#Cabaran20Hari Pengalaman Main Mercun

Cabaran20Hari Pengalaman Main Mercun

Pengalaman main mercun. Sebut saja hari raya pasti ada waktu kita main mercun. Pengalaman main mercun kebiasaannya masa waktu kanak-kanak dan remaja. Pengalaman main mercun mungkin juga berlainan pada setiap individu. Ia bukan tradisi kita tetapi mungkin juga disebabkan berkongsi raya dengan masyarakat lain itu membuatkan ada yang terpengaruh dengan main mercun.

main mercun, cik puteri dan mercun, mercun, mercun raya,
Pengalaman main mercun

aRz juga tidak lari dari pengalaman bermain mercun. Macam-macam pengalaman. Kalau dibandingkan tahun 90an dan sekarang, mercun di tahun 90an lebih pelbagai. Sekarang ini mercun pula lebih merbahaya dan lebih kuat impaknya. Kalau dulu ada mercun katak, yang melompat-lompat. Pernah juga dikejar mercun tu, padahal kalau belok ke arah lain tak dikejar pun. Kemudian ada juga mercun lebah, seperti lebah juga, mercun gasing. Dua mercun ini tidak berbahaya. Berbanding mercun bom yang ada pada hari ini yang boleh membuatkan hilang jari dan kecederaan melampau.

Teringat aRz pengalaman paling bahaya ketika bermain mercun Cabai. Ada dua mercun jenis ini. ada kecil dan ada besar. Yang besar memang bahaya kalau tersilap langkah. Kebetulan aRz jumpa mercun yang besar atau dipanggil mercun cabai berwarna merah. Jadi bila dah dapat mercun sudah pasti tak sabar nak main. Walaubagaimanapun aRz tidak tahu sumbu mercun ini apabila dibakar sangat laju. Nasib baik tidak pegang dengan tangan dan hanya ditanam di dalam pasir. Akibatnya rasa seakan terngiang-ngiang telinga. Habis pasir kena sampai ke muka. Terdiam seketika. Tidak dapat bayang kalau mercun tu dipasang ketika aRz memegangnya. Sudah tentu mendatangkan kecederaan serius.

Kepada adik-adik elakkan bermain mercun untuk kelihatan hebat, takut-takut berhari raya tanpa jari atau kecederaan yang serius. Eloklah hari raya dipenuhi dengan menjalinka hubungan siratulrahim sesama rakan, keluarga, jiran dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini memberi pengajaran buat yang membacanya. Ibubapa juga perlu memerhatikan anak-anak jangan sampai berhari raya di Hospital.

Salam AidilFitri
#kosongkosong
#Cabaran20hari #Day20

Alhamdulillah walaupun agak lewat tetapi berjaya habiskan cabaran ini. Tahniah juga kepada yang berjaya menghabiskan dalam waktu yang ditetapkan.

{ 11 comments.. read them below or add one }

SalbiahM SalbiahM 20 Jul 2015, 09:02:00
nasib baik tak hilang jari..
Dunia Zumal Dunia Zumal 20 Jul 2015, 16:44:00
Zumal takut main mercun, sampai sekarang pun kalau dengar bunyi mercun mesti terkejut ^-^
izzeyda izzeyda 21 Jul 2015, 09:08:00
nasib tak jadi apa-apa.. itulah takut jugak dengan mercun sekarang nih..
Pha Is Pha Is 23 Jul 2015, 03:46:00
saya dulu pernah jugak maian mercun. tapi alhamdulillah, xde apa2 kemalangan.. lepas umur 13 tahun, terus xde mood nak main mercun, sampai mak tanya "tahun ni tak beli mercun ke?" hahaha..
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 23 Jul 2015, 18:12:00
Syukurlah tak terjadi apa-apa kan..
Nik Ainaa Nik Ainaa 25 Jul 2015, 20:49:00
Jgn ajar cik puteri main mercun ya...
zarul farhana zarul farhana 26 Jul 2015, 17:22:00
dh lama xmain mercun..dulu setakat mercun papan ja berani
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 29 Jul 2015, 11:37:00
Assalam arz,
tu laaaaaaaaaa
boboboy pun akak bagi maen pop2 ja semedang he3

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih