Cik Puteri Stress

cik puteri, kids, girl, swimming, pool, penang, arzmoha, gambar cantik, tempat menarik,
Mandi kolam atau tidur?

Salam. Cuaca panas menyelubungi Pulau Pinang. Bagaimana Negeri lain?
Hujan agak lama tidak membasahi bumi ini. Kalau ada pun teramat sedikit. Kesian Cik Puteri kepanasan ditambah kulitnya yang sensitif, bila berpeluh mula jadi gatal-gatal. Kekadang tengok Cik Puteri seakan stress dan macam ke'boring'an. Hari ahad yang lepas fikirkan tempat yang sesuai untuk cik puteri berhibur.

Kanak-Kanak Perlukan Hiburan/Beriadah

aRz setuju bila kata kanak-kanak perlukan masa beriadah atau berhibur atau bermain. Paling penting sebelah petang agar mereka mudah untuk tidur di sebelah malam akibat keletihan bermain. Jadi bila cuaca panas nak jalan-jalan pun macam tak berapa selesa. Tetiba terfikir satu tempat yang agak sesuai dan kurang terdedah pada cahaya matahari.

Taman Belia Pulau Pinang

Rasanya taman ini sudah dikenali oleh semua orang terutama di Pulau Pinang. Bermacam jenis sukan atau riadah yang boleh di buat disini. Antaranya jogging, berzumba, memanah, bersenam, berehat melihat keindahan alam, bermain bola, bermain skate board, roller blade dan macam-macam lagi. Paling penting ada kolam untuk kanak-kanak bermandi-manda dan kawasan permainan kanak-kanak.

Tetapi untuk aktiviti hari ahad lepas, aRz rancang untuk bawa Cik Puteri mandi kolam dan main-main di taman permainan. Ada juga yang aRz telah kongsikan di Instagram.

p/s: pssttt u follow i, i follow u

Kolam Mandi Sesuai Untuk Kanak-kanak

Kolam air besar, pulau pinang, taman belia, beriadah, pool for kids
Kolam paling besar dan paling bawah

Kolam air, kanak-kanak, taman belia, pulau pinang, kids
Kolam Kedua Besar

Kolam, air, taman belia, pulau pinang,
Kolam Paling Atas. Di hujung kolam kedua

kolam air, taman belia, pulau pinang,
Kolam Paling Atas. 

Setelah meneliti semua kolam, akhirnya aRz fikir kolam paling atas yang agak kurang besar paling sesuai buat Cik Puteri. Sebabnya paling kurang kanak-kanak dan bapa kanak-kanak muahaha. Tak sesak sangat dalam kolam. Cik Puteri memang suka sangat main air. Mungkin sebab dari kecil aRz biasakan dengan bermain air.

Abah aRz sendiri pun tak pernah ajar anak-anak takut dengan air. Kerap bawa aRz dan keluarga berkelah tepi pantai dan air terjun. Masa itulah aRz diajar dan belajar berenang. Ianya bermula selepas aRz lemas digulung ombak. Seingat aRz selepas tu barulah aRz mula boleh berenang.

Cumanya Cik Puteri tak sempat bertemu Tokwan seperti mana aRz tak sempat bertemu kedua-dua Tokwan aRz.

kembali kepada tajuk asal. Sebab ini juga aRz dedahkan Cik Puteri dengan bermandi kolam. Nak latih supaya tidak takut air dan kalau boleh nak ajarkan berenang.

Cik Puteri, Kolam Air, mandi, kids, girl, taman belia, pulau pinang
Disuruh buat "peace" tapi lain macam saja jadinya

KOlam air, taman belia, pulau pinang, kids, swimming,
Berani sikit rendahkan badan

kolam air, kolam kanak-kanak, taman belia, pulau-pinang, kids, girl,
Posing lagi

Kolam kanak-kanak, taman belia pulau pinang, kolam air,
Menari ka apa ni
Ada masanya Cik Puteri terjatuh ke dalam air, sebab itu aRz sentiasa memerhatikan bila bawa ke tempat seperti ini. Tidak harapkan pada orang lain. aRz sendiri pun tak berhajat nak turut serta mandi tetapi sekarang memerhati Cik Puteri saja. Rendam-rendam kaki. Lebih kurang beri sokongan.

Taman Permainan Kanak-kanak

Memang tempat ini agak lengkap. Dari tempat bersukan, berehat, untuk kanak-kanak serta gerai minuman juga ada ditempat ini. Selepas dah bertukar pakaian, Sebelum jam 7 petang bawa sekejap Cik Puteri ke tempat permainan.

Cik Puteri, taman permainan, taman belia, pulau pinang, riadah, sukan, rehat, keindahan alam
Tak sabar, Abah pun ditinggalkan

Cik Puteri, Sepupu, Buaian, taman belia, pulau pinang,
Suka dapat main buaian
Terserlah di wajah Cik Puteri keseronokan dan kepuasan dapat keluar hari cuti. Sebelum ini hanya di rumah pengasuh atau di rumah saja. Banyak sebenarnya permainan yang boleh dicuba. Cuma masa agak lewat. Akhirnya terpaksa bawa Cik Puteri balik. Dalam perjalanan pulang Cik Puteri dah terlelap seperti yang dijangka.

Memang menarik jika membawa keluarga beriadah di Taman Belia Pulau Pinang cuma perlu berhati-hati dari membawa beg plastik yang berisi makanan kerana anda akan bertemu pelawat misteri.
 
monyet, taman belia, pulau pinang, riadah
Mamee dan Monyet
"Jangan Biarkan Mamee anda dibawa lari"
Jumpa Lagi.


Comments

  1. Seronoknya nampak gambar2 juga cik puteri.. Happy sangat tu.. Terbayang kat muka :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya nampak gambar2 juga cik puteri.. Happy sangat tu.. Terbayang kat muka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. riak wajah nampak happy...kalau di rumah masam ja

      Delete
  3. aloo seronoknya mandi manda... bawa di tapak permainan pastinya terhibur cik puteri

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba vote tapi tak boleh page doesnot exist katanya

      Delete
  4. kalau dulu ...dulu lama sangat dah, taman apa yg banyak monyet tu.kat pulau...Tanjung Bunga?

    ReplyDelete
  5. Betul-betul seronok Cik Puteri dapat berjimba dalam kolam. Sengih sokmo.
    Gitulah bebudak, kita orang tua ni sebenarnya dapat tumpang seronok sama bila tengok anak seronok.

    ReplyDelete
  6. Bestnye kalau dpt berendam lama2 dlm kolam tu time panas2 cenggini...

    ReplyDelete
  7. Betul tu skrg ni panas sangat...Ni bkn budak2 je suka terjun dlm pool....org yg da bosa panjang mcm sy pn mesti excited nak terjun gak...kalau boleh keluar bila dah kecut kulit...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jia cuaca panas sekarang ni. kalau dapat air sungai lagi menarik

      Delete
  8. bagus abg arz train cik puteri tak takut air...yang kita, dah umur 22 masa tuh baru nak belajar berenang, badan dah keras, takut dengan air jgn cerita lah...hahahaha :D seronokya cik puteri wiken2 :D

    ReplyDelete
  9. haha..monyet tu dapat mamee...seronok lah tu..

    ReplyDelete
  10. Sekali sekala dapat berenang2 itik memang best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berenang itik? masuk kaki dalam air ka...hahaha

      Delete
  11. Ehhh! Pesal nampak lain je blog ni... Sudah berwajah baru... Dah makin hensem.. He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawe kito ni dha masuk rumah baru

      Delete
    2. SS macam lama tak dtg ke.. hehe.. ai first dtg rupa lain, kali kedua dtg dah lain..hehe

      Delete
    3. blog hensem ka tuan blog hensem muahaha

      Delete
  12. jgn kata cik Puteri..sis JM yg tgk ni pun rasa nak terjun time panas mcm ni...nk buat kuak lentang dan summersot..haa ko!

    ReplyDelete
  13. jgn supa badak berendam sudah...haahhhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. badak berendam bukan kuih ka?

      Delete
    2. apa ke kuih plak peginyeee.. he he he....

      Delete
    3. Kuih badak berendam tu direndam dalam santan,...bukan dalam air kolam sejuk. Yang QA maksudkan tu, hippo berendam lah :)

      Delete
    4. hahahha.. soalan abg arz pelik2..hahah.. sabo jel.. :P

      Delete
  14. boleh survey ni..hehe nanti bole gi sana time cuti =)

    ReplyDelete
  15. lama x bawak anak mandi manda...

    ReplyDelete
  16. KALAU DPATA BERENDAM MESTI TAKNAK KELUAR HEHEHEHE.....

    ReplyDelete
  17. seronok betul cik puteri....terserlah gembira di wajah dia...

    ReplyDelete
  18. laju je cik puteri menuju taman permaianan ye, comel sangat si kecil kasut pink ni..:)

    ReplyDelete
  19. cik Puteri dengan Abah macam Abang ngan Adik je..hihi.apa rahsia anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmm kalau tengok gambar bawah sekali.. itu bukan saya...saya yang di atas

      Delete
  20. Seronoknya cik puteri! Dah tak stress lagi lah ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok kalau dapat ke taman permainan kak farrah

      Delete
  21. Alahaiiii comelnya cik puteri..
    Tido betul-betul ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. main-main ja tu Dr Shikin ala-ala manja

      Delete
  22. anak abah sgt cik puteri nie.. ikut betul muka abahnye.. dh besar cantik nie... tengok gambar je la dulu nnt jumpe cik puteri..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jumpa lah tu.. bila EFG buat event besar-besaran

      Delete
  23. Kanak-kanak ni kalau lapar, mengantuk dan stress, asyik mengamuk saja la kerjanya..hehe

    ReplyDelete
  24. Syoknyaaaa laaaa kolam2 ni..... haha

    ReplyDelete
  25. Syoknyaaaa laaaa kolam2 ni..... haha

    ReplyDelete
  26. lama dah tak ke sini.. dulu time kecik2 ja...

    ish2.. bertahun lamanya.. tunggu ada anak nantilah baru datang.. in sha allah ~

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih