![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Titisan Hujan |
Salam. Hari ini cuma nak berkongsi pengalaman. Bagaimana sukarnya nak melakukan sesuatu perkara yang dah lama kita tinggalkan. Bagi aRz 2 tahun itu agak lama. Bagi mereka yang ketagihan menghisap rokok pastinya jangka masa itu sesuatu yang cukup hebat jika berjaya meninggalkan tabiat buruk itu.
Tetapi hari ini apa yang aRz ingin kongsikan bukanlah aRz ini seorang penghisap rokok tegar, atau mengambil benda-benda yang tidak elok.
BUKAN
aRz mengamalkan gaya hidup yang sihat. aRz tahu rokok dan sebagainya merupakan suatu perkara yang merugikan. Tak hensem pun hisap rokok. Tak macho pun. Tak suwett juga.
Jadi apa yang aRz tinggalkan?
Ceritanya begini. Pagi jumaat lepas, aRz terbaca satu memo di atas meja. aRz yakin ia dari tulisan rakan sekerja. Rasa macam nak koyak. Sebabnya memo tersebut mengajak aRz untuk ke kepada perkara yang aRz dah lama tinggalkan. Orang yang terlibat dengan perkara ini pun mungkin terfikir aRz tak mungkin kembali lakukannya.
Tetapi selepas dipujuk beberapa rakan, aRz tarik nafas dan terima ajakan tersebut.
Ya pengaruh rakan sebaya. Tapi tak sebaya sangat pun.
"huh...." Rasa menyesal pun ada. 2 tahun ditinggal pergi.
Banyak suka dan duka yang dah pun dilalui. Bukan mudah. Tetapi perlu korbankan sesuatu. Masa, wang dan sedikit perhatian.
Teringat kali terakhir.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Melangkah jangan kenal erti kalah |
Ya. Kali terakhir aRz lakukan perkara ini.
Kaki bagaikan bergetar.
Lutut menggeletar bagai ternampak harimau.
Jantung usah dicakap "dup dap dup dap" bermacam melodi ada cuma masa tu belum ada lagi rentak 'sakitnya tuh disini'
Badan terasa seram sejuk.
Otot-otot tangan dikemaskan. Melihat pada benda tu.
Bulat. Licin. Agak berat.
Tatkala ini. Hanya Allah saja tahu. aRz sedang melawan dengan jiwa yang memberontak.
aRz perkemaskan nafas, tangan sambil memegang dicelah cari benda bulat itu.
Ternyata ia menguji emosi dan mental.
Masa ini bagai ada suara yang tergiang-giang di telinga, suara yang lembut tidak terlalu menggoda.
"Kau Boleh"
"Fikirkan Kau Boleh"
"Aku Pasti Boleh"
Bak iklan Milo.
Lantas segala telah bersedia aRz memulakan langkah melepaskan bola Bowling yang di hadiahkan oleh seorang rakan ke arah Lorong.
Tapi bukan rezeki. Cubaan pertama masuk longkang. Ternyata aRz bukan dilahirkan sebagai Juara Bowling.
aRz terima hakikat ini. Tetapi esok sekali lagi aRz akan kembali setelah 2 tahun meninggalkannya dengan memperkemaskan langkah, mental dan emosi.
Mudah-mudahan terpilih mewakili pejabat.
Jumpa Lagi.
#exchangefeedblog
#EFGBukanSembangKosong
#EFGBukanSembangKosong