#Cabaran20Hari Menu Wajib Pagi Raya

Cabaran 20 Hari | Menu Wajib Pagi Raya

Menu wajib pagi raya Aidilfitri. Cabaran semakin mencabar. Baik, menu wajib pagi raya sememangnya ada lain kawasan lain rumah lain keluarga lain menunya. Mungkin ada yang sama menu wajib pagi raya dengan aRz.

google image : Ketupat Pulut

Ketupat Pulut

Ketupat pulut. Menang menu wajib yang aRz akan cari di pagi raya. Jika tidak aRz akan cari lemang. Kalau tak ada juga makan nasi jawabnya sebelum pergi solat sunat hari raya. Kenapa aRz cari ketupat pulut? Sebenarnya aRz kurang sikit makan nasi himpit. Sejak dari kecil memang jarang sentuh. Mungkin sebab nasi himpit tawar rasanya. Kalau tak ada pilihan baru sentuh tapi rendang atau kuah kacang kena letak banyak-banyak (banjir gitu)

Nasi Tomato

Nasi Tomato. Kebiasaan juga dipagi raya di sebelah utara ada nasi tomato. ( ker rumah aRz saja ada? ) Nasi tomato dengan ayam masak merah. Kalau ada memang kena makan juga. Kalau tak pernah rasa nanti singgah la ke Penang. Cuma rasa tahun ini aRz tiada di Penang. 

Rasanya inilah dua menu wajib yang aRz akan cari. Kalau tak jumpa mesti cari di rumah kakak arwah mak iaitu makcik aRz. Setiap tahun wajib ada. Lambat pula pagi raya muahaha....

Raya-raya juga jangan kita lupa Ramadhan masih berbaki. Perbanyakkan berdoa, berdoa, dan berdoa memohon keampunan. Bulan Ramadhan diberikan kelebihan buat kita.

#Cabaran20Hari #Day17

{ 7 comments.. read them below or add one }

SalbiahM SalbiahM 18 Jul 2015, 09:28:00
saya lagi suka ketupat nasi..hehe
Nik Ainaa Nik Ainaa 25 Jul 2015, 21:31:00
Memng kbyakannya menu wajib raya rendang kan. Family aina xdak pun rendang, lebih mkn kuzi. Heee
zarul farhana zarul farhana 26 Jul 2015, 17:28:00
tu ketupat palas mmg menu wajib tu....
izzeyda izzeyda 27 Jul 2015, 08:44:00
ketupat palas memang menu wajib di hari raya..
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 27 Jul 2015, 19:18:00
Suka semua.. tambah2 kalau mak yg sediakan.. habis saje..
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 29 Jul 2015, 11:39:00
Assalam arz,
haaaaaaaaaaaaaaaaa
orang penang WAJIB dengan nasi tomato nooooooooooo
Cik Ash Cik Ash 5 Aug 2015, 09:43:00
Menu wajib ekin di rumah ma kat kelantan roti jala gulai.ayam dan satay.

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih