#Cabaran20Hari Kenangan Terawih Di Masjid Masa Zaman Kanak-Kanak

Cabaran20Hari Kenangan Terawih Di Masjid Masa Zaman Kanak-kanak

Kenangan Terawih Di Masjid Masa Zaman Kanak-kanak. Cabaran kali ini ingin berkongsi kenangan terawih masa zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak ini biasalah belum matang, banyak main, tetapi tetap nak pergi terawih kerana ramai kawan yang pergi. Bila ingat balik kenapa pergi terawih mungkin antaranya boleh keluar malam, main mercun, dan jumpa kawan-kawan. Dalam banyak pengalaman pasti terpahat satu kenangan yang mungkin tidak boleh dilupakan. Jom teruskan baca perkongsian ini.

kenangan terawih, zaman kanak-kanak, kanak-kanak solat,
kredit to google

Ceritanya begini, ketika zaman kanak-kanak aRz menetap di sebuah kampung di Pulau Pinang. Boleh dikatakan majoriti kanak-kanak disini akan menghadiri kelas petang/madrasah untuk pengajian ilmu agama. Ianya diajar oleh ustaz dan juga ustazah. Ustaz-ustaz ini pula memang selalu berjemaah di masjid disini. Jadi setiap pelajarnya dikenali dan sentiasa diperhatikan. Syukur kerana waktu kecil lagi diberi pendedahan mengenai agama di madrasah ini dan dibimbing oleh ustaz yang sentiasa ingin menjadikan anak muridnya yang terbaik. Semoga Allah SWT sahaja yang membalas jasa dan pengorbanan mereka dengan rahmat dan kasih sayangNya. Tidak lupa untuk Ustaz yang sudah kembali ke Rahmatullah.

Solat jangan main-main


Ketika menjelangnya Ramadhan, ketika zaman kanak-kanak dahulu sekitar tahun 90-an biasanya pada hujung tahun dan boleh dikatakan ketika cuti sekolah. Jadi masa yang terluang dihabiskan dengan program bersama kawan-kawan kampung, dari pagi sampai ke malam. Rasanya ketika zaman ini mak dan abah aRz pun tak risau tentang kemana aRz pergi pasti ada saja yang tahu. Entahla mungkin cara hidup di kampung begitu hampir seluruh kampung orang kenal anak siapa kemana dia pergi dan sebagainya. Puas bermain di siang hari berjumpa pula di masjid pada malam hari.

Ketika solat terawih kebiasaannya kanak-kanak cepat 'boring' fikiran terganggu dan suka bermain. Walabagaimanapun tidak berani buat bising sebabnya ustaz yang mengajar di Madrasah juga antara yang hadir ke solat terawih mahupun solat fardhu. Biasanya kalau nak main perlu keluar dari masjid. 

Dijadikan ada satu hari ketika solat terawih berlangsung aRz dan kawan-kawan bergurau sehingga tak sedar mengganggu makmum lain padahal ketika itu sedang solat. Biasalah kanak-kanak lagi. Belum matang untuk fikir mana yang baik mana yang buruk walaupun sentiasa dipesan oleh ustaz jangan main ketika solat. Habis saja solat terawih salah sorang dari ustaz bertanya siapa yang bermain. Waktu ini tak ada seorang pun berani menipu, jujur mengaku. Ustaz tanya lagi pernah tak dipesan jangan main ketika solat dan ganggu orang lain solat? "ya" kami serentak jawab. Akibatnya malam itu kena lempang.

Kalau dizaman sekarang ini sudah tentu menjadi viral atau sudah mungkin laporan polis dibuat. Tetapi hikmah dari lempang tersebut, ianya membentuk kami supaya tidak lagi bermain ketika solat. Selepas dari 'lempang' itu juga aRz mula menjadi perhatian ustaz tersebut. Mula dilantik sebagai pengawas madrasah, imam ketika solat zuhur madrasah dan antara 10 penghafal terawal dalam kelas. Syukur lempang tersebut bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menyedarkan. 

Bila fikir kenangan terawih, pastinya ini kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Semoga perkongsian ini memberi makna untuk sesiapa saja yang membaca tulisan ini. Insyaallah.

#Cabaran20Hari #Day9


Comments

  1. Haah..

    Kalau sekarang, mesti ustaz tu dah kena "macam2" ...

    ReplyDelete
  2. Kesiannya sampai kena lempang, takpe la untuk menyedarkan kita juga...

    ReplyDelete
  3. kena lempang zaman dahulu perkara biasa dalam mendidik,tetapi sekarang jadi manusia yang berjaya

    ReplyDelete
  4. hihihi...biasalah kan, bebudak memang nakal.tulah, zaman 90-an dulu bulan puasa selalu jatuh masa cuti panjang.so, memang seronok 'memeriahkan' surau.

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang tak macam dulu 2 la..

    ReplyDelete
  6. serious la kena lempang? fuh, nasib baik dah x buat. budak skang je manja. pantang di tampar dicubit, kena saman lak

    ReplyDelete
  7. Assalam arz,
    cara didikan zaman dahulu paling berkesan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih