#Cabaran20Hari Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak

#Cabaran20Hari Memori Raya 90an Zaman Kanak-Kanak

Memori raya 90an Zaman Kanak-kanak. Semakin hari semakin susah nak kemaskini entri Cabaran. Raya Zaman kanak-kanak serta memori. Setiap orang ada cerita masing-masing yang terpahat di ingatan. Ada memori raya zaman kanak-kanak dengan di kejar lembu, ada keluar dengan kawan-kawan, dan mungkin ada juga disapa oleh orang yang tak dikenali dengan sapaan "hai sayang" opsss....

google image
Memori Raya Zaman Kanak-kanak, kebiasaannya zaman kanak-kanak syok kutip duit raya saja. aRz biasanya tak sabar nak beraya dengan kawan-kawan. Macam biasa dengan target kutipan duit raya mengharap melebihi target tahun-tahun lepas. Disebabkan abang aRz guna basikal jadi terpaksa satu group kami tak naik basikal jalan kaki saja. Mana berani nak minta kat abang, silap haribulan boleh kena 'flying kick'. Nama pun adik beralah jela. 

Satu lagi yang menjadikan azam untuk mengumpul sebanyak mungkin sebab nak lawan jumlah kutipan duit raya abang yang kononnya dia akan dapat duit raya banyak sebab akan pusing banyak kampung. Kumpulan aRz pula target dua kampung, dan kurang makan dan minum. 

Jangan Makan dan Minum Di Hari Raya

Kebiasaan kumpulan aRz akan kurang untuk makan atau minum ketika beraya dari rumah ke rumah. kerana untuk menjimatkan masa. Tapi ada satu rumah besar dekat kampung tu. Hmmm setiap tahun pasti sangkut. Orang yang sama pula yang sambut. Masa tu mungkin umur dia 20 tahun keatas, lawa.... mestila perempuan. Bukan gatal tengok, tapi puji ikhlas ni. Bukan sangkut minum air dan makan kuih raya sebab akak ni lawa, tapi dia kata "kalau tak makan takdak duit raya".

"Kalau tak makan takdak duit raya"

Ya mapunnnnnn....suka tak suka kena juga makan. Lepas makan akak ni juga akan bagi duit raya. Setiap tahun sama ja nilai. RM1 syiling. Ini menyebabkan rumah ini sentiasa kena singgah. Tapi bila fikir balik hikmahnya yang akak ni nak bagitau. Singgah waktu raya jangan harap pada duit raya tapi menghubungkan siratulrahim. Akak ni memang best. Rasa sekarang mau dia pun dah umur 40 lebih dah kot.

Keletihan di Hari Raya

Memori Raya Zaman Kanak-kanak sememangnya meletihkan. Mana taknya. Satu kampung pusing. Ada satu tahun disebabkan nak duit raya lebih dari abang (macam aRz cerita kat atas tadi) sanggup kami berjalan hampir 5 km ke satu kawasan perumahan baru untuk kutip duit raya. Disepanang perjalanan tak ada pula rumah lain. Bila sampai apa yang dapat takla seperti yang diharapkan. Biasala zaman kanak-kanak harap dapat duit raya banyak. Petang bila sampai rumah pengsan sampai malam. Malamnya sebelum mak abah ajak gi rumah makcik pakcik sempat kira duit raya. Setelah berpenat pasang stategi kalah juga dengan abang. Tekanan. Inilah memori raya di zaman kanak-kanak terlalu kejar duit raya. Sehingga lupa maksud sebenar raya.

Memori Zaman Kanak-kanak aRz sudah. Macam mana pula dengan pembaca blog aRz? Kongsilah sikit. Kita kan ada pengalaman masing-masing.

Jumpa Lagi. 

#Cabaran20Hari #Day14

{ 18 comments.. read them below or add one }

SalbiahM SalbiahM 12 Jul 2015, 06:48:00
samalah kita, kalau hari raya tu main redah je, asalkan duit raya lebih dari adik-beradik lain..hehe
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 12 Jul 2015, 15:27:00
Hahaha.. Sampai cam tu sekali..

Kampung arz kat mana?
zai zamree zai zamree 13 Jul 2015, 10:32:00
Dialog tu slalu kena...pulun ka masuk rumah mkn jugak ckit
Farrah MF Farrah MF 13 Jul 2015, 16:46:00
Seronoknya pusing satu kampung kumpul duit raya :)
anajingga anajingga 13 Jul 2015, 21:39:00
tak makan tak dapat duit raya kan hihi :)
husna zahidi husna zahidi 14 Jul 2015, 00:15:00
heeee.. dan paling tak aci bila pergi raya sama2 dgn adk2 tp bila balik rumah kira duit raya, memasing mesti tak sama jumlahnya..T_T
Nurul Husna Nurul Husna 14 Jul 2015, 10:26:00
bagusnye...adik yang beralah...selalu abang yang beralah...huhu
Jari Manis Jari Manis 14 Jul 2015, 14:01:00
"hai sayang' tu x menahan hihih
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 14 Jul 2015, 14:46:00
Lawan sapa punya duit raya paling banyak tu standard.. selalunya kalah tipis.. hehehe.. Zaman bebudak..
aRz MoHa aRz MoHa 15 Jul 2015, 01:35:00
haha tu baca dari orang lain punya cerita :p
aRz MoHa aRz MoHa 15 Jul 2015, 01:36:00
kalah tipis ok...kerap kali aRz kalah banyak
Ummul Azkee Ummul Azkee 15 Jul 2015, 03:06:00
hehehe...keliling kg..kutip duit raya yer....seronok kn zaman kanak2..rindu waktu tu..
aRz MoHa aRz MoHa 15 Jul 2015, 03:56:00
rindu zaman kanak-kanak sekarang masa anak-anak pula
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 16 Jul 2015, 23:16:00
a ah betol la.. kalo p braya rumah orang mesti kena paksa makan dgn sogokan duit raya..
isk time bebudak mana makan banyak pun..
zarul farhana zarul farhana 27 Jul 2015, 14:07:00
rindu raya zaman budak2 dulu
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 29 Jul 2015, 11:52:00
Assalam arz,
budak lelaki xpa la pulun jalan carik duit ghayer :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih