suntuk tetapi suntikan semangat dari rakan blogger yang sentiasa ada membuatkan aRz lebih kuat untuk meneruskan berblogging. Terima kasih rakan blogger dan pembaca blog.

p/s : Kak Anajingga, Inani Hazwani, Sis JM, Amanina, Azhafizah.com kad raya sudah pun diterima. Tak sempat untuk buat satu entri penghargaan. Insyaallah selepas raya. Terima kasih tidak terhingga.

Salam Aidilfitri
#Cbaran20Hari #Day18

Comments

  1. seronok rasanya bila geng blogger masih menghidupkan amalan bertukar-tukar kad raya ni kan..salam Aidilfitri Arz.maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Kalau masih ada kesempatan menemui Ramadhan tahun depan, Insha Allah Zumal nak utuskan kad juga buat Arz...

    ReplyDelete
  3. abang long balik ganuuuu tu.. nnt kirim kopok losong k.. hehehe.. slamat hari raya aidilfitri buat Arz dan keluarga.. utk cik puteri tu jgn sombong2 hahaha nnt acik x kasi duit raya =P

    ReplyDelete
  4. Kad raya lebih memberikan nostalgia. Rindu zaman-dulu-dulu. :(

    ReplyDelete
  5. Cantiknya kad raya tu. Dlm gmbr tu.

    ReplyDelete
  6. tradisi antr kad raya mmg saya amalkan dari sejak zaman sekolah lagi sampai la skrg

    ReplyDelete
  7. Assalam arz,
    gantung dak kad ghayer tu????
    he3
    his santek2 noooooooooo

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih