JumpStreet Trampoline Park Penang

JumpStreet Trampoline Park Penang

Jumpstreet Trampoline Park merupakan 'Asia Largest Trampoline Park' dan juga satu-satunya 'Malaysia ONLY indoor trampoline park' serta salah satunya terletak di Pulau Pinang. Ianya juga merupakan taman permainan masa kini yang sesuai dengan orang dewasa mahupun kanak-kanak yang bertempat di D'piazza Mall Pulau Pinang. Baru-baru ini diberi kesempatan untuk mencuba dan melawan graviti di JumpStreet Trampoline Park Penang dan ingin berkongsi apa yang terdapat di sana. Jom teruskan membaca. 

tempat menarik di penang, jumpstreet penang, jumpstreet trampoline park penang, Dpiazza Mall, tempat melompat,
Penang Jumpstreet Trampoline Park
penang jumpstreet, jumpstreet trampoline park penang, tempat menarik di penang, apa yang terdapat di jumpstreet, best sangat ka jump street, jumpstreet,
Cik Puteri Di Jump Street Trampoline Park Penang
penang jumpstreet, blogger utara, tempat menarik di penang, malaysia trampoline park, extreme game, family time di jumpstreet,
Bersama sebahagian BloggerUtara

Apa Yang Terdapat Di Jumpstreet Trampoline Park

Jumpstreet Trampoline Park Penang menyediakan Jump Referees yang berpengalaman dan terlatih dalam menguruskan kumpulan yang kecil mahupun besar. Jump referees akan sentiasa menemani anda di setiap 9 bahagian menarik yang terdapat di disini. Referees ini juga akan menemani anda dari anda tiba, peringkat panaskan badan, menerangkan dan memberi tunjuk ajar mengenai Teknik Asas serta memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat.

penang jump street, jump street penang, cik puteri, sesuakah kanak-kanak ke jump street, masa bersama keluarga di jumpstreet,
Tag Perlu Dipakai Terlebih Dahulu
warm up at jump street, sesi panaskan badan di jumpstreet penang, penang jumps street, jumpstreet trampoline park penang, tempat menarik di penang,
Sesi Panaskan Badan dan regangkan urat hehe

Sebelum terlupa disini anda perlu memakai stokin khas yang boleh dibeli pada harga RM 5 sahaja

stokin jumpstreet, sarung kaki jumpstreet, penang jumpstreet, jumpstreet trampoline park penang,
Stokin Khas Jumpstreet

9 Bahagian yang menarik yang terdapat di JumpStreet Trampoline Park Penang aRz akan terangkan bersama gambar-gambar ketika berkunjung ke sana bersama Blogger Utara Official.

Main Court

Main Court ini adalah tempat pertama anda akan dibawa selepas aktiviti panaskan badan. Referee akan memberikan sedikit tunjuk ajar beberapa langkah asas supaya anda melompat dalam keadaan selamat. Antara langkah yang akan diajar adalah Straddle Jump, Tuck Jump, Pike Jump, Knee Drop dan Seat Drop.

penang jumpstreet sesuai untuk kanak-kanak, jumpstreet trampoline park penang, jumpstreet, kids at jumpstreet,
Cik Puteri | Main Court in action
menangis di jumpstreet, penang trampoline park, penang jumpstreet,
Menangis Sebab Tak Sabar nak Melompat
Cik Puteri macam biasa memang tak sabar sangat nak melompat, bila dah sampai masa melompat tak henti-henti. Jangan risau kanak-kanak pun boleh melompat di sini dan tempat ini memang selamat. Cuma pastikan anda mengawasi anak-anak anda. Jom saksikan sikit aksi dari Referee

Tunjuk Ajar Dari Referee


Foam Pit Relay @ Foam Pit

Foam Pit adalah bahagian/tempat kedua kami dibawa disini apa yang diajar ketika di Main Court dapat di praktikkan. Dimana nampak seakan mudah untuk melompat tetapi belum pasti dapat melompat dengan baik. 

cik puteri, foam pit jumpstreet penang, penang trampoline park, jumpstreet trampoline park penang,
Cik Puteri di Foam Pit
Kalau ikutkan Foam Pit ini terdapat cabaran tersendiri dimana setiap kumpulan sepatutnya dibahagi kepada dua bahagia dan perlu lengkapkan cabaran tersebut. Tetapi rata-rata belum mahir jadi ianya sekadar melompat untuk melawan graviti sahaja :)

Cik Puteri pula bila sampai di bahagian ini tak pernah lompat tetapi pandangan dia tertumpu pada main kotak-kotak span saja :)

Tower Jump

Bahagian ketiga adalah Tower Jump dimana lebih mencabar sikit dari Foam Pit. Disini cabarannya adalah menjatuhkan badan dari aras tinggi. Bagus juga tempat sebegini dapat mengurangkan rasa takut atau gayat.

Walaubagaimanapun tower jump agak kurang menarik perhatian aRz, tetapi disebelah tower jump terdapat juga trampoline untuk melompat di tempat yang sama. Cuma di bahagian tower jump anda melompat ke atas beg udara. Jom saksikan video...


Slam Dunk Lane @ NBA Sharp Shooter

Slam Dunk Lane juga terdapat cabaran tersendiri bagaimanapun kami dengan aktiviti tersendiri mencuba. Buat pertama kali memang agak susah tetapi kalau selalu ke sini mungkin menjadi mudah. Terdapat 3 ketinggian berbeza dan anda boleh mencuba kesemuanya.

gambaran Slam Dunk Lane

Tak sempat nak rakam gambar ketika dibahagian ini, walaubagaimanapun gambar diatas bukanlah seperti di Pulau Pinang hanya sekadar nak beri gambaran bagaimana rupa Slam Dunk Lane ini.


2 Dodgeball Court @ Trampoline Dodgeball

Dodgeball Court. Pernah dengar mengenai sukan dodgeball dalam filem pun ada cumanya dodgeball ini siap dengan trampoline. Sambil lompat sambil baling. Dibahagian ini memerlukan stamina yang banyak. Memang menyeronokkan dan meletihkan. Tak percaya kena cuba. Kalau ada masa ajak referee lawan dengan kumpulan anda, kalau menang...memang power....

High Perfomance

High Performance adalah bahagian lebih mencabar terutama dalam melawan graviti. Sebab apa di bahagian ini Trampoline akan membuatkan anda dapat melompat lebih tinggi dan lebih gayat. aRz juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba melompat lebih tinggi dan ada rasa juga gayat bila semakin tinggi. Jom saksikan video dan gambar sekitar bahagian ini.



Sekiranya anda bernasib baik dapatlah melihat sendiri bakat dan kepakaran JumpStreet Referee membuat pertunjukan dan aksi yang sangat mantap. aRz sendiri pun cuba berpeluang baru sekali melihat aksi mereka yang sangat menarik dan rasa teruja. Mereka bagaikan tidak merasa gayat dan benar-benar melawan graviti.

jumpstreet trampoline park penang,
Aksi Dari Referee
referee, penang jumpstreet referee,
Aksi Dari Referee
Macam mana ada rasa tercabar tak? Ajaklah kawan-kawan atau keluarga ke sini.
Psttt : Lagi best datang hari biasa, lebih privacy ( weekdays) dan pada hari siang sekiranya inginkan gambar yang cantik. Melainkan anda mempunyai kamera yang mampu mengambil gambar dalam cahaya yang agak kurang (low light)

jumpstreet, penang jumpstreet, gambar cantik di jumpstreet, aksi di jumpstreet, apa yang menarik di jumpstreet,
arzmoha | JumpStreet Trampoline Park Penang


Apa Kemudahan Yang Terdapat di Penang JumpStreet

Apa kemudahan yang disediakan di JumpStreet Penang? Semestinya kemudahan asas yang setiap pengunjung memerlukan seperti Tandas, Tempat Menyimpan Barang, Cafe, dan Kemudahan Bilik Untuk Pasukan Anda ( untuk kegunaan event group, birthday party )

jump cafe, jumpstreet, jumpstreet trampoline park penang,
Jump Cafe

jumpstreet room, jumpstreet trampoline park penang,
Room

Bayaran Masuk Ke JumpStreet Trampoline Park Penang

Bayaran yang dikenakan untuk memasuki ke Jump Street Trampoline Park Penang adalah seperti berikut:

Isnin - Rabu  RM 22/pax (termasuk GST 6%)
( 1 hour Jumping + Reusable socks )

Khamis - Ahad RM 27/pax (termasuk GST 6%)
( 1 hour Jumping + Reusable socks )

RM 5 untuk stokin baru....

Waktu Operasi adalah seperti dibawah:

Ahad hingga Khamis : 10 am - 9.00 pm
Jumaat hingga Sabtu : 10 am -10.00 pm

Macam aRz beli ja stokin baru boleh simpan buat kenangan dan bila datang lagi boleh guna semula.

Nampak seakan mudah melompat tetapi Jumpstreet pastinya mampu membakar lemak dan kalori anda sekiranya anda betul-betul melakukan sebaiknya. Jadi kalau dah selalu nak kesini anda juga boleh mendapatkan harga yang lebih rendah dengan berdaftar sebagai ahli DISINI 

Jangan lupa klik PROMOSI 

Nak tahu lebih lanjut mengenai JumpStreet Trampoline Park? Layari :

  www.facebook.com/JumpStreetAsia
 instagram.com/jumpstreetasia
 https://www.youtube.com/user/JumpStreetAsia


Lokasi JumpStreet Trampoline Park Penang

Lokasi Jumpstreet di Penang adalah di 

70, D'piazza, D'Piazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.




Sudah pastinya pengalaman berada di JumpStreet Trampoline Park Penangtidak akan dilupakan. Selain dari aktiviti yang sangat seronok, badan pun menjadi sihat ia seakan kita bersenam. aRz juga telah beberapa kali ke JumpStreet sebelum ini. Cik Puteri pun seronok sangat bila ke sini. Terima kasih kepada Jumpstreet Penang kerana memberi peluang dan ruang untuk merasai keseronokan di "Malaysia ONLY indoor trampoline park".

Jumpstreet, penang jumpstreet, jumpstreet di penang, penang jumpstreet trampoline park,
Senyum Walaupun Letih

Jumpa Lagi 

aRz Moha
Personal Lifestyle. Parenting. Photography
azrilmohdhaniffa@gmail.com

{ 16 comments.. read them below or add one }

kisah earty kisah earty 4 Dec 2015, 16:44:00
Akhirnye Cik Puteri tersenyum puas dapat melompat yer.. hehehe..
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 4 Dec 2015, 20:10:00
Seronok sakan la anak-anak tu kan Arzmoha..:)
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 4 Dec 2015, 21:26:00
tolonglah warm up dulu.. kalo warm up pun lenguh2 sendi.. x warm up lagilah..
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 4 Dec 2015, 21:27:00
nak pergi lagi tapi kena make sure fit dulu.. boleh x nak main kat main court saja.. xmo tukar2 hhaa..
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 4 Dec 2015, 21:29:00
maybe boleh buat surau juga kat dalam jumpstreet kot.. seram sket nak pi solat kat bawah..
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 4 Dec 2015, 21:31:00
xdan nak lepak cafe diorang.. terus laju nak balik..
kalo dak boleh review cafe sekali..
topijerami topijerami 4 Dec 2015, 21:36:00
mak ai...
best nya
rasa macam nak pergi jek
Dunia Zumal Dunia Zumal 4 Dec 2015, 21:41:00
Cik Puteri sampai nangis nak pergi lompat yer...
anajingga anajingga 5 Dec 2015, 00:38:00
ish ish ish puas nengok model comel dengan macam-macam aksi, btw satu lagi tarikan buat pengunjung ke pulau pinang, sesuatu yang baru dan menarik :)
el el 5 Dec 2015, 11:35:00
tuan el mai check in lagi haha
eksen depa wat lompat flip tu na
haha
thanks for joining
umi alya umi alya 5 Dec 2015, 16:03:00
Belum pernah sampai lagi ke sini
Inani Hazwani Inani Hazwani 6 Dec 2015, 11:11:00
Seronoknyaa main lompat2. :D
Zie Has Zie Has 6 Dec 2015, 17:40:00
comel jer kan ... nangis sebab tak sabar nak main :)
Nurul Shahira Nurul Shahira 7 Dec 2015, 09:05:00
Alolo Cik Puteri tak sabar sangat nak melompat. Hehe.
Best tengok. Ini boleh dikira macam salah satu senaman jugak lah kan?
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ 9 Dec 2015, 15:12:00
best nya Arz review pasal Jump Street ni.. kak ain tak ada idea laa.. ermmm.. kat PJ takde pun yang Tower Jump tu..ke kak ain yang tak jumpa tempat tu..! hahahahahaa... :p
dear anies dear anies 16 Dec 2015, 18:10:00
seronoknya depaaaa.... kalau g hari2 boleh kurus ni

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih