#Cabaran20Hari Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Cabaran20Hari Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa. Amalan ini sememangnya di amalkan oleh umat Islam di Malaysia. Ianya merupakan amalan yang baik dan boleh dikategorikan sebagai sedekah. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Amalan berbalas juadah di bulan puasa sememangnya sangat unik dan mengelakkan pembaziran. Tetapi amalan ini kadangkala disalahgunakan. Bagaimana disalahgunakan itu?

amalan berbalas juadah di bulan puasa, egg tart, kuih tart telur, makanan, arzmohadotcom, kuih sedap,
Egg Tart gambar sekadar hiasan

aRz kalau boleh tidak mahu mengulas kebaikan amalan berbalas juadah di bulan puasa ini, sebaliknya ingin mengupas isu disalahgunakan amalan ini. Sudah pasti amalan ini jika diniatkan kerana Allah SWT maka ianya menjadi satu ibadah. Beruntung bagi mereka yang berebut-rebut melakukan kebaikan di bulan puasa. Apatah lagi jika amalan berbalas juadah ini dikongsikan bersama jiran yang kurang kemampuan dan tidak mengharapkan balasan.

Bagaimana Disalahgunakan Amalan Berbalas Juadah

Penyalahgunaan amalan ini kebiasaannya berlaku pertamanya dengan mengharapkan balasan daripada jiran yang mungkin masakannya lebih sedap, atau jiran ini rajin membeli juadah di bazaar ramadhan atau lain lain sebab dan bukan ikhlas kerana Allah SWT. Sebagai contoh dia buat 'cokodok' tetapi mengharapkan kurma kambing. Sedap pula kurma kambing.

Kedua. Amalan berbalas juadah dilakukan ketika sudah berbuka. Ini bermaksud pemberian selepas juadah tidak habis dimakan. Rasa macam tak habis baru nak bagi pada jiran. Ini satu amalan yang juga tidak baik. Bukankah sebaik-baik pemberian adalah dari apa yang kita sayang.

Terakhir adalah segelintir peniaga bazaar ramadhan menjadikan masjid tempat menghabiskan juadah atau makanan yang tidak habis dijual. Padahal sebelum waktu berbuka tak terniat pun nak sedekah pada masjid untuk Umat Islam berbuka. Tetapi selepas waktu berbuka kuih masih banyak barulah nak diletakkan di masjid. Jadi kalau nak sedekah pada mereka yang berbuka di masjid sedekahlah lauk atau kuih yang baru masak dan bukannya yang tidak habis dijual.

Amalan berbalas juadah di bulan puasa ini satu amalan yang baik tetapi jangan sesekali disalahgunakan. Mudah-mudahan kita berolehi pahala dan diterima oleh Allah SWT sebagai satu ibadah. 

Selamat Berpuasa

Jumpa Lagi.

#Cabaran20Hari #Day8

{ 22 comments.. read them below or add one }

Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 4 Jul 2015, 11:10:00
betul tu an...

tukar sebab juadah tak habis.... ish2
adk dayah adk dayah 4 Jul 2015, 11:41:00
ha ah kan..betul jugak tu, makanan yang tak habis tu tak payah rasanya nak kasi dekat orang tapi kan, kalau buang membazir ulak,,macam mana tu?
el el 4 Jul 2015, 16:22:00
sllu kena tipu ngan gambar sekadar hiasan tu tau
igtkan balas juadah ngan egg tart tu sabau je lah ekekeke


mmg seronok dpt berbalas juadah ni
ni lau el msk lebih2 sure bg kt jiran2..xkisahlah jiran bls ke x..niat tu nak bg diorg tu ikhlas
tp kita pulak rs xsedap bila jiran bg kita makanan kita lak xde ape nk bg sbb xmsk ape pun hehehe

Jari Manis Jari Manis 4 Jul 2015, 16:35:00
betulkan niat tu dulu kan
aRz MoHa aRz MoHa 5 Jul 2015, 01:47:00
lama tak makan kurma kambing tu saja sebut...
aRz MoHa aRz MoHa 5 Jul 2015, 01:53:00
haaa itu lah yang saya nak sampaikan. bertukar juadah biar ikhlas bukan kerana tak habis
aRz MoHa aRz MoHa 5 Jul 2015, 01:54:00
perangat untuk sahur....hehe
aRz MoHa aRz MoHa 5 Jul 2015, 02:05:00
hehe itu egg tart berbalas juadah dengan bazaar ramadhan.

memang betul kekadang rasa malu tak balas tapi esoknya kita ganti la semula. kongsi makanan.
Dunia Zumal Dunia Zumal 5 Jul 2015, 05:03:00
Indahnya Ramadhan ini jika amalan berbalas juadah ini dikekalkan sampai bila-bila...
Amanina Mads Amanina Mads 5 Jul 2015, 13:54:00
dulu masa sekolah rendah selalu buat mcm ni skrg jiran2 pun dh tak bagi.. sedihnya
kak gojes kak gojes 5 Jul 2015, 15:40:00
tu dah kira bagi lebihan juadah..bukan berbalas juadah.. hihihi...mcm2 gelagat boleh kita nampak bila bulan puasa ni
aRz MoHa aRz MoHa 6 Jul 2015, 01:39:00
hai KG jangan berbalas juadah dengan air yang dicelup handphone ya
umi alya umi alya 6 Jul 2015, 06:20:00
Akak pantang sekali nak hulurkan sisa2 makanan kepada sesiapa selepas kita kekenyangan.

Kalau nak bagi, sebaik selesai masak, terus agihkan..
khaty aiman khaty aiman 6 Jul 2015, 15:58:00
ingatkan arz berbalas juadah bagi tart,baru nak berhajat nak pegi berbalas juadah dengan arz
SalbiahM SalbiahM 6 Jul 2015, 20:24:00
tulah, dalam pada nak buat pahala, tak sedar perbuatan tu kurang proper.tapi melampau la bagi cekodok, nak kurma kambing..hihi
Cik Ash Cik Ash 8 Jul 2015, 06:39:00
buat kena Ikhlas nak beri barang juadah tu
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:54:00
ada juga perangai macam tu eh. macam kasi sisa dekat orang je. ish x baik betul. kat sini macam susah nak tngok amalan balas juadah. x pastilah mmg dah x wujud atau saya yg x nampak
Amy J Amy J 12 Jul 2015, 01:54:00
arwah abah kita suka makan kambing
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 29 Jul 2015, 13:37:00
Assalam arz,
haaaaaaaaaaaaa
part antor juadah lepaih berbuka memang xbrapa manes kan3

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih