#Cabaran20Hari Lagu Raya Pilihan

Lagu Raya Pilihan arzmoha.com

Lagu raya pilihan merupakan cabaran kali ini. Memang mencabar. Lagu raya bukan ada satu dua tapi banyak kalau ikut pilihan semua yang dalam simpanan la kan. Tapi setelah di timbang, di rasa, ada beberapa yang menjadi pilihan. Nak tau pilihan lagu apa? Baca kat bawah tu. Tapi ingat jangan lupa tinggalkan komen lagu pilihan anda kat bawah nanti k.

lagu raya pilihan, lagu raya anuar zain, anuar zain, lagu best anuar zain,
google image : Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar zain. aRz bukan peminat Anuar zain, lagilah bukan peminat tegar. Cuma meminati lagu yang dinyanyikan oleh anuar zain. Lagu-lagu itu adalah lagu raya yang dinyanyikan olehnya. 

Lagu ni tak tahulah macam mana leh minat tapi masa belajar dulu kalau dengar lagu ni atas bas memang lain macam mood raya tu. Tapi tak berapa paham sangat makna lagu ni. Sapa leh tolong terangkan skit. Disebakan entry kali ni aRz kongsi lebih dari satu video aRz cuma letakkan link dari youtube.

Bersabarlah Sayang ( <<<klik kalau nak dengar<<)

Satu lagi lagu lama dari Anuar Zain dan Ellina. Semua orang pasti dah tau lagu ni kan? Terkenal sangat lagu ni.

Suasana Hari Raya (<<<klik kalau nak dengar<<)

Sudirman

Lagu ini kalau ada orang kata tak pernah dengar huh...memang tak patut. Tapi mungkin juga lah anak-anak yang baru lahir sekarang ni tak pernah taupun pasal lagu ni. Semua budak kampus pasti menyanyi lagu ini. kena pula tiket habis. Naik bas lompat. Memang feel dia lain macam haha...

Balik Kampung (<<<klik kalau nak dengar<<)

Upin Ipin


Aikk upin ipin pun ada lagu? haha Ini lagu pilihan Cik Puteri. Mana boleh lupa. Sebenarnya sama ja macam lagu Anuar Zain feat Ellina tetapi versi upin ipin. Jom dengar

Suasana Hari Raya versi Upin Ipin (<<<klik kalau nak dengar<<)

Jalil Hamid


Ini lagu terakhir pilihan aRz. Lagu ni kalau tak dengar memang tak sah. Korang macam mana?

Hari Raya (<<<klik kalau nak dengar<<)

Setakat ini dulu lagu pilihan aRz. Macam aRz kata diawal tadi lagu raya pilihan ni banyak cuma ini paling terpilih la. Jangan lupa tinggalkan komen lagu kegemaran anda pula.

Jumpa Lagi



{ 23 comments.. read them below or add one }

SalbiahM SalbiahM 8 Jul 2015, 10:37:00
paling suka lagu Aman Shah - kepulangan yang dinanti..
Azieera TajulRahim Azieera TajulRahim 8 Jul 2015, 11:59:00
kita suka lagu : suasana hari raya! Meriahnya bila lagu ni dipasang time nak raya...
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 8 Jul 2015, 12:26:00
Suka semua lagu raya yang lama-lama.. Terutama sekali nyanyian Sudirman dan Mamat Exist..
Dunia Zumal Dunia Zumal 8 Jul 2015, 12:26:00
Best lagu Upin Ipin tu. Haha ^-^
Cik Mimie Cik Mimie 8 Jul 2015, 16:46:00
suka lagu kepulangan yang dinanti dan Air mata syawal :)
Cik Ash Cik Ash 9 Jul 2015, 17:03:00
suka dengar Lagu anuar zain, sanisah huri, aisyah tu sudirman dari jauh Ku pohon maaf
sayidah napisah sayidah napisah 9 Jul 2015, 20:31:00
ooooo balik kampunggg.oooo balikk kampunggg *karaoke*

hati girangggg.perjalanan jauh tak ku rasa

senang hati ku melonjak sama

ingin berjumpa sanak saudara

yg selalu bermainn di mataaa
muhammad nizam muhammad nizam 9 Jul 2015, 20:42:00
bukan minat sesuci lebaran ke..?
aRz MoHa aRz MoHa 10 Jul 2015, 03:24:00
sal tunggu kepulangna siapa?
aRz MoHa aRz MoHa 10 Jul 2015, 03:24:00
lagu lagu sayu ja ekin suka ya
aRz MoHa aRz MoHa 10 Jul 2015, 03:25:00
seronok dia mentang mentang la dah balik kampung
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:40:00
amboi seronok sampai karok dekat sini yeeeee
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:40:00
x suka anuar zain tapi lagu dia dulu best. jalil hamid tu macam pernah dengar je...
anajingga anajingga 13 Jul 2015, 22:12:00
kak ana suka lagu abang Jamal Abdillah haha :)
anajingga anajingga 13 Jul 2015, 22:13:00
aik kenapa tak suka annuar zain , amy..hihi :)
anajingga anajingga 13 Jul 2015, 22:18:00
@@ alahai tak ada pula emoji tutup telinga kat sini :)
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 17 Jul 2015, 02:16:00
hehehe lagu anuar zain time bebudak still win smpai skarng..
CT suka lagu2 lama compared to yang moden..pening kepala dengar..
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 29 Jul 2015, 11:59:00
Assalam arz,
he3
minat jugak yer anuar zain :)
upin ipin paling win he3

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih