Awesome Food | Roti Bakar Kacang Phool Pulau Pinang Sempoiii

Kacang Phool | Makanan Menarik Di Pulau Pinang

Sekali lagi ini membawakan khas buat pembaca blog mengenai tempat makan menarik di Penang. Roti bakar mempunyai peminat yang tersendiri yang menjadikannya sarapan pagi. Ada yang menikmati hidangan ini dengan membakarnya, ada juga yang dimakan bersama telur setengah masak dan macam-macam lagi. Walaubagaimanapun ada satu lagi cara menikmati roti bakar dengan sedikit kelainan yang sudahpun menjadi viral hidangan yang berasal dari Johor iaitu Kacang Phool. Hidangan ini juga dikatakan berasal dari Timur Tengah. Jom baca selanjutnya.

tempat makan menarik di penang, makanan sedap di pulau pinang, roti bakar kacang phool penang, awesome food penang,  sarapan pagi best di penang,
Kuah Kacang Phool

Roti Bakar Kacang Phool Pulau Pinang

Roti bakar kacang phool yang aRz nikmati ini bukanlah di negeri Johor tetapi di Pulau Pinang. Dimana sebuah gerai menyediakannya dan membuatkan aRz rasa tertarik untuk mencubanya. Satu hidangan yang mengeyangkan jika dimakan di waktu pagi mahupun tengahari. Tetapi kalau perut yang selalu diisi dengan nasi kandar..ermmm mungkin kena order dua set hehe....aRz mencuba 2 jenis roti yang berlainan...

Roti Bakar Kuah Kacang Phool


Yang pertama menu yang terkenal bukan saja di gerai ini tetapi di seluruh Malaysia. Roti bakar Kacang Phool. Kuah pula beserta telur mata, cili dan bawang. Rasa seakan kuah spagetti tetapi tidaklah sama. Memang rasa terangkat bila dimakan bersama roti bakar yang panas.

roti bakar kacang phool penang, kacang phool, terbaik di penang, sarapan best di pulau pinang, makanan sedap di pulau pinang,
Roti Bakar Kacang Phool

Roti Bakar Kacang Phool Cheese

Roti bakar kacang phool cheese ni sama saja macam menu diatas cuma ada cheese didalam roti. Bagi peminat cheese ya...hidangan ini untuk anda. Cumanya kuah kacang phool ini sepatutnya sama dengan yang diatas, mungkin ada kesilapan ketika memesan hidangan kami. Jadi tiada telur makan dan cili didalam hidangan kedua ini.
roti bakar kacang phool cheese, penang, kompleks penjaja desiran tanjung, makanan menarik di pulau pinang, menu srapan pagi,
Roti Bakar Kacang Phool Cheese
kacang phool, roti bakar kacang phool, sarapan best, menu sarapan terbaik di penang,
Kacang Phool

Menu Yang Disediakan

Menu yang disediakan di gerai ini cuma ada beberapa sahaja. Roti Bakar Kacang Phool, Roti Bakar Kacang Phool Cheese, Roti Jala dan Chicken Fajitas. Boleh juga tengok seperti gambar dibawah. Sebelah Cik Puteri tengah posing tu :) Menu terakhir tu sebenarnya tak perasan. Kalau tak memang nak order. Mungkin bila senang boleh singgah mencuba lagi.

menu dan harga roti bakar kacang phool, penang, cik puteri, makanan sedap di penang,
Menu dan harga

Servis Penghantaran Roti Bakar Kacang Phool Disediakan

Gerai ini juga menyediakan servis penghantaran disekitar Pulau Pinang. Walaubagaimanapun ada hari dan dan tempat tertentu sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh hubungi Gerai ini seperti dibawah :

Facebook : Roti Bakar Kacang Phool Penang
No Telefon/Whatsapp : 0192201355
servis penghantaran roti bakar kacang phool, bungkusan roti bakar kacang phool,
Penghantaran/bungkus

Lokasi Gerai Roti Bakar Kacang Phool Penang

Seperti biasa aRz akan kongsikan bersama lokasi untuk ke gerai ini. Boleh tengok maps dibawah bagi memudahkan anda ke lokasi ini.


kompleks penjaja desiran tanjung, tanjung tokong, lokasi gerai roti bakar kacang phool,
Kompleks Penjaja Desiran Tanjung
gerai roti bakar kacang phool,
Gerai No 1

Gerai No 1
Kompleks Penjaja Desiran Tanjung,
Tanjung Tokong
Pulau Pinang

Peta Lokasi

Peta lokasi ke Roti Bakar Kacang Phool Penang.



Selesai dari makan. Tiba-tiba Cik Puteri nampak kucing. Dirumah tak ada kucing jadi bila jumpa saja dengan kucing bukan main seronok lagi. Dari kecil aRz biasakan Cik Puteri untuk bermain dengan kucing asal terjumpa kucing dialan, bukannya apa takut bila besar nanti takut dengan kucing. Kucing ni boleh jadi teman setia..Tapi itu nanti aRz cerita di entri yang lain. Teruskan mengikuti arzmoha.com. Terima kasih.
JANGAN LUPA BACA  : Apa Yang Menarik Di Ghost Museum Penang

kucing, gambar kanak-kanak bermain kucing, kucing kawan baik, di gerai roti bakar kacang phool,
Cik Puteri & Kucing

Jumpa Lagi.

{ 45 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria 15 Oct 2015, 12:06:00
Kejam sungguh entry ni...mesti masuk dalam wishlist ni sbab akak x pernah sampai lagi...ari tu naik penang x sempat explore...
♥TheOnlyFarah♥ ♥TheOnlyFarah♥ 15 Oct 2015, 12:10:00
nampak menarik la arz.. kalau Farah nak order yg ada cheese tue.. okok dah save tempat.. nanti nak pi try..=D
Inani Hazwani Inani Hazwani 15 Oct 2015, 12:11:00
Tak pernah makan kacang phool T_T
Norma NML Norma NML 15 Oct 2015, 13:10:00
Mcm sedap je...tapi tak berkesempatan nak cuba masa pegi Penang hari tu...
zai zamree zai zamree 15 Oct 2015, 13:13:00
memang teringin nk mkn kacang phool tp jauh sgt smpai Johor.
ok...dh ada kt Penang boleh masuk list dh
anajingga anajingga 15 Oct 2015, 13:47:00
model yang sebelah papan menu tu comel sungguh berbaju purple, aduhai.. kak ana tak pernah lagi makan menu kacang phool ni, nampak sedap dan in shaa allah jika ada rezeki berkesempatan nak mencubanya nanti. :)
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 15 Oct 2015, 14:05:00
Kacang phool..? tak pernah dengar mahupun try..

in sha allah ~

comelnya kucing.. ekor kembang..
Mummy Julia Mummy Julia 15 Oct 2015, 14:06:00
Kacang Pool! yeahh balik kg bole try.. Hi Cik Puteri... Bole geng ngan auntie la cam ni..hantu kucing..hehehhe
Etuza Etuza Etuza Etuza 15 Oct 2015, 14:17:00
Wah sedap nampak aRz..anak perempuan aRz suka belai kucing pula kan..tahnia bagus tu..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 15 Oct 2015, 14:49:00
xpnh rasa lg..pdhl ipoh ada juga..xkesmpatan nak p..
Bunda_nora Bunda_nora 15 Oct 2015, 15:41:00
Alahai sedapnyer tengok...bunda blom pernah makan lagi set dengan kacang pol ni...

Berani yer Cik Puteri kita tu ngn cat...
anazarin dotcom anazarin dotcom 15 Oct 2015, 19:47:00
Wah nampak sedap nie...hehehe
Cik Ash Cik Ash 15 Oct 2015, 23:29:00
Nampak menarik sngat terliur tengok
Ummul Azkee Ummul Azkee 16 Oct 2015, 03:01:00
mmg popular kacang pool ni kn..tapi kak ummul belum pnh cuba lagi..sedap yer arz
Qaseh Abadi Qaseh Abadi 16 Oct 2015, 11:29:00
Chicken Fajitas tu.. bukan main nama.. hihi...
kedai ni bukak sampai koi bapa?
Nurul Shahira Nurul Shahira 16 Oct 2015, 12:11:00
Ramai jugak review kata kacang phool ni best. Rugi masa pegi Penang dulu tak singgah. Sekarang tengok jelah orang upload gambo makanan sedap-sedap. T_T
Dunia Zumal Dunia Zumal 16 Oct 2015, 15:59:00
Tak kenai la kacang phool tu... kena try laa
Uncle Zuan Uncle Zuan 18 Oct 2015, 09:44:00
pergh macam best je. ada nak buat utara trip hujung tahun ni. boleh take note tempat ni :D
aRz MoHa aRz MoHa 18 Oct 2015, 15:22:00
Boleh uncle zuan, jangan lupa lanjer saya sekali hehe
aRz MoHa aRz MoHa 18 Oct 2015, 15:23:00
aRz pun tak kenai kacang tu, tau tau dah masuk perut hehe
aRz MoHa aRz MoHa 18 Oct 2015, 15:39:00
Negeri lain pun ada juga kan sya
aRz MoHa aRz MoHa 18 Oct 2015, 15:44:00
Sedap kak Ummul satu set tak cukup
aRz MoHa aRz MoHa 18 Oct 2015, 15:45:00
Nor azman mmg sedap, terima kasih singgah
Farrah MF Farrah MF 18 Oct 2015, 23:04:00
Hikhikhik phool ke pol ke pool? ;)
Farrah MF Farrah MF 18 Oct 2015, 23:07:00
Suka tengok aksi cik puteri dengan meowwww :)
muhammad nizam muhammad nizam 19 Oct 2015, 23:02:00
wahh wahh wahh kacang phool... teringat kat egypt... sarapan wajib...
adarnadzmie adarnadzmie 20 Oct 2015, 14:28:00
wahhh... menu sgt menarik ni.... x payah ke johor nak mkn nih...
kena terjah ke tanjung tokong la lepas nih...haha
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 21 Oct 2015, 10:07:00
nnt bulan 12 sy mai penang sy terjah ya ;-)
reezluv reezluv 21 Oct 2015, 13:08:00
Penang pun dah ada kacang pool, menarik tu,boleh pegi nanti
el el 21 Oct 2015, 17:05:00
teringin nak rasa kesedapan kacang phool ni
sblm ni nah dgr johor pya
tak tau penang pun ada
Zie Has Zie Has 3 Nov 2015, 18:02:00
nampak sedap la ... siap ada delivery lagi ... kalau la dok penang nak juga order :)
Zie Has Zie Has 3 Nov 2015, 18:03:00
nampak sedap la ... siap ada delivery lagi, terbaik :)
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 5 Nov 2015, 13:00:00
Selalu sangat dah terjumpa entry pasal kacang pool nie tapi x pernah terjumpa lagi..
Mardiah Diana Mardiah Diana 27 Dec 2015, 09:37:00
salam singgah sini...nampak macam sedap lah...tapi tak pernah lagi makan kacang pool ni...hihi
Kak Yon Kak Yon 29 Dec 2015, 09:00:00
salam..
pernah mkn sekali kacang pool di JB. nak juga menerai di penang pula..boleh bezakan rasanya.. :)
Shiqin Sunshine Shiqin Sunshine 29 Dec 2015, 23:08:00
Haha yg suka mkn nasi kndaq 2 set ye order...huu cm menarik ni

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih