Ady Putra Dalam Video Klip Opick
Salam. Semoga sihat selalu. Perkongsian hari ini adalah video klip kelihatan Ady Putra.
Video ini adalah video lagu Opick - Salam Ya Rosullullah , Penyanyi dari Indonesia yang membawa lagu yang bertemakan ketuhanan.
Tonton video disini : Opick Salam Ya Rasulullah
Boleh dikatakan kesemua lagunya sangat menarik dan sesuai didengari semua peringkat umur. Teringat pula Ketika isteri saya ditahan selama dua bulan di hospital. Selain dari soundtrack bacaan ayat-ayat Al-Quran, lagu-lagu Opick antara yang mengisi ruang Ipod Mini untuk memenami isteri saya di waktu malam sehingga tertidur.
Perkongsian saya hari ini kerana ada kelihatan Pelakon Ady Putra di dalam video klip ini yang mungkin sudah setahun lebih berada di dalam Youtube. Jom kita sama-sama saksikan.
Jumpa Lagi.