Awesome Food : Merlin Nasi Kandar Pulau Pinang

Awesome Food | Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang

Awesome Food Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang. Nasi kandar Merlin di Pulau Pinang antara salah satu nasi kandar terbaik. Awesome Food kali ini ingin berkongsi mengenai Nasi Kandar Merlin yang menjadi pilihan orang-orang disini. Di Pulau Pinang memang terdapat banyak gerai dan restoran nasi kandar yang berlainan rasa dan menu istimewa. Alang-alang dan singgah di pulau pinang jangan lupa merasai aroma Nasi Kandar Merlin ini.

Nasi kandar merlin pulau pinang, nasi kandar, gambar nasi kandar, nasi kandar hotel merlin, nasi kandar pulau pinang,
Nasi Kandar Merlin

Kenapa Di Panggil Nasi Kandar Merlin?

Kenapa dikenali sebagai Nasi Kandar Merlin? Mesti ada yang tertanya-tanya sebab setiap nasi kandar pasti ada 'trademark' tersendiri. Trademark ini sudah pasti akan membuatkan mudah untuk peminatnya mengingati. Namanya berasal daripada kedudukan nasi kandar ini di bawah Bangunan Hotel Merlin Pulau Pinang. 

Merlin, Merlin hotel, Merlin hotel penang, hotel di Penang.
Merlin Hotel Penang

nasi kandar merlin, nasi kandar hotel merlin, pulau pinang, nasi kandar merlin terbaik,
Nasi Kandar Merlin

Kenapa Mesti Mencuba Nasi Kandar Merlin

Setiap Nasi Kandar di Pulau Pinang terdapat keunikan dari rasa dan menunya yang tersendiri. Susah untuk mengatakan yang mana paling terbaik dan sedap. Nasi Kandar Merlin ini hanya dibuka sebelah pagi sehingga tengahari sahaja. Walaubagaimanapun nasi kandar ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dengan tidak membuatkan perut terasa terlalu kenyang atau muak, sebaliknya rasa seakan makan pagi nasi lauk biasa. Kuahnya yang tidak terlalu pekat pastinya akan memberi sedikit keselesaan buat pengunjung yang bukan orang pulau pinang mahupun utara yang sudah biasa dengan nasi kandar. Mengenai harga tidaklah terlalu mahal memang anda patut mencubanya.

Merlin nasi kandar, food lover, nasi kandar merlin pulau pinang, best curry,
Merlin Nasi Kandar Penang

Lokasi Nasi Kandar Merlin

Lokasi bangunan hotel merlin dan nasi kandar Merlin ini terletak di Lebuh Penang. Buat mereka yang bukan orang pulau pinang jangan terkeliru antara Lebuh Penang dan Jalan Penang. Lebuh Penang terletak berhampiran Padang Kota Lama atau Esplanade. Kemudahan parking dikawasan ini janganlah dirisaukan kerana bersebelahan bangunan ini terdapat bangunan parking bertingkat. Bagi memudahkan anda, sila rujuk peta dibawah.



Semoga anda semua dapat menemui Nasi Kandar Merlin Pulau Pinang, memang rugi jika tidak mencuba. Memang rugi jika ke Pulau Pinang tidak mencuba semua nasi kandar yang ada. Setiap nasi kandar pastinya mempunyai berlainan rasa dan menu. 

jangan lupa baca Awesome Food yang lain.

Jumpa Lagi

{ 29 comments.. read them below or add one }

anajingga anajingga 30 Jul 2015, 20:13:00
memang sedap sesekali pekena nasi kandar ni kan aRz, selera tengok hat dalam pinggan aRz tu.
Pha Is Pha Is 30 Jul 2015, 21:09:00
owh.. area tu.. pernah dengar jugak ada member ajak makan kat situ tapi tak berkesempatan... tak tau plak nama dia nasi kandar merlin.. hehehe
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 31 Jul 2015, 07:33:00
Bila cerita pasal nasi kandar... terbayang2 kuah campur... ada kuah manis sikit.... sayur... ayam goreng.... ahhh itu dah cukup ! thanks sharing Bro Arz... semoga ada rezeki Sha ke Penang nanti....
el el 31 Jul 2015, 09:15:00
oooo xnah rasa nasi kandar merlin ni lagi
nti mtk suami terjah sini
sllu weols makan kat nasi kandaq deen
terbaik dari ladang haha
Cik Mimie Cik Mimie 31 Jul 2015, 13:27:00
Sedapnye tgk..lapar~~~ :D
♥TheOnlyFarah♥ ♥TheOnlyFarah♥ 31 Jul 2015, 14:18:00
Nasi kandar melin best nasi kandaq in penang town... Selalunya dlm seminggu 2-3 kali jugak la mai sini..😆
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 1 Aug 2015, 09:18:00
Dari hari tu tengok, terlioq... haihhh
Murniwati Awang Murniwati Awang 3 Aug 2015, 16:35:00
kena cuba la suatu hari nanti.. penang ni byk sgt kdai nasi kandaq..hihihi
Jari Manis Jari Manis 5 Aug 2015, 08:08:00
Fuhh..dah lama x makan nasi kandar ni...kuah melimpah..kari meletup!!! baru menilat jari...wahh..byk tempat makan best di PP
Jari Manis Jari Manis 5 Aug 2015, 08:10:00
tertanya gak..pesal pilih nama Merlin? sebut merlin teringat cerita bersiri si sihir Merlin tu...rupanya!!! kiranya Owner Hotel dan owner kedai nasi kandar tu orang yg sama?
aRz MoHa aRz MoHa 5 Aug 2015, 13:58:00
Ehh tak. Owner nasi kandar sewa bawah hotel merlin ja
aRz MoHa aRz MoHa 5 Aug 2015, 13:59:00
Betul memang banyak dan rasa lain lain
aRz MoHa aRz MoHa 5 Aug 2015, 13:59:00
Ajak la seseorang mai makan
aRz MoHa aRz MoHa 5 Aug 2015, 14:00:00
Bagi saya susah nak cakap mana yang terbaik boleh kata banyak juga yang terbaik
aRz MoHa aRz MoHa 5 Aug 2015, 14:00:00
Insyaallah semoga dipermudahkan
Jari Manis Jari Manis 5 Aug 2015, 14:45:00
ehh...ahahaha...ishh..keyboard ni
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 5 Aug 2015, 15:15:00
Blanje kak lya sepinggan boleh tak Arz..hehe.
Jari Manis Jari Manis 5 Aug 2015, 16:00:00
kalau pegi PP..boleh stay di hotel merlin..mlm2 lapar keluar terus terjah kedai mkn ni x perlu nk merayap jauh..harap2 bau nai kandar x masuk sampai ke blik nghe ngeh ngeh
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 7 Aug 2015, 15:07:00
Owh.. melin tuh nama hotel e..
Boleh masuk list nie kalau g pulau pinang..
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 13 Aug 2015, 16:12:00
Assalam arz,
orang penang soper ni laaaaaaaaaa
punggaaaaaahhhhh he3

pssttt : entry merlin iols dok tak up lagi :P
sakura 8554 sakura 8554 3 Sep 2015, 17:34:00
member gtaw ..dia bukak lunch saja..night tak dak..so kene tunggu sabtu atau ahad je la..bukak tak?
aRz MoHa aRz MoHa 3 Sep 2015, 21:24:00
sabtu ahad tak pasti....kalau saya ada info saya maklumkan semula
aRz MoHa aRz MoHa 3 Sep 2015, 21:25:00
ya nama hotel kak shahida
aRz MoHa aRz MoHa 3 Sep 2015, 21:40:00
sepinggan ja tau jangan minta lebih hehe

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih