Vape Diharamkan Di 20 Universiti Awam

Pengharaman Vape Di 20 Universiti Awam

Pengharaman vape di 20 Universiti Awam malah sekiranya dikenakan pengharaman di Malaysia sekalipun arzmoha.com tetap menyokong usaha yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. Pengharaman ini dipersetujui 20 Universiti Awam dimana keputusan tersebut dicapai oleh Naib-Naib Canselor yang bermesyuarat pada jumaat lepas.

pengharaman vape di universiti awam, keburukan vape, mengapa patut haram vape,
Pengharaman Vape Di 20 Universiti Awam
Pengharaman vape juga merupakan keputusan yang tepat adalah disebabkan Universiti merupakan zon hijau. Pihak universiti juga diberikan kuasa autonomi dan berhak menentukan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan pengharaman ini tambah Menteri Pendidikan Tinggi. Selain itu kerajaan juga tidak akan masuk campur dalam hukuman yang dikenakan.
sumber : awani.com

Mengapa Vape Perlu Diharamkan

Kenapa arzmoha.com menyokong pengharaman vape? Antara sebabnya adalah vape adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah, membazir wang dan penghisap vape juga sama seperti penghisap rokok tidak tahu menghormati hak orang lain. Perbuatan menghisap vape juga mengikis adab dalam menghormati orang lain terutama di kedai makan dan tempat awam. 

Teringat pula kata seorang kawan yang berada di Jepun katanya orang Jepun menghisap rokok di dalam ruang yang disediakan. Seandainya tiada tempat untuk menghisap rokok maka mereka tidak akan merokok ini kerana sikap menghormati dan jika menghisap di tempat awam dianggap kurang sopan. Begitu hebatnya sikap dan adab mereka di negara maju. Apa komen anda mengenai penghisap Vape? Komen yang baik baik ya.

Jumpa Lagi

{ 15 comments.. read them below or add one }

Norma NML Norma NML 23 Nov 2015, 07:21:00
Alhamdulillah..bagus sgt :)
Etuza Etuza Etuza Etuza 23 Nov 2015, 07:26:00
Asalam ..nilah kenapa nak buat juga perkara tak berfaedah ni..hanya merosakkan kesihatan..terang lagi bersuluh..mohon fikirkan
Murni Alysa Murni Alysa 23 Nov 2015, 08:32:00
setuju..murni pon x suka Vape tu..mahap ler
Mizz Aiza Mizz Aiza 23 Nov 2015, 09:45:00
setuju sangat vape diharamkan..
Unknown Unknown 23 Nov 2015, 09:50:00
Sama jaa buat ape pun, haram rokok ade tokan rokok dalam kampus, haram vape, lagilaaaa, takde beza pun, penghisap pulak ade yang jenis slambe tak kene tempat, ade jenis yang boleh hormat orang, tapi lagi ramai slambe tulaa, haramkan je dulu, taulaa diorg nak ade attitude sket
Inani Hazwani Inani Hazwani 23 Nov 2015, 10:30:00
Baguslah bila dah diharamkan.
Mummy Julia Mummy Julia 23 Nov 2015, 11:32:00
Mummy setuju.. Anak kawan mummy darjah 6 bawak vape ker sekolah. jenuh mummy nak bersoal jawab ngan hero besaq... penjana masalah sungguh vape ni!
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 23 Nov 2015, 12:55:00
Pengguna Vape sebenarnya sangat merimaskan. Asap terlalu banyak. Macam membakar sampah dilaluan orang pun ada..
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ 23 Nov 2015, 12:55:00
akak pun tak faham.apa yg sedap sgt menyedut asap rokok atau vape ni..kenyang ke..?
Cik Mimie Cik Mimie 23 Nov 2015, 15:03:00
Cik Mimie pun sokong kalau vape ni diharamkan..sebab ia memang x dtg kan apa2 faedah pun..
SalbiahM SalbiahM 23 Nov 2015, 20:10:00
baguslah diharamkan..tapi kalau jenis tak reti bahasa tu, konfem mengevape dalam blok asrama.pastu cakap ngan Mak nak beli buku takde duit.

saya pun tak suka vape ni, lagi-lagi kalau perempuan bertudung.merosakkan kesihatan dan mengganggu orang ramai je
Kira Sakura Kira Sakura 24 Nov 2015, 16:04:00
vape lagi banyak asapnya dari rokok. sama je dedua menyesakkan dada orang keliling
dear anies dear anies 1 Dec 2015, 10:14:00
haramkan seluruh dunia. br kena!

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih