Doorgift atau Cenderahati Di Majlis Perkahwinan

Doorgift Cenderahati Di Majlis Perkahwinan

Asal cuti sekolah pasti ada jemputan ke majlis perkahwinan sanak saudara, kawan-kawan atau kenalan. Bila ke majlis perkahwinan kebiasaannya adalah untuk mengeratkan ikatan siratulrahim antara sanak saudara dengan bertanya khabar serta bergambar kenang-kenangan. Antara yang menjadi tarikan ketika majlis perkahwinan adalah Pengantin, lauk kenduri, cenderahati (doorgift) serta soalan yang tidak disangka-sangka. *lupakan dulu bab soalan :p

doorgift di majlis perkahwinan, idea menyediakan cenderahati perkahwinan, wedding doorgift,
Cenderahati/doorgift musim kenduri

Dari dahulu hingga sekarang cenderahati atau doorgift ketika majlis perkahwinan telah mengalamani revolusi. Betul tak? Dari bunga telur ke coklat sampailah ke hari ini macam-macam kita boleh tengok. Memandangkan hari ini telah pun berakhir cuti dan cuti sekolah pun bakal berakhir beberapa hari lagi aRz ingin kongsikan sedikit apa yang aRz dapat ketika menghadiri majlis perkahwinan baru-baru ini.

Cenderahati (doorgift) Tuala Cupcake

Tuala bentuk cupcake. Tuala antara cenderahati yang agak popular ketika ini yang boleh digubah berbagai jenis bentuk. Ada yang diletakkan bersama sudu dan garfu kecil serta macam-macam. Kebiasaannya tuala ini hanya untuk hiasan. Tetapi tidak pasti jika betul-betul boleh digunakan. Anda rasa macam mana?

idea menyediakan cenderahati majlis perkahwinan, doorgift cenderahati, wedding doorgift, malay famous doorgift, cupcake, tuala cupcake,
Tuala Cupcake

Cenderahati Gula-gula Wafer

Gula-gula antara cenderahati paling terkenal atau famous selepas berlaku revolusi bunga telur. Betul tak? Cenderahati ini paling tidak membazir, mudah untuk di sediakan, murah, disukai kanak-kanak dan menjimatkan masa. Setuju? 

coklat sebagai cenderahati buat tetamu, cenderahati di majlis perkahwinan, idea menyediakan doorgift cenderahati,,
Gula-gula/wafer

Cenderahati Kuih Tradisional

Kuih Kacang

Kuih tradisional juga boleh didapati di majlis perkahwinan yang diadakan di kampung. Di bandar macam agak kurang. Kuih diatas kalau tak silap aRz adalah kuih kacang walaupun rasa seakan kuih kasturi. Sekarang ini agak susah nak jumpa dijadikan sebagai cenderahati buat tetamu yang berkunjung ke majlis perkahwinan.

kuih kacang, cenderahati buat tetamu, majlis perkahwinan, doorgift yang sesuai untuk majlis perkahwinan,
kuih tradisional | kuih kacang

Putu Beras

Putu beras juga antara kuih tradisional. Kuih ini rasa seakan beras. Tetapi kuih ini ada kembar yang dipanggil putu kacang. Putu kacang lebih sedap berbanding putu beras. Tetapi lain mulut lain rasanya kan? Biasa kuih ini boleh dijumpai ketika hari raya :)

putu beras, putu beras sebagai doorgift, idea menyediakan doorgift, cenderahati buat tetamu majlis perkahwinan,
putu beras

Pulut Kacau (wajik) & Dodol

Pulut kacau atau dipanggil wajik dan dodol memang betul-betul tradisional. Sangat terkenal atau bak kata omputih 'popular' ketika Hari Raya. Ada juga yang menjadikan pulut kacau dan dodol sebagai cenderahati buat tetamu. 

wajik dan dodol sebagai cenderahati untuk tetamu, pulut kacau dan dodol di majlis perkahwinan, doorgift, cenderahati perkahwinan, makanan tradisional,
Pulut kacau/dodol

Cenderahati Cupcake

Cupcake masih boleh dijumpai dan ia juga cenderahati yang agak baru. Ada saiz besar ada yang bersaiz kecil. Tapi yang aRz dapat ini bersaiz kecil saja. Cupcake ini boleh juga menggantikan bahulu. Kalau zaman dahulu bahulu memang terkenal la kan?

cupcake, idea menyediakan doorgift, cenderahati buat tetamu,
cupcake

Walaubagaimanapun telur masih tidak dilupakan, cuba tengok gambar diatas tetap ada bunga telur kan? Ada juga air kotak, kek apollo, dan lain-lain lagi. Tak kisahla apa sekalipun 'doorgift atau cenderahati asalkan tidak membebankan tuan rumah dan yang menerima terima dengan hati yang terbuka. Sebaiknya elakkan pembaziran. 

Sepanjang cuti sekolah ini boleh dikatakan semuanya memenuhi jemputan majlis perkahwinan. Ada rakan aRz kongsikan dia dapat cenderahati sebekas besar apom, ada yang dapat kicap Jalen, ada dapat pinggan bak kata orang macam-macam. Khas yang membaca entri ini kongsikanlah juga dengan aRz, mungkin ada yang menarik dan lain dari yang lain. Kongsikan di INSTAGRAM dan hashtag #arzmohadotcom Insyaallah aRz repost dan promote IG anda. Jom kongsikan.....

cucur udang di majlis perkahwinan, menu tambahan kenduri kahwin, cenderahati buat tetamu yang hadir, majlis perkahwinan,
Cucur Udang

Gambar atas ini pula cucur udang menu tambahan. Bukan cenderahati tau. Bila kena dua kenduri atau lebih dalam satu hari memang tak mampu nak menjamu hidangan nasi yang disediakan. Jadi aRz cuba menu tambahan. Akhir kata, kepada semua yang baru mendirikan rumahtangga, membina pelamin dan sebagainya semoga menjadi suami yang soleh, isteri yang solehah yang bahagia dunia dan akhirat. Insyaallah.

Jumpa Lagi.

{ 15 comments.. read them below or add one }

Etuza Etuza Etuza Etuza 28 Dec 2015, 06:47:00
mesti nak dapat gift macam gini ni aRz kalau tak rugilah hadir kan...hehehe
Etuza Etuza Etuza Etuza 28 Dec 2015, 06:47:00
Etuza dapat gift gula2 dan kalender cute lah ..juga
aRz MoHa aRz MoHa 28 Dec 2015, 08:44:00
sebagai kenang kenangan kan....
aRz MoHa aRz MoHa 28 Dec 2015, 08:45:00
bagus juga idea kalendar...dapat digunakan setahun...
SalbiahM SalbiahM 28 Dec 2015, 12:23:00
doorgift saya suka makanan je..kalau fancy sangat tapi x boleh guna nak buat apa..

ah,bab soalan tu x perlu mention..haha
Zie Has Zie Has 28 Dec 2015, 15:34:00
haha ingatkan cucur udang pun jadi doorgift
Zie Has Zie Has 28 Dec 2015, 15:35:00
banyaknya doorgift ... banyak dapat jemputan kenduri ke?
Zie Has Zie Has 28 Dec 2015, 15:36:00
suka doorgift makanan compare dengan tuala cawan bagai tu :)
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 28 Dec 2015, 18:10:00
Siap buat collection... ahaha

Cucur udang tu tak pernah dapat lagi...
aRz MoHa aRz MoHa 28 Dec 2015, 22:51:00
haha...zaf cucur udang tu tak termasuk...itu menu tambahan...dah kenyang makan nasi makan ni pula...
aRz MoHa aRz MoHa 28 Dec 2015, 22:53:00
tuala kadang tak tahu buat apa kan...tapi boleh buat koleksi..
makanan pula...peneman atas kereta hehe
aRz MoHa aRz MoHa 28 Dec 2015, 22:53:00
bab soalan semua takut kan...bukan saja yang bujang tapi yang dah berkahwin pun..
aRz MoHa aRz MoHa 28 Dec 2015, 22:54:00
haha...doorgift jenuh juga tuan rumah nak bungkus..
aRz MoHa aRz MoHa 28 Dec 2015, 22:54:00
3 kenduri saja tu zie has
anajingga anajingga 29 Dec 2015, 21:39:00
kat sini kebanyakkannya di dalam bekas yang cantik2 arz, kak ana ada simpan satu kotak besar , nak buang sayang lak tapi dapat makanan paling best kan :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih