Mimpi Yang Tinggi-Tinggi

Sokong Minat dan Impian Orang Tersayang

Seperti yang kita maklum, sekarang ini musim cuti sekolah, keputusan UPSR baru sahaja diumumkan dan SPM yang sedang berlangsung. Tetapi entri ini bukan sahaja untuk musim macam aRz sebutkan tadi tapi sampai bila-bila laaa....Ianya berkaitan minat dan impian anak-anak, atau orang tersayang di sekeliling kita.

kejar mimpi-mimpimu, beri sokongan pada orang tersayang, jangan halang minat sesorang, quote andrea hirata, quote sang pemimpi, kids at the beach, gambar kanak-kanak,
Cik Puteri | Teluk Bayu Teluk Kumbar Penang

"Kalau nak mimpi yang tinggi-tinggi mimpilah. Tapi kau harus yakin dengan mimpi itu, Dan temukan jalan yang terbaik dalam meraihnya. Jangan fikir perjalanan dalam meraihnya akan mulus." -sedutan dari filem Sang Pemimpi karya andrea hirata

Dalam kehidupan kita, pastinya kita dapat melihat setiap manusia itu mempunyai minat, cita-cita dan impian yang lain-lain. Kita tidak boleh memaksa orang untuk meminati apa yang kita minat. Cuma sebagai orang yang rapat contohnya seorang ibubapa kepada seorang anak, kawan kepada kawan rapatnya, abang kepada adik, pakcik kepada anak sedaranya kita perlu memberi sokongan terhadap minat mereka walaupun berlainan dengan minat kita. ya...sebab antara kita berbeza.

Tetapi...tak semua perlu kita turutkan. Sebagai seorang yang lebih tua, lebih pengalaman, lebih matang kita perlu nasihat sekiranya minat itu bukan sesuatu yang baik untuk masa depan mereka. Contohnya, anak kita minat sangat dengan sukan permotoran, takkan kita nak ikutkan atau sokong dengan mendedahkan anak-anak dengan motor dalam keadaan masih lagi di bangku sekolah?

Setidaknya berikanlah mereka syarat supaya habiskan dahulu pengajian di peringkat lebih tinggi, bina kerjaya kemudian barulah cari minat mereka kembali. Seandainya minat mereka ini tidak menjadi sekurang-kurangnya mereka (anak-anak, kawan, adik) ada kerjaya.

Ini cuma sebagai satu contoh. Mungkin situasi diluar sana berbeza. Dalam bab ini ada beberapa orang yang boleh dijadikan contoh adalah Fynn Jamal, Yuna, Awi Rafael begitu juga Nana Sheme ( hantu atau buaya) yang juga tidak mengabaikan pelajaran dalam mengejar minat dan mungkin ramai lagi diluar sana.

Walaubagaimnapun jangan halang minat dan impian orang tersayang tetapi jangan pula biarkan mereka mengabaikan pelajaran dan kerjaya terlebih dahulu.

Comments

  1. awat gambar 1 je bos..belanja lah banyok2 gambar
    syok tgk gambar tu..tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lepas ni nak kongsi gambar banyak-banyak hehe

      Delete
  2. macam anak kawan kakak. dia minat sgt nak jadi penyanyi. sampai dia mintak mak dia doakan cita2 dia nak jadi penyanyi tu dekat mekah!! kita tengok memang macam erkkk????? tapi mak dia cuma cakap. nak jadi penyanyi biarlah penyanyi yang berilmu. cari ilmu tinggi2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang kita impikan belum tentu berjaya...yang pasti kena ada backup...sambung ke peringkat lebih tinggi dahulu

      Delete
  3. Bermimpilah setingginya dan gapailah mimpi itu sekuatnya..:)

    ReplyDelete
  4. tak salah bermimpi setinggi langit, janji jangan lupa bumi yang dipijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga ya Sal....bila dah berjaya jangan lupa asal usul

      Delete
  5. dah lama bercita-cita nak jadi model..masih tunggu offer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah jadi model nanti tak lupa aRz kat sini

      Delete
  6. Mummy suka pic black and white..cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun mummy...black and white ni feel dia lain macam

      Delete
  7. Filem ni macam best je nanti nak carilah.. Sang Pemimpi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik banyak kali juga aRz ulang dan ulang

      Delete
  8. Mummy selalu mimpi sampai ke bulan..camaner tu..kikii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ikut Program Angkasawan Negara la mummy

      Delete
  9. gambar dan model cantik.. ai like ~~~

    ReplyDelete
  10. aRz, awat gambar sekeping cuma??

    ReplyDelete
  11. Apa pun ilmu itu penting walaupun tak semestinya dengan bidang pengajian kita bakal memberikan peluang kerjaya yang diimpikan atau dicanangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul zumal....cari ilmu sampai ke negeri china

      Delete
  12. Pokok pangkalnya sebagai org yg lebih tua kenalah membimbing minat anak anak. Maklumlah org tua kan lebih makan garam hihi.....banyak pengalamannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak hainom...makan garam jangan banyak sangat takut nanti darah tinggi

      Delete
  13. huwaaa dulu mak ceq tak sokong pun apa ceq nak buat =(

    ReplyDelete
  14. setuju,,kita beri sekongan kerana bila buat sesuatu yg di minnati baru hasilnya terbaik like aRZ minat photography kan

    ReplyDelete
  15. psst : anak dara aRz tu minat apa eh..minat nak jadi DJ ke ;p

    ReplyDelete
  16. Kadang tu minat tu jadi turun temurun...

    ReplyDelete
  17. penuhkan ilmu di dada sebelum menggapai bntang

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih