Scdha Sein Photo and Travel Blog |
Salam. Masih ada sisa beberapa jam hari minggu. Sempat saya jenguk-jenguk blog.
Update bloglist #ExchangeFeedGroup. Tetiba teringat tentang seorang blogger ni. Blogger yang saya maksudkan jika anda semua ke blog dia terpampar seperti gambar di atas. Kenal tak? Belum kenal klik dulu gambar di atas. Kenapa dengan blogger ini? Baca seterusnya
Scdha Sein Photo and Travel
Bukanlah niat diri ini ingin mengumpat. Bukan pula ingin mengata. Bukan cara saya juga berbuat demikian di blog ini. Tapi setiap orang punyai pandangan untuk diluahkan. Mungkin ada yang suka mungkin ada yang tidak suka bila orang lain beri pandangan. Harap blogger ini tidak terasa.
Sebenarnya saya bukan seorang yang suka mengambil hati, kecik hati, makan hati dan seumpanya. Cumanya sejak berkenalan dengan blogger ini saya kerap sakit perut tatkala membaca kemahirannya menaip entri travel di saluti lawak antarabangsa. Mula timbul perasaan dengki bila melihat kehebatannya mengambil gambar sudahlah di luar negara cantik pula. Ilmu apa yang sentiasa diamalkan.
Untuk pengetahuan anda blogger ini mempunyai nama seakan artis Malaysia iaitu Scdha Sein. Mungkin juga ada pertalian dengan blogger seorang lagi Scha Nazri. Adik beradik? Rasanya lebih baik tanya sendiri dengan tuan empunya blog ini.
Travel Bloglist
Sebelum ini saya ada wujudkan Travel Bloglist khas buat mereka yang kerap bercuti dan mengembara tidak kira dalam atau luar negara. Asalkan travel lebih banyak dari cerita personal. Kenapa? Sebab saya belum dapat mengembara seperti mereka. Membaca coretan pengalaman mereka pun sudah cukup buat saya merasai pengalaman yang sama.
Kenapa dengan Blogger Scdha Sein? Sebenarnya saya terlupa nak masukkan dalam travel bloglist saya. Jadi saya nak maklumkan bahawasanya Scdha Sein Photo and Travel telah pun dimasukkan ke dalam bloglist tersebut. Jom singgah dan pastikan apa yang saya ceritakan di atas adalah benar.
Jumpa Lagi
#telah update kesilapan pada nama blogger tersebut. Bukan lagi adik beradik Scha Alyahya
Jumpa Lagi
#telah update kesilapan pada nama blogger tersebut. Bukan lagi adik beradik Scha Alyahya