Tempat Menarik Di Pulau Pinang | Lombong Cantik Guar Perahu
Lombong cantik dan menarik di pulau pinang yang lebih dikenali sebagai lombong guar perahu atau lombong air biru.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Lombong terbiar yang cantik |
Salam. Pernah tak melihat lombong yang cantik? Kebiasaannya lombong di Malaysia ni airnya langsung tak menarik. Tetapi tempat yang aRz lawati ni lain dari yang lain. Nak tau kat mana dan nak tengok gambar lain?
Menjejak Lombong Yang Cantik
Wujudkah lombong yang cantik di Malaysia ni? Dengan air kaler kehijauan kebiruan. Biasa kita lihat air yang kehijauan dan kebiruan ni di laut. Macam di Pulau Perhentian, Tioman, Pulau-pulau di Sabah. Asal terjadi penjejakan ke tempat ni adalah dari idea rakan sekerja. Dia jeles dengan rakan dia yang upload gambar selfie kat sini. Kemudian dia pula cerita kat aRz.
Dalam hati " buang tebiat ka apa, mana ada lombong yang cantik"
Baik kalau betul jom kita pi jejak. Set punya set akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba. Rancang jam 8 pagi jumpa di Jetty Seberang. Maksudnya aRz kena kuar dari rumah paling kurang jam 730 pagi.
Perjalanan Ke Destinasi
Malam sebelum bertolak. Cik Puteri macam tau abah nak tinggal. Malam tu usaha tak tido. Layan tv sampai 230pagi. Abah dah ngantuk. Esok nak bangun awal. Pujuk punya pujuk akhirnya tido juga.
"Tutttt" Masuk mesej whatsapp tepat jam 7 pagi. Dah lambat. Tak sempat sarapan gayanya. Siap-siap terus ke Jetty. Member mesej "mana bro"
"Flight Delay" aRz balas. :P
Feri Pulau Pinang ni macam biasa. Bila nak cepat slow ja dia bergerak. Bila nak feel lama-lama. Sat saja sampai. Sambil feri yang bergerak macam Siput Sedut ni sempat ambil gambar dulu.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Permandangan dari atas Feri |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Dari tingkat atas Feri Pulau Pinang |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Feri Pulau Pinang |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Penang Port |
Bila tengok penang port, teringat masa kecil kata yang ni Dinosour. Zaman kanak-kanak kan? Semua di imaginasikan.
Sampai saja di jetty sebelah tanah besar ( seberang jaya) mula rasa gelabah. Berapa lama tak naik feri sampai banyak yang dah berubah. Member kata dia tunggu tempat bas lama. Masalahnya tempat ni dah lain. Rupanya kalau nak ke tempat bas lama perlu masuk ke dalam tempat jual tiket ada pintu keluar kat sana. Buat malu orang penang.
Tanpa berlengah member aRz memecut dengan kelajuan 110km/j dengan superbike dia. Sampai di Tasek Gelugor parking superbike naik kereta member sorang lagi. Naik kereta selamat sikit. Sebab kita tak tau kat tempat tu ada anjing ka, binatang berbisa ka, perompak ka, nama pun lombong kan mana ada orang dok kat sana.
Lokasi sebenar aRz akan beritahu dalam entri seterusnya. Bukan entri ini. Sabar ya. Jalan tanah besar ni aRz bukan cekap sangat. Duduk ja dalam kereta ingat nak tidoq dulu, member kata dah sampai. Cancel tidoq.
Sampai Lombong Cantik
Cuaca memang panas. Baru jam 10 pagi. Nampak gaya memang balik kena beli Qu Puteh haha. Sampai ja dah tak sabar nak tengok betul ka cantik sangat kawan ni. Pulun panjat tempat tinggi.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | View dari atas. |
Kawasan ni memang dipenuhi dengan batu. Kalau ke sini hati-hati sikit sebab batu ni boleh pecah. Membe kata batu kiwi. Tak pasti kesahihannya. (gambar atas) Sorang dah bersedia, sorang lagi tengah test camera.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Kesan kekeringan akibat cuaca panas |
![]() |
Terima Kasih kawan atas gambar ini. |
Bila pergi berjalan atau trip mana-mana sebaiknya minta rakan atau member tolong snapkan gambar. Dalam trip ni takpayah suruh memang depa ni rajin. Nampak macam Goku dok bertapa sambil berdiri.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Kegigihan |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Kesungguhan |
Nampak tak gambar dua kat atas ni. Kegigihan dan kesungguhan mendaki bukit. Baik yang ni berlakon ja. Tak payah susah-susah nak panjat macam ni. Memang dah ada jalan cuma kena hati-hati sebab lincin dan batu mudah pecah.
Permandangan Sekitar Kawasan Lombong
Layan gambar dulu.
![]() |
Indahnya Melihat Alam Ciptaan Allah SWT |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Pokok di kawasan bukit |
Sebaiknya saya cadangkan jika ingin ke kawasan ini. Datang awal pagi. Kawasan ni kurang sangat pokok. Kalau ada pun masih kecil. Panas? Ya dalam musim yang kurang hujan seperti sekarang. Memang panas sangat. Jangan lupa bawa air. Baik rasa cukup setakat ini dulu. Tunggu entri seterusnya dalam minggu ini juga. Saya kongsikan map dan gambar lain.
Jumpa Lagi.