![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Penang Port. Gambar diambil dari atas Feri Pulau Pinang |
Salam. Cuaca agak panas sejak beberapa minggu ini.
Mungkin atas faktor hujan yang tidak turun sudah beberapa minggu. Di corong-corong radio pun minta supaya kurangkan aktiviti luar yang terdedah terus dengan matahari. Bagaimana di negeri lain?. Bak kata DJ Pi Mai fm "panaih lit lit". Jadi apa kena mengena dengan abah jadi rajin? baca selanjutnya.
Bila Cuaca Panas
Ya. Bila cuaca panas sudah tentu menjadi kerisauan aRz pada Cik Puteri yang dari kecil memang badannya agak panas. Bukan demam tapi suhu badan memang panas. Masa kecil dulu kerap ke klinik sebab risaukan suhu badannya. Sampai doktor gelak, sebab tak demam pun. Sejak dari tu rasa perlunya ada termometer mengambil bacaan suhu dari telinga.
Setiap ibubapa pasti ingin melihat anaknya sentiasa sihat. Jadi atas faktor itu " abah jadi rajin". Rajin mandikan Cik Puteri. Kalau tengok saja Cik Puteri dah berpeluh peluh sangat tu tanda dia mula rasa tak selesa, lepas tu akan gatal-gatal. Jadi abah kena rajin mandikan agar Cik Puteri rasa lebih selesa dan tidak demam panas. Selain dari mandi yang kerap aRz juga sentiasa doakan agar sentiasa sihat, kerap minum air masak, dan kurangkan aktiviti luar buat Cik Puteri.
Dari usia Cik Puteri 2 bulan memang aRz yang lebih banyak mandikan. Kenapa tidak mama Cik Puteri?. Sudah pasti dalam hidup berumahtangga perlu saling bantu membantu, tolong menolong bukan? Jadi apa salahnya ambil tanggungjawab mandikan anak. Bila anak sihat semua orang pasti rasa gembira. Hargai nikmat sihat
Jumpa Lagi.