5 Tanda Anak Anda Tidak Sihat

5 Tanda Anak Bayi & Kanak-Kanak Tidak Sihat

5 Tanda Anak Anda Tidak Sihat | Sebagai ibubapa sudah semestinya menginginkan anak anda samada yang masih bayi atau kanak-kanak dalam keadaan sihat. Tidak ada ibubapa di dunia ini menginginkan anak mereka tidak sihat. Walaubagaimanapun 5 Tanda Anak Bayi & Kanak-Kanak Tidak Sihat ini dapat membantu anda mengenal pasti anak anda dalam keadaan tidak sihat serta dapat mengambil langkah perubatan di peringkat awal. Mudah-mudahan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda.

tips kesihatan bayi dan kanak-kanak, 5 tanda anak bayi dan kanak-kanak tidak sihat, tanda-tanda kanak-kanak kurang sihat, kepana bayi kerap menagis nampak lemah kurang selera makan dan kerap tidur, bagaimana mengenalpasti anak tidak sihat, bayi tidak sihat, kanak-kanak sakit, bagaimana cara bayi dan kanak-kanak memberitahu merak tidak sihat, bayi dan kanak-kanak sakit,
5 Tanda Anak Anda Tidak Sihat

5 Tanda Anak Tidak Sihat

Bila bergelar ibubapa sudah pasti ingin melihat anak kita dalam keadaan sihat selalu. Sihat itu rezeki. Tidak ada sesiapa yang ingin melihat orang yang di sayangi sakit. Dalam memastikan anak kita dalam keadaan sihat dan baik langkah-langkah pencegahan dan rawatan awal hendaklah diambil sebelum ianya semakin teruk. Tetapi macam mana ingin mengetahui tanda anak kita tidak sihat?

Dari pengalaman sendiri dan juga perkongsian dari kenalan terdapat tanda-tanda anak bayi atau kanak-kanak tidak sihat. Sekiranya anda melihat tanda-tanda ini sebaiknya mengambil langkah awal seperti membuat pemeriksaan kesihatan atau bertemu pakar kanak-kanak. 

Bayi atau kanak-kanak tidak pandai untuk menceritakan kesakitan yang mereka alami sebaliknya menunjukkan tanda-tanda seperti yang akan aRz kongsikan di bawah nanti. Penyakit jika kita dapat kesan pada peringkat awal biasanya mudah untuk proses mengubati walaupun kesembuhan itu adalah dengan izin Allah S.W.T. Tetapi kita perlu berusaha mencari penawar. Sekiranya kita membiarkan saja mungkin penyakit yang pada mulanya tidak bahaya mungkin akan mula terkena jangkitan kuman dan lain-lain penyakit yang lebih serius. 

Anak kalau tidak sihat, kita sebagai ibubapa pastinya tidak senang duduk. Jadi perkongsian ini mungkin membantu anda supaya dapat mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keluarga kita dalam keadaan sihat Insyaallah.

Jom baca 5 Tanda Anak Kita Tidak Sihat.

Menangis

Anak kita di peringkat bayi sekiranya berada dalam keadaan tidak sihat kebiasaannya akan menangis. Jika bayi merasa tidak selesa ia pasti akan menangis. Walaupun bayi dalam keadaan lapar juga menagis. Mungkin ini saja cara untuk memberitahu ibubapanya bahawa ia dalam keadaan tidak selesa atau tidak sihat. Begitu juga kanak-kanak dalam lingkungan 1 tahun ke 5 tahun. Perkara ini juga aRz dapat tahu ketika membuat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik kesihatan ketika Cik Puteri masih kecil. Sekiranya anak bayi atau kanak-kanak kerap menangis anda boleh agak keadaannya selepas ini.


Tidak aktif

Boleh dikatakan bayi dan kanak-kanak memang aktif. Paling tidak menggerakkan tangan dan kaki bagi bayi dan kanak-kanak ini suka berlari. Diantara tanda-tanda anak kita tidak sihat biasanya mereka akan kurang aktif. Ibubapa pasti boleh mengenal anak-anak sendiri bagaimana aktiviti mereka seharian. Sebagai contoh Cik Puteri memang aktif dan suka bermain jarang tidur waktu siang melainkan ketika di sekolah. (di sekolah takut cikgu agaknya hehe) 

Baru-baru ini aRz lihat Cik Puteri agak kurang aktif, balik dari sekolah baring ja dalam kereta. Kurang aktif la senang cakap. Jadi dapat rasa yang Cik Puteri agak kurang sihat. Rupanya nak demam.

Kurang Selera Makan

Tanda lain anak kita tidak sihat adalah bila kurang selera makan. Ini pun ibubapa sendiri pasti kenal bagaimana selera anak anda ketika waktu sihat dan tidak sihat. Paling tidak apabila waktu minum susu. Dari bayi hingga kanak-kanak tanda ini paling mudah untuk dilihat. Jarang ada bayi yang menolak susu melainkan mereka rasa tidak selesa. 

Cik Puteri pula, Alhamdulillah boleh dikatakan berselera makan nasi dan minum susu sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Susu penting sekali untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi dan kanak-kanak serta sistem penghadaman yang baik. Macam aRz katakan di atas bila Cik Puteri merasa tidak sihat selera makan memang berkurangan walaupun makanan yang disukai seperti nasi dan susu. Bila kurang selera terus dapat rasa yang ada sesuatu yang tidak kena dengan Cik Puteri. Ada tanda-tanda tidak sihat.

Kerap Tidur

Yang keempat tanda anak tidak sihat samada bayi atau kanak-kanak adalah kerap tidur. Kalau peringkat bayi yang baru lahir dan mengalami demam kuning. Cuba lihat bayi lebih kerap tidur mungkin kerana bayi agak letih. Begitu juga diperingkat kanak-kanak tanda-tanda ini masih kelihatan. Teringat balik sewaktu Cik Puteri mengalami " Demam Denggi ". Cik Puteri kelihatan lemah dan kerap tidur. Tanda-tanda seperti diatas juga dapat dikenalpasti ada pada waktu itu.

Biasanya dari pengalaman anak tidak sihat sebagai contoh demam sebaiknya jika tidak sembuh atau kebah selepas 3 hari sebaiknya rujuk ke hospital terdekat dan membuat pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah dan sebagainya rujuk tindakan hospital. Tindakan ibubapa yang cepat mungkin dapat membantu menyelamatkan anak anda dari penyakit yang lebih serius.

Nampak Lemah

Nampak lemah antara tanda-tanda anak tidak sihat yang kelima. Biasanya nampak lemah ini sama juga seperti kurang aktif. Tetapi ada antara bayi dan kanak-kanak ini tidak aktif pada waktu bangun dari tidur. Tetapi bagi bayi atau kanak-kanak yang tidak sihat ianya nampak lemah sepanjang hari.

Jangan biar lama-lama sekiranya anak anda terdapat tanda-tanda seperti yang dikongsikan sebaiknya bawalah ke hospital berdekatan dan dapatkan nasihat doktor atau pakar. Kepantasan anda mampu menyelamatkan nyawa anak anda.

aRz sendiri juga pernah dengar bagaimana seorang kanak-kanak meninggal kerana demam denggi yang tidak menampakkan kesan seperti bintik-bintik merah pada permualaan 7 hari. aRz juga pernah ada pengalaman terkena demam denggi dimana demam ini menyerang sistem kekuatan badan dan membuatkan seseorang yang mengidap demam ini menjadi tersangat lemah dan tak bermaya.

Apapun ini cuma perkongsian tanda-tanda anak anda tidak sihat. Sebagai umat Islam perlu yakin dengan qada dan qadar nikmat sihat ini adalah milik Allah yang boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Begitu juga nikmat anak ini juga suatu pinjaman dan amanah dari Allah kepda ibubapa yang akan kembalikan pada waktu yang ditetapkan. 

Walabagaimanapun jaga amanah anak ini sebaiknya, ambil langkah-langkah pencegahan dan gaya hidup yang sihat. Usaha sebaik mungkin untuk memastikan kesihatan keluarga dalam keadaan baik dan semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari penyakit yang merbahaya.

Insyaallah Terima kasih kerana sudi membaca 5 Tanda Anak Anda Tidak Sihat. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau pendapat sila tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Comments

  1. Anak kalau x sihat memang buat mak ayah risau..nak2 plak kalau baby...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh kak Suria...ibubapa akan jadi risau dan tak tidur malam kalau anak sakit...

      Delete
  2. Lepas ni kena lebih alert. Anak2 cikla mmg semuanya aktif2. Kalau diaorg demam, memang layu habis. Asyik tidur je. Minum susu pun xnk..

    Good sharing arz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila anak demam, taknak susu memang kita tahu dia rasa tak selesa...

      paling risau siang aktif malam demam...

      Delete
  3. memang akan nampak bila mereka tak sihat..Tanda-tanda ni selalu memberi amaran supaya kita berjaga-jaga takut anak tak sihat atau demam malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju demam malam kena pula demam panas memang risau

      Delete
  4. Risau kalau anak tak sihat nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ibubapa menyimpan perasaan ini setiap masa

      Delete
  5. Replies
    1. sama-sama berkongsi untuk kebaikan bersama

      Delete
  6. Terima kasih perkongsian...ibu ayah kena sentiasa pantau..yang paling bahaya bila anak tetap aktif walau tidak sihat..buat ibu ayah ambil mudah dan menganggap sakit yang biasa-biasa.

    ReplyDelete
  7. kalau anak x sihat ibu ayah yg paling susuah hati

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni cukup mudah anak2 kena demam selsema dan batuk. Kalau anak tak sihat mak pak pun apa lagi ..kalut la kan. Sapa tak sayang anak2 kan.. Kena la peka dgn keadaan anak2 kita. cepat bertindak jika ada sesuatu yg meragukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan PCL...jangan biar lama-lama tak aktif tak sihat

      Delete
  9. kdg2 kesian tgk yg demam berhari2 smpi mak / ayah terpaksa minta mc sbb nk jg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ibubapa yang habis cuti tahunan...

      Delete
  10. yang tak ada anak lagi ni pun dah start nk kena baca dah.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Belum ada anak sendiri tapi tengok jugak kat anak orang lain. So far, nampak lemah, kurang selera makan tu betul. Thanks for sharing :)

    Dtg singgah makan kekacang. hihi
    http://mawarassufi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  12. aiya, dah lama kenal arz baru prasan xpenah follow blog arz pun, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish3.. teruk btol la timm nih... hahaha

      Delete
  13. ha betul part kuat nangis tu . kadang tak tahu kan napa tetiba dorang asik nangis je. rupanya sakit tekak ke tak selesa ke camtu

    ReplyDelete
  14. bila anak tak sihat, mak ayah memang susah hati.

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. itulah anak tak sihat mak ayah sama rasa...semoga Allah mengurniakan balasan yang baik buat ibubapa kita

      Delete
  16. Kalo anak tak sihat jawabnya EL lah mummy...

    ReplyDelete
  17. saya ada semua tanda2 ni...harap ayah saya perasan.hehe.selamat berpuasa Arz n famili!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa...buat Sal dan keluarga juga...

      moga dijauhkan dari sebarang penyakit..amin

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih