Awesome Food | Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar Penang

Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar, Sungai Ara, Pulau Pinang

Pulau Pinang memang terkenal dengan panggilan syurga makanan dan juga negeri yang terkenal dengan hidangan makanan yang terbaik dan menarik. Kali ini aRz bawakan Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar yang terletak di Sungai Ara Pulau Pinang. Memang banyak warung yang menjual nasi lemak tetapi warung ini lain dari yang lain serta menyediakan harga yang menarik. Jom teruskan membaca.

nasi lemak kukus pendekar mustar, nasi lemak sedap di sungai ara, nasi lemak famous di penang, makan best di penang, tempat makan menarik,
Nasi lemak kukus Pendekar Mustar, Sungai Ara.

Dari Mana Asal Nama Warung Pendekar Mustar?

Jangan terkejut dengan nama warung ini lain dari yang lain dan panjang sikit nama. Masa aRz sampai disini tertanya-tanya juga kenapa nama Pendekar Mustar. Untuk pengetahuan semua, selepas berkenalan serba sikit dengan pemilik warung ini yang dikenali dengan nama ITO, sebenarnya ITO adalah cicit kepada pelakon watak Pendekar Mustar iaitu dikenali sebagai Wak Mustarjo atau nama sebenarnya Haji Mustar bin Ahmad. Sebelum menceburi bidang lakonan Wak Mustarjo sendiri pernah membuka warung berhampiran Studio Jalan Ampas. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Kini cicitnya pula menyambung resipi Wak Mustarjo...jom baca lagi...

nombor telefon nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak pendekar mustar sungai ara, makan best di pulau pinang, nasi lemak sedap penang,
Untuk tempahan

Menu Yang Terdapat Di Warung Nasi Lemak Pendekar Mustar

Menu menarik yang terdapat di Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar. Sudah tentu bab ini yang dinantikan. Terdapat berbagai menu yang disediakan dan memang menjadi pilihan aRz sendiri. Memang sedap terutama resipi turun temurun Wak Mustarjo.

jenis menu dan hidangan di warung nasi lemak pendekar mustar, sedap ka nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak kukus pendekar mustar,
Menu dan hidangan yang disediakan


nasi lemak kukus pendekar mustar, nasi lemak sungai ara, nasi lemak murah, nasi lemak ayam berempah, makan menarik di penang,
Nasi Lemak RM2


ayam goreng berempah, menu di nasi lemak kukus pendekar mustar, penang best food, ayam berempah nasi lemak pendekar mustar, makan best di penang,
Ayam Goreng Rempah RM3

ayam goreng rempah nasi lemak kukus pendekar mustar, nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak sungai ara, makan best di penang,
Ayam Goreng Berempah

terlu goreng, menu istimewa, nasi lemak kukus pendekar mustar, makan best di penang, kat mana makan best di penang,
Telur goreng

sambal petai udang nasi lemak kukus pendekar mustar, sambal udang petai, makan best di penang, makan sedap dan murah, nasi lemak penang,
Sambal Udang Petai RM3

sambal daging berlado, sambal daging wak mustarjo, sambal daging rahsia turun temurun,
Sambal Daging Berlado RM 3 Resipi Turun Temurun

Inilah resipi turun temurun dari Wak Mustarjo atau Pendekar Mustar ketika beliau berniaga berdekatan Studio Jalan Ampas. Hari ini diteruskan oleh cicitnya, macam mana rasanya? kena mai rasa sendiri....

sambal paru kelempung di nasi lemak kukus pulau pinang, nasi lemak pulau pinang, nasi lemak, nasi lemak sedap,
Sambal Paru/Kelempung RM 2.50

sambal paru famous penang, sambal paru sedap di penang, makan best sambal paru, gambar sambal paru,
Sambal Paru/Kelempung
Ini antara lauk yang aRz dan juga beberapa #bloggerutaraofficial sempat mencuba sendiri tetapi masih banyak lauk lagi mencubanya dan dibawah ini adalah senarai harga dan menu yang disediakan

Senarai Harga dan Menu Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar

Nasi Lemak RM 2
Ayam Goreng Rempah RM 3
Ayam Sambal Halia RM 3
Rendang Kerang RM 3
Sambal Sotong Kembang RM 3
Sambal Udang Petai RM 3
Sambal Paru/Kelempung RM 2.50
Ikan goreng/sambal RM 2 ke RM 3 mengikut saiz dan harga pasaran.

Apa yang aRz sendiri faham jika kita ambil nasi lemak RM 2 + ayam goreng rempah RM 3 harganya RM 5.
Murah bukan? Bagi aRz murah dan lagi murah jika kita lihat harga minuman yang disediakan di warung ini.

Harga Minuman

Pemilik warung ini juga telah mengambil satu tindakan yang terbaik khas buat pelanggannya dengan menurunkan harga serta minuman percuma. Memang sangat murah.

warung murah penang, nasi lemak penang, nasi lemak sedap, makan best di penang, tempat makan menarik dengna harga murah, warung air murah di peang,
Harga Minuman Di warung Pendekar Mustar

Air Milo, Nescafe & Horlicks RM 1.50 <<< sah dengan setiap pembelian makanan >>>

Air Teh, Kopi, Bandung, Barli, Sirap Limau, Teh O Limau, Sunquick Orange/ Blackcurrant RM 1 
<<< sah dengan setiap pembelian makanan >>>

Teh O Ais & Sirap PERCUMA <<< sah dengan pembelian makanan dan makan di kedai sahaja >>>

Maknanya jika nak air harga ni kena makan di warung. Bagi aRz harga yang disediakan sangat murah.
Sangat berbaloi untuk mencuba. 

Kalau anda seorang yang tak suka beratur atau nak selesa dicadangkan datang pada jam 5.30 petang.

Lokasi Warung Nasi Lemak Pendekar Mustar




Berhadapan Pak Husin Tomyam,
Kampung Tersusun Sungai Ara,
Jalan Dato Ismail Hashim,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar

Warung ini beroperasi :

Ahad - Khamis dari jam 5 petang sehingga 12 tengah malam.

Tutup 
Hari Jumaat dan Sabtu.

Hubungi Nasi Lemak Pendekar Mustar :

016-4711227 ( ITO)


Kanak-kanak Suka Nasi Lemak Pendekar Mustar?

Kanak-kanak makan tak nasi lemak? Cik Puteri dan juga anak-anak #bloggerutaraofficial pun turut hadir merasai sendiri nasi lemak pendekar mustar. jom baca lagi

gambar kanak-kanak, gambar kanak-kanak di warung nasi lemak penang,
kimmi
Kimmi anak kepada blogger Izzeyda. Kalau dulu cuma kenal di blog tapi hari ni dapat berjumpa.

izzat, kanak-kanak dan nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak kukus,
Izzat
Hero sulung kak eyda.

nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak sedap, kanak-kanak suka nasi lemak pendekar mustar,
Alysa & Boboiboi
Ini pula anak Kak Murni dan Kak Sha

Dah kenal kan? Sebelum hidangan sampai macam biasalah macam-macam aktiviti kanak-kanak tapi bila nasi lemak dah sampai semua fokus pada makanan. Kanak-kanak kalau suka pada makana atau rasa sedap bagi depa sudah tentu tak main-main sebaliknya fokus dan makan sampai kenyang.

cik puteri, cik puteri di warung nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak kukus penang, nasi lemak viral di facebook,
Cik Puteri tengah makan tapi mata ke lain :p

nasi lemak pendekar mustar, boboiboi di warung nasi lemak pendekar mustar, sedap tak nasi lemak pendekar mustar,
Boboiboi tengah buat apa tu?

anak blogger izzeyda di warung pendekar mustar, nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak kukus pendekar mustar,
Kimmi jeling apa pula? Sambal daging?

blogger murni alysa di warung nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak pendekar mustar,
Fokus kak murni...fokusss hehehe


blogger utara di Nasi lemak pendekar mustar, bloggerutara, bloggerutaraofficial, warung nasi lemak kukus pendekar mustar,
Sebelum balik Wefie dulu bersama pemilik warung Puan Khairun

Terima kasih tidak terhingga kerana sudi melayan #bloggerutaraofficial dengan hidangan yang terbaik. Memang rasa nak ulang lagi. Insyaallah akan sampai lagi sebab teringatkan Sambal Daging Berlado turun temurun dari Pendekar Mustar. Terliur habis....

Sebelum itu Warung Pendekar Mustar ada mengadakan satu projek yang diberi nama Projek Kongsi Rezeki dimana Insyaallah aRz akan kongsikan pada entri akan datang supaya lebih mudah difahami. Jangna lupa untuk mencuba sendiri Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar.
projek kongsi rezeki penang, suspended meal penang, kongsi rezeki, makan percuma buat golongan kurang kemampuan,
Projek Kongsi Rezeki ( Suspended Meal )

Jumpa Lagi 

aRz MoHa
Whatsapp : 011-27130797
Facebook Page : Blogger Utara Official 

{ 23 comments.. read them below or add one }

husna zahidi husna zahidi 11 Nov 2015, 07:30:00
sedapnya tgk sambal udg petai tu.. igtkan pemilik kedai ni main letak je nama.. smoga usaha murni, projek kongsi rezeki tu tetap diteruskan..

tak sabar nak tunggu gather #bloggerutaraofficial seterusnya.. hehehe..
Cik Ash Cik Ash 11 Nov 2015, 10:34:00
terliur tengok nasi lemak bila la boleh p
Permatabiru Permatabiru 11 Nov 2015, 12:25:00
next trip ke penang mesti kena terjah nasi lemak pendekar mustar nie...:)
Dr Singa Dr Singa 11 Nov 2015, 14:34:00
projek kongsi rezeki yang sungguh mulia
izzeyda izzeyda 11 Nov 2015, 14:56:00
jom arz kita repeat lagi..
el el 11 Nov 2015, 16:25:00
sedap eh tgk ayam rempah dia ni
one day kena terjah lah
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 11 Nov 2015, 16:29:00
nasi RM 2 banyak tu.. hemoih2 la perut comel ni.. haha
Murni Alysa Murni Alysa 11 Nov 2015, 18:34:00
nanti kita serang lagi bersilat ngn nasi lemak kukus pendekar Mustar ni
Farrah MF Farrah MF 11 Nov 2015, 20:48:00
Glamour sungguh nasi kukus pendekar mustar ni :)
Sukalah sekarang banyak restoran/kedai makan buat projek suspended meal.
aRz MoHa aRz MoHa 11 Nov 2015, 23:27:00
Yeah nak kena repeat lagi..
aRz MoHa aRz MoHa 11 Nov 2015, 23:29:00
Bersilat dengan sambal daging berlado
aRz MoHa aRz MoHa 11 Nov 2015, 23:31:00
Kalau singgah ke Penang jangan lupa
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 12 Nov 2015, 09:03:00
meeeeeencik laaa hampa ni pi makan x ajak ceq.. tacing !!
Nurul Shahira Nurul Shahira 13 Nov 2015, 10:07:00
Nama pun dah unik. Pendekar Mustar tuuu. Kompem orang ingat ! :)
Dan side dish nasi lemak pun nampak sodap. Sambal udang petai tuuu,
aRz MoHa aRz MoHa 16 Nov 2015, 12:19:00
ya...kita pun rasa nak kerap makan ke sana sebab warung seperti ini membantu insan lain.
aRz MoHa aRz MoHa 16 Nov 2015, 12:21:00
nanti ada rezeki lain. insyaallah
aRz MoHa aRz MoHa 16 Nov 2015, 12:22:00
memang favret pun sambal udang petai...petai memang tak boleh tolak...
Montana Montana 30 Nov 2015, 14:52:00
Assalammualaikum bro..terima kasih sebab share..terus terang cakap..tengok pic2 nasik tu dan2 rasa lapaq bang ooo..huhuhu..nak kena pi nampak gaya ni
Idea Berita Idea Berita 1 Dec 2015, 20:34:00
Boleh singgah nanti ni. Harapan makanan yang dihidangkan sesedap cerita Bujang Lapok

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih