 |
Mandi kolam atau tidur? |
Salam. Cuaca panas menyelubungi Pulau Pinang. Bagaimana Negeri lain?
Hujan agak lama tidak membasahi bumi ini. Kalau ada pun teramat sedikit. Kesian Cik Puteri kepanasan ditambah kulitnya yang sensitif, bila berpeluh mula jadi gatal-gatal. Kekadang tengok Cik Puteri seakan stress dan macam ke'boring'an. Hari ahad yang lepas fikirkan tempat yang sesuai untuk cik puteri berhibur.
Kanak-Kanak Perlukan Hiburan/Beriadah
aRz setuju bila kata kanak-kanak perlukan masa beriadah atau berhibur atau bermain. Paling penting sebelah petang agar mereka mudah untuk tidur di sebelah malam akibat keletihan bermain. Jadi bila cuaca panas nak jalan-jalan pun macam tak berapa selesa. Tetiba terfikir satu tempat yang agak sesuai dan kurang terdedah pada cahaya matahari.
Taman Belia Pulau Pinang
Rasanya taman ini sudah dikenali oleh semua orang terutama di Pulau Pinang. Bermacam jenis sukan atau riadah yang boleh di buat disini. Antaranya jogging, berzumba, memanah, bersenam, berehat melihat keindahan alam, bermain bola, bermain skate board, roller blade dan macam-macam lagi. Paling penting ada kolam untuk kanak-kanak bermandi-manda dan kawasan permainan kanak-kanak.
Tetapi untuk aktiviti hari ahad lepas, aRz rancang untuk bawa Cik Puteri mandi kolam dan main-main di taman permainan. Ada juga yang aRz telah kongsikan di
Instagram.
p/s: pssttt u follow i, i follow u
Kolam Mandi Sesuai Untuk Kanak-kanak
 |
Kolam paling besar dan paling bawah |
 |
Kolam Kedua Besar |
 |
Kolam Paling Atas. Di hujung kolam kedua |
 |
Kolam Paling Atas. |
Setelah meneliti semua kolam, akhirnya aRz fikir kolam paling atas yang agak kurang besar paling sesuai buat Cik Puteri. Sebabnya paling kurang kanak-kanak dan bapa kanak-kanak muahaha. Tak sesak sangat dalam kolam. Cik Puteri memang suka sangat main air. Mungkin sebab dari kecil aRz biasakan dengan bermain air.
Abah aRz sendiri pun tak pernah ajar anak-anak takut dengan air. Kerap bawa aRz dan keluarga berkelah tepi pantai dan air terjun. Masa itulah aRz diajar dan belajar berenang. Ianya bermula selepas aRz lemas digulung ombak. Seingat aRz selepas tu barulah aRz mula boleh berenang.
Cumanya Cik Puteri tak sempat bertemu Tokwan seperti mana aRz tak sempat bertemu kedua-dua Tokwan aRz.
kembali kepada tajuk asal. Sebab ini juga aRz dedahkan Cik Puteri dengan bermandi kolam. Nak latih supaya tidak takut air dan kalau boleh nak ajarkan berenang.
 |
Disuruh buat "peace" tapi lain macam saja jadinya |
 |
Berani sikit rendahkan badan |
 |
Posing lagi |
 |
Menari ka apa ni |
Ada masanya Cik Puteri terjatuh ke dalam air, sebab itu aRz sentiasa memerhatikan bila bawa ke tempat seperti ini. Tidak harapkan pada orang lain. aRz sendiri pun tak berhajat nak turut serta mandi tetapi sekarang memerhati Cik Puteri saja. Rendam-rendam kaki. Lebih kurang beri sokongan.
Taman Permainan Kanak-kanak
Memang tempat ini agak lengkap. Dari tempat bersukan, berehat, untuk kanak-kanak serta gerai minuman juga ada ditempat ini. Selepas dah bertukar pakaian, Sebelum jam 7 petang bawa sekejap Cik Puteri ke tempat permainan.
 |
Tak sabar, Abah pun ditinggalkan |
 |
Suka dapat main buaian |
Terserlah di wajah Cik Puteri keseronokan dan kepuasan dapat keluar hari cuti. Sebelum ini hanya di rumah pengasuh atau di rumah saja. Banyak sebenarnya permainan yang boleh dicuba. Cuma masa agak lewat. Akhirnya terpaksa bawa Cik Puteri balik. Dalam perjalanan pulang Cik Puteri dah terlelap seperti yang dijangka.
Memang menarik jika membawa keluarga beriadah di Taman Belia Pulau Pinang cuma perlu berhati-hati dari membawa beg plastik yang berisi makanan kerana anda akan bertemu pelawat misteri.
 |
Mamee dan Monyet |
"Jangan Biarkan Mamee anda dibawa lari"