#Cabaran20Hari Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa. Susah untuk keluarkan memori dari dalam sel-sel otak yang makin berhubung sejak ikuti #cabaran20hari ni. Pengalaman pahit. Seakan tiada satu yang mampu untuk dikongsikan. Pejam mata cuba cari 'feel' tapi tak keluar juga. Tidur..bangun..juga tak dapat sesuatu yang membantu dalam menyiapkan cabaran kali ini. Kenapa susah sangat 'pengalaman pahit'

pengalaman pahit, pengalaman pahit di bulan puasa, cabaran20hari,

aRz cuba gali dalam memori apa pengalaman pahit yang berlaku dalam bulan puasa. Gali....cari...gali....cariii....
Tak jumpa....siapalah pilih tajuk ni (kah kah kah)

Walaupun ada beberapa ujian dalam bulan puasa, seperti aRz pernah cerita sikit mengenai Puan Isteri ditahan wad sehingga hampir 2 bulan ketika mengandungkan Cik Puteri, tahun berikutnya Cik Puteri pula ditahan wad disebabkan Denggi. Tapi aRz tak pernah klasifikasikan sebagai 'pengalaman pahit'. Entah... aRz rasa pengalaman seperti ini suatu yang manis, menjadikan satu memori yang berharga dalam hidup. (Ada masa aRz kongsikan pengalaman ini.

Pengalaman Pahit Yang Memang Pahit

Tajuk cabaran hari ke-5 memang sangat mencabar. Terus terang aRz tak mampu ceritakan pengalaman pahit apa lagi. Melainkan satu cerita ini pahitnya tidak pula membuatkan rasa nak sedih, menjerit...

Kejadian ini pernah berlaku beberapa tahun lepas, aRz masih lagi di bangku besi Sekolah Menengah. Waktu berbuka. Arwah mak masih ada ketika ini... 

Abang aRz memang selalu suka buat lawak, tak kira waktu. Paling dia suka adalah waktu orang nak makan. Paling penting di meja makan. Walaupun dia tak makan, asal ada orang makan dia akan duduk sekali, kalau boleh dia akan cari  posisi depan orang makan. Katanya lawak akan lebih menjadi. Kebetulan waktu dia nak uji lawak dia waktu berbuka, lepas semua dah habis makan, berehat sekejap sambil minum.... dia datang buat lawak...dia memang tunggu point lawak tu tatkala arwah mak letakkan cawan di mulut. Sampai saat tu dia pun lepaskan point lawak sampai semua tergelak. Tapi....

Lawak tu sepatutnya biasa saja, kekadang lawak hambar... cumanya hari tu bukan nasib dia baik, arwah mak tersedak dan tersembur Kopi 'O' Pahit tanpa gula ke seluruh muka dia. Terdiam terus abang.

aRz yang memang di sebelah dia nasib tak terkena semburan kopi Pahit tadi bangun bisik kat dia " Ingat ini pengalaman PAHIT disembur kopi 'O' PAHIT" sambil gelakkan dia.

Sejak hari tu rasanya tak ada lagi lawak time orang tengah makan atau minum.

Moral of the story : Jangan buat lawak ketika orang tengah minum atau makan. 

Maaf, memang tidak ada pengalaman pahit yang boleh aRz kongsikan tapi inilah saja pengalaman yang ada melihat abang sendiri disembur Kopi O Pahit.

#Cabaran20Hari #day5






{ 11 comments.. read them below or add one }

Cik Ash Cik Ash 2 Jul 2015, 06:01:00
hahahahaha Kopi pahit xde gula ke... cabaran 20hari lagi memcabar nak mengarang rasa tak larat dah ni adess
Permatabiru Permatabiru 2 Jul 2015, 08:58:00
sebab kan kopi pahit..arz ada juga pengalaman pahit itu ..kikiki
SalbiahM SalbiahM 2 Jul 2015, 09:29:00
oklah, kira pahit lah jugak..tapi yang baca ni dok tergelak, dah acane?
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 2 Jul 2015, 10:20:00
Hahaha..lawak lah..camne nie...
zai zamree zai zamree 2 Jul 2015, 10:52:00
cik puteri kena denggi?bahayanya...

lenkali wt lawak lg...hihihi
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 2 Jul 2015, 12:53:00
Assalam arz,
iols tunggu entry itu naaaaaa

#BloggerUtara
anajingga anajingga 2 Jul 2015, 21:22:00
erm, kenangan pahit dan jadi manis dengan kopi pahit.. :)
Dunia Zumal Dunia Zumal 5 Jul 2015, 04:50:00
Bestnye bila semua kenangan amat manis ye aRz
Amanina Mads Amanina Mads 5 Jul 2015, 14:13:00
rasanya kenangan pahit kena kunci di luar rumah sebab berbuka separuh hari.
takmo la igt balik kenangan pahit2 time puasa
Fendi Rocka Fendi Rocka 7 Jul 2015, 12:03:00
sampai sini terasa kopi dia..
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 02:14:00
ha kan dah terkena dekat batang hidung sendiri. adoi, sabar je.

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih