Skip to main content

Marah Bukan Kebencian, Tapi Tanda Sayang

Lirik lagu Jasa Bonda dan Video

Jasa Bonda tiada gantinya dan tidak terbalas

Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang. Inilah ayat yang tersemat didalam lirik lagu "jasa bonda". Bagi aRz lagu ini sangat berkualiti, menasihati anak-anak supaya mengenang jasa ibu. Syurga ditapak kaki Ibu. Adakala ibu kita memarahi bukan kerana membenci anaknya tetapi tidak mahu melihat anaknya susah dikemudian hari dan ingin mendidik supaya manusia yang baik.

jasa bonda, ibu an anak, kasih sayang ibu, marah bukan benci, tanda sayang, arzmohadotcom,

Kau dibuai mimpi dia jaga,
Kau bersenang dia bekerja,
Untukmu tiada terbatas,
Memberi tak minta dibalas,

Ingin dibinanya untukmu,
Kehidupan yang sempurna,
Punya kekuatan jiwa,
Punyai maruah,

(2)
Leterannya dari rasa luhur,
Menegur sebelum terlanjur,
itulah yang diwarisi,
Pesan ibu terpahat dihati,

Beringat-ingatlah berpesan-pesan,
Untuk kebaikan,
Marah bukan kebencian,
Tapi tanda sayang.

(1)
Engkau semakin dewasa,
Berjiwa merdeka,
Semakin dia semakin tua
Membina usia.

Disaat kau berjaya,
Dia tiada berdaya,
Semoga kau tak lupa,
JASA BONDA.

Ulang (1)(2)


Comments

  1. Replies
    1. marah dia lah yang buatkan kita jadi manusia

      Delete
  2. mendalam maksud lagu ni arz.. kalau dengar sekali je x paham.. tengok lirik..humm.. touching

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah jadi ibu lebih memahami kan yoorin

      Delete
  3. baca lirik je, tak tengok pun video..
    baca lirik pun dah bergenang airmata....

    (-__-)"

    ReplyDelete
  4. Lagu yang mengusik jiwa setiap yang memdengar :)

    ReplyDelete
  5. nasihat ibu untuk anaknya :)

    ReplyDelete
  6. Ibu... napa semua tajuk lagu nama ibu..?? kenapa bukan emak...?? heee

    ReplyDelete
  7. marah seorang Ibu..dia tegur sebab dia sayang, nak kita jadi orang yang baik

    ReplyDelete
  8. Assalam arz,
    hokeyh iols emo dengan lirik dia
    sob3
    jiwa ibu2
    sob3
    memang mendalam & benar lirik tuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Arz..
    Ibu manalah yg x sayang anak...
    Sedih tau liriknya..

    ReplyDelete
  10. mak CT kadang2 balik keje stress dia lepas je kat kami yang kat rumah ni..
    redha sajalah tp lepas a while dia mcm sedar balik.. tp ego xnak cakap depan2.. mak wasap je hahaha..
    kalo dia marah CT pun cemtu gak.. lepas da marah2 ttb dia trasa dia over sngt.. wasap jugak =P

    ReplyDelete
  11. itulah jasa ibu dalam membesarkan anak2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA NYANYIAN FADZLI FAREAST FT MALIQ SUHAIMI

LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA NYANYIAN FADZLI FAREAST FT MALIQ SUHAIMI LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA | Lagu ini di nyanyikan oleh Fadzli Fareast dan juga Maliq Suhaimi diterbitkan oleh Inteam Digital. Lagu yang dilancarkan pada bulan Mei 2019. Terasa nak kongsi lirik lagu Carilah Aku Di Neraka kerana teringat kembali ketika singgah di sebuah masjid untuk solat Isyak berjemaah ada sebuah majlis ilmu yang sedang berlangsung dan ustaz membacakan tentang hadis di mana sahabat mencari sahabat di neraka. Jom baca saya kongsikan lagi mengenai lirik lagu ini dan hadis mengenai perkara ini. lirik lagu Carilah Aku Di Neraka Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: "Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."...