Kuasa Luar Biasa Ubat Gigi

| arzmohdhaniffa photography | Ubat gigi, tisu dan baldi

Salam. Selamat bekerja. Selamat membaca.
Entri sebelum ini mengenai Kuasa Luar Biasa Kanak-kanak. Dah baca? Kalau belum cepat-cepat baca.
Tapi entri kali ini langsung tiada kena mengena dengan entri diatas. Entri kali ini nak ceritakan sikit kuasa luar biasa yang ada pada ubat gigi yang kita selalu guna di pagi hari dan untuk memutihkan gigi.


Kegunaan Lain Ubat Gigi


Kebiasaan dan kekerapan kita guna ubat gigi untuk membersihkan dan memutihkan gigi serta mengharumkan mulut. Tapi zaman emak saya dulu, ubat gigi ni selalu guna untuk cuci emas. Emas yang nampak kabur tak berkilat, boleh dikilatkan semula. Rasanya yang ni ramai dah tahu terutama kaum Hawa. Boleh juga guna untuk cuci cermin atau disapukan pada tangan kalau terkena minyak panas ( yang ni taktau fakta atau auta. Harap Dr Shikin boleh konfemkan ).

Pemutih Lampu Kereta


Ya....ini tajuk utama nak cerita pada semua pembaca. Rasanya dah ramai yang bongkarkan. Tapi saya nak cerita juga. Eksperimen ni terjadi sebabkan oleh Bangla cuci kereta kata lampu kereta saya pudar, kabur. Memang pun. Ini sedikit sebanyak perbualan kami.

 " Incik, lampu kereta ada kotor, cuci ada mau". 

"takmau, vacuum saja"

"kasi shining balik, baru juga"

"takmauuuuu"

Kebetulan saya dah lambat nak hantar wife ke airport.
 ( Tinggal saya ngan Cik Puteri berdua selama 3 hari )

Jadi sambil tunggu dia cuci kereta, saya pun google cara putihkan lampu kereta. Baca, baca dan terus baca. Akhirnya dah faham.

Berapa kos kalau buat di kedai? Saya pernah bertanya harganya lebih kurang RM 60 sebelah. Jadi dua buah lampu RM 120

Mahal kan?

Nampak tak gambar di bawah. Gambar sebelum saya cuci. memang kaburkan?

lampu kereta, putihkan, jernihkan, lampu kereta pudar, lampu kereta malap, arzmoha, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Lampu yang kabur dan pudar

Lampu yang pudar ni memang bahaya. Cahayanya bila waktu malam akan jadi malap.
Nak tukar baru lagi la kos tinggi.

Sampai ja rumah wife belum siap lagi. Cepat-cepat ambil ubat gigi, tisu dan air sebaldi kecik (baldi ka orang panggil bekas tu)

Mulakan eksperimen tu.

1. Ambil ubat gigi, sapu ke seluruh lampu kereta. ( kalau ikut cara google tu suruh guna tisu)
Masa saya cuba tisu macam tak main peranan. Saya guna tangan ja. Sapu biar sampai semua tempat.

2. Biarkan 2-3 minit, jangan lama-lama sangat. Kemudian ambil sedikit air curahkan sikit guna tangan. Teruskan sapu dan sapu dan sapu...

3. Biarkan lagi, pastu basuk dengan air.

Siap.

lampu kereta, putihkan, cuci, lampu pudar, lampu malap, arzmoha, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Lampu Depan selepas cuci kelihatan baru

Baik. Nampak tak perbezaannya. Lega rasa bila eksperimen menjadi. Bagi sesiapa yang mengalami masalah yang sama boleh cuba TIPS PUTIHKAN LAMPU KERETA YANG PUDAR.

Tak perlu keluarkan wang yang banyak dan untuk mencuci di kedai atau tukar lampu baru.

Sedikit tips tambahan. Sapukan sedikit wax, biarkan, kemudian basuh dengan air supaya kejernihan lampu bertahan lebih lama.

Selamat mencuba.

Jumpa Lagi.

{ 60 comments.. read them below or add one }

Kakcik Nur Kakcik Nur 20 Jan 2015, 07:50:00
Haaa.... ini barulah betul 'gunakan ubat gigi, barulah putihhhhhh'... :)
Farrah MF Farrah MF 20 Jan 2015, 08:55:00
Terbaikkkk! Jimat ongkos :)
Cik Pinz Cik Pinz 20 Jan 2015, 09:59:00
lepas ni kalau ada yang jual kat parking tu bagitau je guna ubat gigi..lagi jimat..
salmiah awang salmiah awang 20 Jan 2015, 10:19:00
wah...resepi baru ni.Agaknya lepas ni semua cermin dan segala macam yang pudar kat rumah saya ni akan kembali bersinar.jangan heran kalau ada benda bersinar dari jauh.rumah saya lah tu. hehe,gurau je...

petua ni masa dulu-dulu, mak saya buat kat batil dan dulang hantaran tembaga.Tak tahu pulak boleh praktikkan kat lampu kereta.Ini sudah bagu.nice sharing.
lia lia 20 Jan 2015, 11:59:00
tutup kedai la pasni sbb smua org ikot tips ni he3
anajingga anajingga 20 Jan 2015, 18:55:00
bab cuci emas tu memang pernah buat lah aRz, memang shining balik emasnya..ni yg terbaru tahu pula ttg cuci lampu kereta, nice sharing.. :)
NJihe.am NJihe.am 20 Jan 2015, 23:59:00
Salam singgah, banyak tip guna ubat gigi sebenarnya, selain untuk cuci bilik air..hehe. Credit to gambar yang menarik dengan entri best!

berminat sponsor giveaway? klik sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html , Nak join pun boleh...
zarul farhana zarul farhana 21 Jan 2015, 00:24:00
first time tahu..lepas ni boleh try tgk la...
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 12:01:00
terima kasih. Insyaallah berkesempatan saya join
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 12:22:00
saya pun baru tahu kak ana. Terus eksperimentasi
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 12:25:00
haha. diorang caj mahal sangat.
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 12:26:00
betul kakcik barulahhh putihhhhh
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jan 2015, 12:29:00
betul zaman kahwin dulu-dulu mak-mak sibuk kilatkan dulang tembaga
hainom OKje hainom OKje 21 Jan 2015, 15:39:00
Mmg selalu dengar pasal kehebatan ubat gigi ni. Cuma belum pernah cuba jer Arz....
Nantilah nak cuba jugak bersihkan gelang ni ha...
Diana Rashid Diana Rashid 21 Jan 2015, 15:53:00
pernah cuba juga guna ubat gigi untuk cuci cermin..memang berkilat macam baru cermin tu..
Cik Zaza Cik Zaza 21 Jan 2015, 18:36:00
yang putihkan lampu kereta tu baru saya tahu.. boleh la saya mencubanya juga nanti.. terima kasih berkongsi..
Alongxp Alongxp 21 Jan 2015, 19:53:00
Oooo... benda baru tau ni, boleh cube nanti, lampu keta satu yang sebelah tu dah macam tu dah... harap2 berjayalah...
Ezna Ezna 22 Jan 2015, 08:47:00
Tq sharing this tips. Nak cuci kat kedai ada yg ambik RM200 utk 2 lampu. JIMAT sangat!!!!
Khir Khalid Khir Khalid 22 Jan 2015, 17:07:00
Wah menarik ni.. saya pun baru tau ni. Thanks sharing Arz.. Mcm ni barulah putih... kalah Qu putih ni huhu.. :D
Lynn Munir Lynn Munir 22 Jan 2015, 21:50:00
Wahhh.....terima kasih banyak la untuk perkongsian ni. Kalau tak kopak lah saya Rm 200 utk
servis putihkan semula lampu kereta. Syukur alhamdulilah. Great info. Thanks Moha.
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 23 Jan 2015, 11:35:00
Assalammualaikum... arzmoha,

terima kasih tip2 nie... tak tahu pulak boleh bersihkan lampu nie guna ubat gigi...

mselim3
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 24 Jan 2015, 03:25:00
Mengilatkan barang kemas pun boleh tau...
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jan 2015, 07:48:00
boleh Mselim saya pun baru tahu
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jan 2015, 07:53:00
hehe qu puteh saja minggu ni
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jan 2015, 07:56:00
sama sama kat lynn. Kongsikan apa yang saya tahu untuk kebaikan semua
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jan 2015, 07:56:00
nanti bercahaya gelang tu hehe
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jan 2015, 08:04:00
pernah cuba juga memang berkilat
Ikhwan Fahmi Ikhwan Fahmi 24 Jan 2015, 23:58:00
dah jimat kos dengan guna ubat gigi ni :)
luna paris luna paris 25 Jan 2015, 07:56:00
boleh gune untuk putihkan sisi singki... pastu pasang lagu industan... gosok dan beranganlah sampai tahun depan! ahahahha =p (men2 je..)
mama 3farhanah mama 3farhanah 25 Jan 2015, 12:43:00
Thanks sharing. Lepas ni boleh buat sendiri. Jimat pun.
Faarihin Talip Faarihin Talip 25 Jan 2015, 14:28:00
wah.. bagus juga ni. leh jimat pergi hantar bengkel. tapi nanti ubat gigi cepat habis plak. >__<
Jari Manis Jari Manis 25 Jan 2015, 16:07:00
so leh x letak di muka ganti Qu Puteh...baru lah putihhhh
Jari Manis Jari Manis 25 Jan 2015, 16:12:00
aRz guna Darlie eh..pesal x guna sensodyne ahahahaha...
sis JM pernah dgr kalau ada jerawat batu kat muka letak ubat gigi golgate esok pagi mensti pecah jerawat tu...rupa nya byk kegunan ubat gigi ni selain putih kan gigi

hurmm...ni mesti keta MyVi kan tul tak?
Etuza Etuza Etuza Etuza 25 Jan 2015, 17:59:00
wah nak try buat ..ikut aRz..murah tu ..darlie memang antara ubat gigi yang sesuai dengan gigi Etuza, tak sangka ada kegunaan lain..entry terlepas ni baru baca...tq kongsi yang baik ya
Etuza Etuza Etuza Etuza 25 Jan 2015, 18:05:00
ha'aa lah JM kreatif juga blogger aRz ni..ada petua hal kerete..so TQVM
Jari Manis Jari Manis 25 Jan 2015, 19:26:00
ha'a..entri begini yang mendapat HITS yang tinggi Cikgu
Amanina Mads Amanina Mads 25 Jan 2015, 21:35:00
nice sharing arz.. baru tau zaman dlu org guna bersih brg kemas. mak guna sabun ja. yg bab kena ekzos moto lepas tu letak ubat gigi kwn yg bg tau so far ubat gigi memang banyak kegunaan
Farrah MF Farrah MF 26 Jan 2015, 11:03:00
Jangan cari pasal, sis! Kang muka ku qu-merah-merahan sebab kulit qu-pas!
Farrah MF Farrah MF 26 Jan 2015, 11:10:00
nanti akak nak cuba buat kat sliding door & cermin bilik air lah
Farrah MF Farrah MF 26 Jan 2015, 11:13:00
good idea. akak nak cuba kat set tembaga arwah nenek akak. dah tak de rupa tembaga dah...
zarul farhana zarul farhana 26 Jan 2015, 15:41:00
hahahha ada plak sisJM ni...
Anizz Annisa Anizz Annisa 27 Jan 2015, 00:29:00
nie kuasa memutih paling power..xyah Qu Qu sangat..ngeh2... :P
Anizz Annisa Anizz Annisa 27 Jan 2015, 00:31:00
aah la.. esok nak cuba plak dekat cermin.. bilik air..hihi.. gud idea kak farah.. :)
Anizz Annisa Anizz Annisa 27 Jan 2015, 00:33:00
hahha... kak ira pon terjebakk jugakk..hihihi
Nur Inani Nur Inani 27 Jan 2015, 11:58:00
baru tahu ubat gigi ni banyak jugak kegunaannya. selama ni tahu pakai aje :D
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 27 Jan 2015, 15:39:00
Tips terbaik, murah dan berkesan..:)
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 27 Jan 2015, 18:06:00
Tips yg menarik hanya dgn ubat gg jer..Mudah murah dan berkesan..nice sharing arz
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 28 Jan 2015, 19:17:00
Wowww...lip lap lah lampu lepas ni.
Arz dah buktikan benefit ubat gigi ni.
Amy J Amy J 4 Feb 2015, 00:01:00
ha, bagus sangat tips ni. hahahaha. tapi saya xde kereta. maybe boleh praktikkan dekat kereta ayah dengan ummi saya. hehe
Norniwanie Nasarudin Norniwanie Nasarudin 4 Feb 2015, 00:09:00
Wahh..nice ni...banyak juga kelebihan ubat gg ye..bagus2..mudah dan jimat...
Zulkifili Muhammad Zulkifili Muhammad 22 Feb 2016, 10:14:00
Lom cuba lagi...trima kasih tips ni,terbaik

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih