Selamat Hari Raya AidilFitri 1436H/2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015. Dikesempatan yang ada ingin aRz mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin. Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri khas buat semua umat Islam yang menyambut di seluruh dunia. Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan buat umat Islam yang berjuang di bulan Ramadhan. 

Ucapan Raya 

aRz ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap bahasa, kata yang mana menyinggung atau melukakan hati sesiapa sahaja, tidak kira secara nyata atau di media sosial ataupun laman blog ARZMOHA.COM dan juga khas paling utama buat pembaca blog yang setia, rakan blogger yang saling bantu membantu walaupun ada yang tidak pernah bersua muka, rakan-rakan pejabat, rakan-rakan senegeri, sekolah dan semua yang mengenali diri ini. aRz juga merupakan manusia biasa yang tidak mampu lari dari membuat kesalahan dan kesilapan sepanjang mengenali diri anda. Terima kasih juga buat mereka yang sudi mengkritik dan menasihati jika ada salah dan silap aRz. Khas juga buat adik-beradik #EFG andai ada perkara-perkara yang membuatkan anda tersinggung ketika di dalam group atau pun perkara lain aRz memohon maaf.


Buat #BloggerUtara yang masih baru dan tidak sempat mengenali kesemuanya, aRz juga memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau perkara yang lain yang menyakiti hati anda semua. Insyaallah ada masa kita adakan perjumpaan raya.

"Ampun dan maaf dipinta. Semoga hari lebaran disambut dengan penuh kesyukuran"
Di Hari Raya pastikan anda semua berhati-hati, jangan gopoh atau terburu-buru untuk sampai ke destinasi. Tidak lari gunung dikejar. Utamakan keselamatan dan nyawa anda serta pengguna jalanraya yang lain. Ingat orang tersayang, jangan biarkan hari raya disambut dengan air mata.

"semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun"

Salam Aidilfitri dari arzmoha.com, yang mewakili aRz , isteri serta Cik Puteri.

#kosongkosong
#arzmohadotcom


{ 9 comments.. read them below or add one }

timm bill timm bill 18 Jul 2015, 00:17:00
selamat hri rya arz! ngee,,
baru nak blogwalking dgn #BloggerUtara ni :)
SalbiahM SalbiahM 18 Jul 2015, 09:33:00
selamat hari raya Arz n family..maaf zahir batin kalau ada salah silap ye
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 23 Jul 2015, 18:14:00
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat Arzmoha dan keluaraga..:)
Nik Ainaa Nik Ainaa 25 Jul 2015, 21:33:00
Dah mcm karangan spm dah. Hehe selamat hari raya blogger arz moha! Amoun maaf dipinta ^_^
zarul farhana zarul farhana 26 Jul 2015, 17:30:00
selamat hari raya arzz
comei cik puteri
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 27 Jul 2015, 19:19:00
Selamat hari raya Arz dan family..
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 29 Jul 2015, 11:40:00
Assalam arz,
Selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin noooooooooooo
Cik Ash Cik Ash 5 Aug 2015, 09:47:00
Sory lambat ucap selamat hari raya buat arz dahn keluarga

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih