#Cabaran20Hari Budget Raya

Budget Raya 2015

Budget raya. Kalau sebut pasal budget raya mungkin ramai yang rasa malas nak fikir. Bila raya banyak perbelanjaan nak digunakan. Kalau nak disenaraikan sudah tentu banyak. Jangan sampai ada yang meminjam hanya untuk sambut raya dengan meriah. Dalam entri kali ini aRz ceritakan sedikit mengenai budget raya dan cara mengatasi masalah ketika raya yang mana mungkin mampu membantu sedikit di masa hadapan.

budget raya, cabaran 20 hari, tips kewangan raya, bersederhana,
Budget Raya | Cabaran dan tips

Budget Raya 2015

Tahun ini agak sama seperti tahun-tahun lepas juga. Selepas berkahwin kebiasaannya budget lebih tinggi dari zaman bujang. Ketika bujang apalah yang hendak difikirkan sangat. Tapi bila sudah berkahwin budget bujang ditambah budget isteri ditambah budget anak. Memang agak tinggi. Benarlah orang kata "pengalaman mengajar erti kematangan". Jangan diharap pada bonus raya, dan gaji berdekatan raya. Budget aRz tidaklah semewah mana. Cukuplah untuk berhari raya dalam meraikan Hari Raya Puasa. Bagaimana memastikan budget mencukupi ketika hari raya?

Tips Budget Raya

Disini aRz selitkan sedikit cara aRz memastikan budget raya tidak lari atau kekurangan wang selepas hari raya. Kalau semua nak diharap pada duit gaji memang tak lepas. Walaubagaimanapun kalau ada yang boleh dijimatkan sudah tentu perlu berjimat. Antara cara mengatasi budget raya adalah

1. Main kutu

Kebanyakkan pejabat ada main "kutu", bukan kutu rayau tapi kumpul duit secara berjemaah dan diagihkan mengikut bulan cabutan. Main kutu adalah cara terbaik memastikan budget raya anda. Tapi kalau cabutan selepas raya itu adalah wang untuk selepas raya. Kalau bukan untuk budget raya mungkin boleh digunakan untuk tujuan lain, wang kecemasan, budget percutian atau lain lain.

2. Berbelanja Raya Awal

Ini bermaksud beli atau tempah baju raya lebih awal. Tak payah tunggu design terbaru sangat. Kalau untuk wanita yang suka sutera tak semestinya dekat raya baru keluar design baru. tempah lebih awal menggunakan wang gaji setiap bulan. Cara ini juga mengurangkan bebanan kewangan ketika menghadapi raya.

3. Bersederhana

Bersederhana adalah cara yang terbaik. Kalau boleh baju yang masih elok dan boleh dipakai pakai sajalah. Bukannya orang hafal semua baju raya kita. Cukuplah sepasang dua. Bukan artis sangat pun. hehe...

aRz rasa setakat ini saja dulu Budget raya dan tips menghadapi raya dengan tenang dan aman. Jangan boros dihari raya. Bulan puasa mendidik kita menjadi insan yang mengenang kesusahan orang lain kenapa mesti boros dan lalai di hari raya? Jom ubah cara perbelanjaan kita.


Jumpa Lagi.

#Cabaran20Hari #Day11



{ 51 comments.. read them below or add one }

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 8 Jul 2015, 12:31:00
Bersederhana tu yang paling pentingkan arz...
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ 8 Jul 2015, 12:33:00
akak dh 2,3 th tak beli baju raya..anak2 yg dah besar pun mcm tu jugak..cuma beli utk si bongsu ja..
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 8 Jul 2015, 13:35:00
Kutu.. perancagan yang bijak... heee
Qaseh Abadi Qaseh Abadi 8 Jul 2015, 14:04:00
beli ikut kemampuan bukan ikut org.. :-)
khaty aiman khaty aiman 8 Jul 2015, 14:39:00
main kutu pun ok jugak,tapi kena giliran tak kena masa tue yang merana jiwa..ngee
jambu batu jambu batu 8 Jul 2015, 15:43:00
Ada lagi satu tip bro.. Cuba jangan balik kampung tahun ni.uhuhuhuhu..
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jul 2015, 16:08:00
bersederhana sebaiknya barulah poket tidak merana
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jul 2015, 16:13:00
kekadang baju pun masih elok lagi kan? pakai hanya di pagi raya klau beli lain nampak sangat membazir
Azieera TajulRahim Azieera TajulRahim 8 Jul 2015, 16:16:00
Hadoi, kalau pasal bajet ni kite selalu lari... kali ni kena cut duit raya bagi kat bebudak! hee...
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jul 2015, 16:17:00
kutu adalah perancangan yang baik dah dua tahun gunakan tips ini.
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jul 2015, 16:19:00
tapi kalau orang lebih bergaya macammana? hehe
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jul 2015, 16:19:00
kalau dapat lepas raya itu kira budget lepas raya la Kak Khaty
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jul 2015, 16:20:00
kesian budak-budak. hehe
aRz MoHa aRz MoHa 8 Jul 2015, 16:20:00
tips ni tak boleh pakai hehe
Cik Mimie Cik Mimie 8 Jul 2015, 16:37:00
bersederhana itu perlu..Alhamdulillah, kerperluan semua da siap..sebab awal2 dah beli :)
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ 8 Jul 2015, 17:19:00
takpe.. nanti Cik Puteri dapat duit raya juga.. rezeki anak-anak... :)
Ikhlas memberi, InsyaAllah banyak yang diterima semula
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 9 Jul 2015, 08:07:00
Main jugak ea.. ohhh i see~~~
♥TheOnlyFarah♥ ♥TheOnlyFarah♥ 9 Jul 2015, 10:26:00
Nice tips arz..tpi tue la pasal nak tunggu design baru la selalu terlari bajet..hehehe
Cik Ash Cik Ash 9 Jul 2015, 17:00:00
bersederhana dalam menanti Raya Alhamdulilah
sayidah napisah sayidah napisah 9 Jul 2015, 20:26:00
membazir itu amalan syaitonnn. thanks for the tipsss abg arz :D
sayidah napisah sayidah napisah 9 Jul 2015, 20:26:00
dah la design baru lawa2 kannn
sayidah napisah sayidah napisah 9 Jul 2015, 20:27:00
alhamdulillah kak ain insoofff hahahhaha
sayidah napisah sayidah napisah 9 Jul 2015, 20:27:00
abg arz nak duit raya hihihiii
sayidah napisah sayidah napisah 9 Jul 2015, 20:28:00
kannn. dah lama tak main duit kutu. :p
sayidah napisah sayidah napisah 9 Jul 2015, 20:28:00
kena kurangkan lah sikit gayanya tu :p
sayidah napisah sayidah napisah 9 Jul 2015, 20:29:00
perghh bila turn abg arz? nak pau duit suh belanja mkn ni kihkih
aRz MoHa aRz MoHa 10 Jul 2015, 03:19:00
tak dapat la pau. dah dapat bulan 5 ritu
aRz MoHa aRz MoHa 10 Jul 2015, 03:20:00
jangan main kutu di kepala ya
aRz MoHa aRz MoHa 10 Jul 2015, 03:21:00
bersederhana itu paling baik
aRz MoHa aRz MoHa 10 Jul 2015, 03:21:00
gulp macam tu tak dapat la nak berjimat
zai zamree zai zamree 10 Jul 2015, 12:56:00
akak blanja awal & sderhana...bl time bln posa rilek ja x pi sopim mana2...dh x kalut & duit pon x rs laju ja mcm air keluar
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:35:00
bersederhana bagus. cuma kadang2 pempuan suka something new dan ikut trend. lelaki mmg x kisah sangat
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:35:00
kami adik beradik main swap2 je baju. senang, jimat sikit
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:36:00
best juga main. tapi xde member nk buat sama.
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:36:00
mana bole kurang gaya, nnti x kacak. biar sederhana asal bergaya. eh
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:36:00
ada pula nak main kutu dekat kepala.
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:37:00
sanggup ke tak balik kampung tu???
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:37:00
bila dah kawen mmg kena agihkan sikit duit untuk budak2 kan
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:37:00
kita pun semua dah beli heeee
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:38:00
ye betul. seronok la nanti cik Puteri dapat duit raya. harap2 bapa nya x mnx jugalah duit raya.
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:38:00
KC jangan membazir k. KC keje bank. kena pandai menabung
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:39:00
sederhana tu mmg digalakkan. jangan sampai lebih2 berbelanja. nnti merana di kemudian hari
anajingga anajingga 13 Jul 2015, 22:07:00
bersederhanalah dalam apa juga kan, Cik Puteri diutamakan hihi.. frust sangat kad raya untuk Cik Puteri tak sampai kan :(
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 17 Jul 2015, 02:12:00
yelaaa ikut saranan.. hehe spasang dua saja tahun ni..
kalo ikut cikta memang banyak le..60 helai =D
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 29 Jul 2015, 11:58:00
Assalam arz,
akak tetiap tahun memang part anak yang setel dulu :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih