#Cabaran20Hari Aktiviti Di Pagi Raya

Cabaran 20 Hari | Aktiviti di Pagi Raya

Aktiviti di pagi raya. Bermacam aktiviti yang biasa dapat dilakukan di pagi raya Aidilfitri. Aktiviti aRz sekeluarga di pagi raya juga sama seperti orang lain. Antara aktiviti aRz di pagi raya adalah :

Salam Raya, Duit Raya, aktiviti pagi raya, perkara yang perlu buat di pagi raya.
arzmohdhaniffa photography | Bersalam Di Pagi Raya


1. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Keluar Menunaikan Solat Sunat Idul Fitri.


Ya, perkara ini adakala teringat adakalanya terlupa. Terlupa biasanya bila ramai-ramai berebut nak mandi. Jangan lupa na pagi raya nanti.

2. Menjamah Makanan Sebelum Keluar


Dulu masa arwah mak masih ada, memang mak selalu suruh makan dulu sebelum gi solat raya. Paling selera kalau ada ketupat pulut + rendang ayam.  Perghhh.

3. Bermaaf-maafan


Pagi raya sudah semestinya bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bersama kedua ibu bapa, mana tahu ada salah dan silap kita yang tak pernah kita sedari,
atau dah lama sangat tak balik raya sehingga tak sedar kita dah lupakan hati kedua ibu bapa kita. Jadi guna peluang di pagi raya untuk memohon maaf. Ini juga kebiasaan dilakukan oleh aRz sekeluarga.
Melainkan tak sempat aktiviti ini selepas solat raya.

4. Ziarah Kubur


Jika persiapan satu keluarga awal, sudah menjadi kebiasaan menziarahi kubur arwah tok dan tokwan baik di pihak abah mahupun emak. Sekarang sudah pastinya menziarahi kubur arwah abah dan mak.

5. Solat Sunat Aidilfitri


Ini memang semua aktiviti Umat Islam di pagi raya. Rasa tak lengkap tanpa solat sunat raya. Bagi kaum hawa hati-hati dengan aurat dan wangian.

6. Berziarah ke Rumah Sanak Saudara


Ya. Sudah semestinya menziarahi rumah sanak saudara, kawan-kawan terdekat. Masa ni dapat rasa menu sedap-sedap. Kuih raya, rendang, ketupat dan macam-macam. Aktiviti ini juga sudah pastinya dapat memastikan kita mengenali sanak saudara jauh mahupun dekat. Tapi masa zaman bujang waktu ni dah tidur. Muahaha

Inilah sedikit sebanyak perkongsian aktiviti di pagi raya yang boleh aRz kongsikan pada semua. Yang kita contohi yang buruk kita hindari. Elakkan juga memakai pakaian yang tidak menutup aurat, kekadang tak nampak cantik pun dengan pakaian yang terdedah sana terdedah sini. Sayangi dirimu balut lah cantik-cantik macam ketupat pulut.  :)

Salam Ramadhan Salam Aidilfitri
#Cabaran20Hari #Day16

{ 10 comments.. read them below or add one }

Ummul Azkee Ummul Azkee 15 Jul 2015, 03:04:00
arz..mkn sblm solat di masjid tu sunat kan..tiap2 tahun sama rutin raya..arz,adik kah tuhh...hehehe..
hidayu ayumie hidayu ayumie 15 Jul 2015, 09:08:00
mmg tula rutin setiap pagi raya
pape pon solat sunat raya baru g ziarah kubur dan maaf maafan
hidayu ayumie hidayu ayumie 15 Jul 2015, 09:52:00
mmg tula rutin setiap pagi raya
pape pon solat sunat raya baru g ziarah kubur dan maaf maafan
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 15 Jul 2015, 13:17:00
Saya nak duit raya jugak.... !!
SalbiahM SalbiahM 16 Jul 2015, 18:45:00
hehehe..pesanan terakhir tu memang deep!
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 16 Jul 2015, 21:52:00
kirim salam kat adik tu wakakaka =P
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 29 Jul 2015, 11:46:00
Assalam arz,
aktiviti wajib pagi ghayer kan3

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih