Buffet Ramadhan 2017 Northam All Suites Hotel Penang
Buffet Ramadhan 2017 Northam All Suites Hotel Penang pada tahun ini bertemakan Selera Kampung. Bulan puasa biasanya ramai bertanya kat mana nak berbuka? Baik perkongsian mengenai Buffet Ramadhan 2017 Northam All Suites Hotel Penang ini mungkin boleh membantu anda dan keluarga mahupun rakan untuk menemui tempat untuk berbuka yang menarik. Perkongsian ini juga mengenai jenis menu dan juga harga yang untuk Buffet Ramadhan pada tahun ini.
![]() |
Buffet Ramadhan 2017 Northam All Suites Hotel Penang |
Apa Yang Menarik Dengan Buffet Ramadhan Northam All Suites Hotel
The Northam All Suites Hotel Penang kali ini mengetengahkan hidangan bertemakan Selera Kampung. Bulan puasa biasanya memang ramai orang yang rindukan kampung. Masakan kampung yang sepinggan memang tak cukup. Jawapan yang betulnya "Rindu Masakan Emak Di Kampung".
Ramai yang tercari-cari masakan kampung seperti ulam-ulaman, kambing golek, rendang daging, laksa. Semua ini dan banyak lagi menu boleh didapati di Buffet Ramadhan Northam All Suites Hotel Penang sentuhan Chef Din.
aRz dan Pha Is #BloggerUtara berkesempatan mencuba sendiri hidangan yang disediakan. Semuanya memang terbaik menepati citarasa selera kampung.
Ramai yang tercari-cari masakan kampung seperti ulam-ulaman, kambing golek, rendang daging, laksa. Semua ini dan banyak lagi menu boleh didapati di Buffet Ramadhan Northam All Suites Hotel Penang sentuhan Chef Din.
aRz dan Pha Is #BloggerUtara berkesempatan mencuba sendiri hidangan yang disediakan. Semuanya memang terbaik menepati citarasa selera kampung.
![]() |
Bersama Faiz Zakaria ( Pha Is) di Buffet Ramadhan Nortahm All Suites Hotel Penang |
Kambing Golek Di Buffet Ramadhan 2017
Rasa macam tak lengkap kalau tiada kambing golek dalam menu buffet ramadhan. Paling tidak pun mesti ada menu kambing. Tetapi di Northam All Suites Hotel Penang ini memang kambing golek antara yang dicari oleh semua yang ke buffet ramadhan,
![]() |
Booth Kambing Golek |
![]() |
Kambing Golek |
![]() |
Roti Arab |
Bila sebut selera kampung sudah tentu ulam-ulaman wajib ada. Dibawah antara salah satu menu yang disediakan.
![]() |
Ulam-ulaman |
Kurma sememangnya antara yang paling popular dan paling banyak dijual ketika bulan Puasa atau Bulan Ramadhan. Rasa tak lengkap kalau tidak berbuka dengan kurma. Ianya antara perkara sunat yang sentiasa diamalkan oleh umat Islam. Kurma juga mempunyai banyak khasiat. Di Buffet Ramadhan Northam All Suites Hotel ianya tidak dilupakan dan terdapat pelbagai jenis kurma.
![]() |
Kurma |
Selain menu selera kampung, terdapat juga roti canai, roti jala, satay dan lain-lain menu. aRz sempat merasakan roti jala yang mana ada sedikit kelainan. Ianya rapuh dan tidak terlalu tebal.
![]() |
Roti Canai |
Lauk pauk selera kampung yang disediakan adalah seperti gambar di bawah. Terdapat bermacam jenis lauk seperti ikan masak lemak, sambal taukua, sotong goreng kunyit, daging rendang, ayam percik dan nasi beriani.
Memang betul masakan kampung. Yang jauh diperantauan atau ingin mencuba selera kampung memang patut jadikan Buffet Ramadhan di Northam Hotel sebagai salah satu destinasi berbuka puasa untuk tahun ini.
![]() |
Nasi Beriani dan ayam percik |
Harga Buffet Ramadhan di Northam Hotel Penang
Harga buffet ramadhan di northam hotel penang adalah seperti di bawah
RM85 untuk dewasa
RM58 untuk kanak-kanak ( 4-11 tahun)
Walaubagaimanpun terdapat tempahan istimewa Early Bird pada harga
RM75 untuk dewasa
RM45 untuk kanak-kanak sebelum 26 Mei serta promosi "Beli 9 percuma 1" khas untuk mereka yang ingin membeli secara berkumpulan untuk rakan sepejabat atau untuk ahli keluarga berbuka bersama.
Selain itu Baucar Ramadhan ini direka dengan berbentuk elegan sesuai untuk dijadikan hadiah untuk staf, ahli keluarga atau kenalan. Untuk menempah atau sebarang pertanyaan mengenai Buffet Ramadhan 2017 Northam All Suites Hotel Penang sila hubungi :
043701111
Whatsapp
Lynn 0174288545
Nabilah 0164269652
Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Buffet Ramadhan 2017 Northam All Suites Hotel Penang. Jumpa lagi