5 Tanda Anak Bayi & Kanak-Kanak Tidak Sihat
5 Tanda Anak Anda Tidak Sihat | Sebagai ibubapa sudah semestinya menginginkan anak anda samada yang masih bayi atau kanak-kanak dalam keadaan sihat. Tidak ada ibubapa di dunia ini menginginkan anak mereka tidak sihat. Walaubagaimanapun 5 Tanda Anak Bayi & Kanak-Kanak Tidak Sihat ini dapat membantu anda mengenal pasti anak anda dalam keadaan tidak sihat serta dapat mengambil langkah perubatan di peringkat awal. Mudah-mudahan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda.
![]() |
5 Tanda Anak Anda Tidak Sihat |
5 Tanda Anak Tidak Sihat
Bila bergelar ibubapa sudah pasti ingin melihat anak kita dalam keadaan sihat selalu. Sihat itu rezeki. Tidak ada sesiapa yang ingin melihat orang yang di sayangi sakit. Dalam memastikan anak kita dalam keadaan sihat dan baik langkah-langkah pencegahan dan rawatan awal hendaklah diambil sebelum ianya semakin teruk. Tetapi macam mana ingin mengetahui tanda anak kita tidak sihat?
Dari pengalaman sendiri dan juga perkongsian dari kenalan terdapat tanda-tanda anak bayi atau kanak-kanak tidak sihat. Sekiranya anda melihat tanda-tanda ini sebaiknya mengambil langkah awal seperti membuat pemeriksaan kesihatan atau bertemu pakar kanak-kanak.
Bayi atau kanak-kanak tidak pandai untuk menceritakan kesakitan yang mereka alami sebaliknya menunjukkan tanda-tanda seperti yang akan aRz kongsikan di bawah nanti. Penyakit jika kita dapat kesan pada peringkat awal biasanya mudah untuk proses mengubati walaupun kesembuhan itu adalah dengan izin Allah S.W.T. Tetapi kita perlu berusaha mencari penawar. Sekiranya kita membiarkan saja mungkin penyakit yang pada mulanya tidak bahaya mungkin akan mula terkena jangkitan kuman dan lain-lain penyakit yang lebih serius.
Anak kalau tidak sihat, kita sebagai ibubapa pastinya tidak senang duduk. Jadi perkongsian ini mungkin membantu anda supaya dapat mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keluarga kita dalam keadaan sihat Insyaallah.
Jom baca 5 Tanda Anak Kita Tidak Sihat.
Menangis
Anak kita di peringkat bayi sekiranya berada dalam keadaan tidak sihat kebiasaannya akan menangis. Jika bayi merasa tidak selesa ia pasti akan menangis. Walaupun bayi dalam keadaan lapar juga menagis. Mungkin ini saja cara untuk memberitahu ibubapanya bahawa ia dalam keadaan tidak selesa atau tidak sihat. Begitu juga kanak-kanak dalam lingkungan 1 tahun ke 5 tahun. Perkara ini juga aRz dapat tahu ketika membuat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik kesihatan ketika Cik Puteri masih kecil. Sekiranya anak bayi atau kanak-kanak kerap menangis anda boleh agak keadaannya selepas ini.
Tidak aktif
Boleh dikatakan bayi dan kanak-kanak memang aktif. Paling tidak menggerakkan tangan dan kaki bagi bayi dan kanak-kanak ini suka berlari. Diantara tanda-tanda anak kita tidak sihat biasanya mereka akan kurang aktif. Ibubapa pasti boleh mengenal anak-anak sendiri bagaimana aktiviti mereka seharian. Sebagai contoh Cik Puteri memang aktif dan suka bermain jarang tidur waktu siang melainkan ketika di sekolah. (di sekolah takut cikgu agaknya hehe)
Baru-baru ini aRz lihat Cik Puteri agak kurang aktif, balik dari sekolah baring ja dalam kereta. Kurang aktif la senang cakap. Jadi dapat rasa yang Cik Puteri agak kurang sihat. Rupanya nak demam.
Kurang Selera Makan
Tanda lain anak kita tidak sihat adalah bila kurang selera makan. Ini pun ibubapa sendiri pasti kenal bagaimana selera anak anda ketika waktu sihat dan tidak sihat. Paling tidak apabila waktu minum susu. Dari bayi hingga kanak-kanak tanda ini paling mudah untuk dilihat. Jarang ada bayi yang menolak susu melainkan mereka rasa tidak selesa.
Cik Puteri pula, Alhamdulillah boleh dikatakan berselera makan nasi dan minum susu sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Susu penting sekali untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi dan kanak-kanak serta sistem penghadaman yang baik. Macam aRz katakan di atas bila Cik Puteri merasa tidak sihat selera makan memang berkurangan walaupun makanan yang disukai seperti nasi dan susu. Bila kurang selera terus dapat rasa yang ada sesuatu yang tidak kena dengan Cik Puteri. Ada tanda-tanda tidak sihat.
Kerap Tidur
Yang keempat tanda anak tidak sihat samada bayi atau kanak-kanak adalah kerap tidur. Kalau peringkat bayi yang baru lahir dan mengalami demam kuning. Cuba lihat bayi lebih kerap tidur mungkin kerana bayi agak letih. Begitu juga diperingkat kanak-kanak tanda-tanda ini masih kelihatan. Teringat balik sewaktu Cik Puteri mengalami " Demam Denggi ". Cik Puteri kelihatan lemah dan kerap tidur. Tanda-tanda seperti diatas juga dapat dikenalpasti ada pada waktu itu.
Biasanya dari pengalaman anak tidak sihat sebagai contoh demam sebaiknya jika tidak sembuh atau kebah selepas 3 hari sebaiknya rujuk ke hospital terdekat dan membuat pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah dan sebagainya rujuk tindakan hospital. Tindakan ibubapa yang cepat mungkin dapat membantu menyelamatkan anak anda dari penyakit yang lebih serius.
Nampak Lemah
Nampak lemah antara tanda-tanda anak tidak sihat yang kelima. Biasanya nampak lemah ini sama juga seperti kurang aktif. Tetapi ada antara bayi dan kanak-kanak ini tidak aktif pada waktu bangun dari tidur. Tetapi bagi bayi atau kanak-kanak yang tidak sihat ianya nampak lemah sepanjang hari.
Jangan biar lama-lama sekiranya anak anda terdapat tanda-tanda seperti yang dikongsikan sebaiknya bawalah ke hospital berdekatan dan dapatkan nasihat doktor atau pakar. Kepantasan anda mampu menyelamatkan nyawa anak anda.
aRz sendiri juga pernah dengar bagaimana seorang kanak-kanak meninggal kerana demam denggi yang tidak menampakkan kesan seperti bintik-bintik merah pada permualaan 7 hari. aRz juga pernah ada pengalaman terkena demam denggi dimana demam ini menyerang sistem kekuatan badan dan membuatkan seseorang yang mengidap demam ini menjadi tersangat lemah dan tak bermaya.
Apapun ini cuma perkongsian tanda-tanda anak anda tidak sihat. Sebagai umat Islam perlu yakin dengan qada dan qadar nikmat sihat ini adalah milik Allah yang boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Begitu juga nikmat anak ini juga suatu pinjaman dan amanah dari Allah kepda ibubapa yang akan kembalikan pada waktu yang ditetapkan.
Walabagaimanapun jaga amanah anak ini sebaiknya, ambil langkah-langkah pencegahan dan gaya hidup yang sihat. Usaha sebaik mungkin untuk memastikan kesihatan keluarga dalam keadaan baik dan semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari penyakit yang merbahaya.
Insyaallah Terima kasih kerana sudi membaca 5 Tanda Anak Anda Tidak Sihat. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau pendapat sila tinggalkan di ruangan komen di bawah.