5 Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia

5 Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia

Seperti semua tahu 1 Mei merupakan Hari Pekerja yang di sambut di Malaysia. Ianya juga merupakan Hari Kelepasan Am. Paling mudah faham hari cuti. Tetapi tak semua dapat merasai cuti pada hari tersebut samada Sektor Swasta mahupun Awam. Sebagai meraikan pekerja yang telah banyak berkorban demi kebaikan dan kemudahan serta keselamatan orang lain. Sempena Hari Pekerja 2017 nak dikongsikan mengenai 5 Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia. Beranikah anda semua untuk melangkah ke sektor pekerjaan yang mempunyai statistik kemalangan tertinggi di malaysia ini?.


5 Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia, kerja di singapura, panduan kerja di singapura, kerja berisiko tinggi, statistik kemalangan mengikut sektor pekerjaan,
Ketika lawatan ke Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang JK2PP, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia

Setiap sektor pekerjaan mempunyai risiko tersendiri. Dari sekecil-kecil jawatan hinggalah sebesar-besar jawatan mempunyai risiko tersendiri. Percaya atau tidak? Nanti aRz ulaskan di bawah. Mengenai 5 Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia dan ianya di rujuk kepada data Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Malaysia (DOSH) Disember 2016. Mungkin ada sektor pekerjaan anda tidak tersenarai ianya bukan bermaksud ianya tidak berisiko mempunyai kemalangan tetapi mungkin tidak disiasat oleh JKKP.

Statistik ini bukanlah direka tetapi menurut kes-kes yang disiasat. Jadi ianya sebuah rujukan yang agak tepat.

1) Sektor Pengilangan

Sektor pengilangan telah direkodkan dengan jumlah kemalangan tertinggi termasuk kematian, kehilangan upaya kekal dan kehilangan upaya tidak kekal. Mungkin siapa yang pernah melangkah kaki ke alam pengilangan tahu bertapa risikonya pekerja di sektor ini. Walaubagaimanapun rekod kematian

5 Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia, statistik kemalangan mengikut sektor pekerjaan di malaysia, panduan kerja singapura, cara nak bekerja di singapura, teddyville museum penang, museum teddy bear penang,
TeddyVille Museum Penang
**Untuk membaca mengenai TeddyVille Museum Penang klik DISINI

2) Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan pula mempunyai statistik kemalangan kedua tertinggi. Nampak macam kurang bahaya tetapi sektor ini menduduki statistik kemalangan kedua tertinggi.


3) Pembinaan

Sektor pembinaan biasanya kita lihat agak berisiko menduduki tempat ketiga. Kalau dari segi pemikiran logik sektor ini dilihat lebih berisiko. Tetapi jika dilihat dari statistik kemalangan maut sektor ini mempunyai statistik paling tinggi berbanding dua sektor di atas.

5 Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia, sektor pembinaan, construction, kerja berisiko tinggi, statistik kemalangan mengikut sektor pekerjaan, panduan kerja singapura, cara dapatkan gaji lebih,
Sektor Pembinaan

4) Sektor Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi

Sektor Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi berada pada tempat keempat yang mana terdapat 13 kematian direkodkan serta 2 kehilangan upaya kekal. Kalau ikutkan sektor ini juga berisiko dimana pengangkutan biasanya melibatkan jalanraya, udara dan air. Penyimpanan pula mungkin melibatkan jentera-jentera berat.

5) Sektor Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Pelanggan

Sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan pelanggan juga antara yang berisiko. Ianya dicatatkan 16 kematian dan 11 kehilangan upaya kekal. Walaupun secara mata kasar melihat sektor ini agak kurang berisiko. Tetapi dari data statistik 2016 sebenarnya memberikan jawapan yang berbeza.

Walaubagaimanapun ini cuma statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Malaysia berdasarkan kes yang disiasat. Mungkin diluar sana terdapat banyak lagi kes-kes yang mungkin tidak diketahui. 

Setiap sektor pekerjaan sudah tentu mempunyai risikonya yang tersendiri. Samada jawatan profesional ataupun sokongan, jawatan besar mahupun kecil semuanya mempunyai nilai sumbangan yang tersendiri untuk masayarakat. Tak kira di bidang mana pun kita sedang bekerja, kita perlu berbangga kerana kita juga sebahagian yang menyumbang kepada kemajuan negara.

p/s : sejak kebelakangan ini ramai yang ingin bekerja di luar negara kerana pendapatan yang lebih tinggi. Hati-hati dan dapatkan panduan yang betul.



Terima kasih kerana sudi membaca 5 Sektor Pekerjaan Yang Mempunyai Statistik Kemalangan Tertinggi Di Malaysia.
rujukan : http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/occupational-accident-statistics/by-sector

{ 9 comments.. read them below or add one }

Ubai Ismail Ubai Ismail 4 May 2017, 12:41:00
terima kasih atas infonya.

panduan kerja dari singapura pun menarik. di tulis oleh penulis yang berpengalaman kan. huhu nak dptkan satu lah .

http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html
meintheswim meintheswim 4 May 2017, 12:55:00
Ada satu bidang kerja yang sangat berisiko tetapi tidak nampak risiko nya adalah bidang kerja yang berkaitan dengan radiation.
Mummy Julia Mummy Julia 4 May 2017, 16:09:00
Gud Info Arz.. Sib baik mummy kejenya hadap komputer pagi ptg siang malam.. Kurang la sikit bahayanya kann..heheh
Mazni Azmi Mazni Azmi 5 May 2017, 09:40:00
Sektor kewangan dan insurans tu mungkin sebab stafnya banyak travel. Orang yang selalu travel akan naik kenderaan selalu
.
Risiko nak kemalangan tinggi
Admin Admin 10 May 2017, 16:20:00
bahaya keje2 melibatkan pembinaan...lokman amek dlm bdg tu...kna fikir jugak risiko yg bakal hadapi!
zarul farhana zarul farhana 14 May 2017, 21:23:00
betul.. sector perkilangan sgt tggi kemalangan... sejak kerja ni mcm2 jadi.. tapi setakat la xda la melibatkan nyawa manusia lagi....
baru2 plak dpt tahu company xsediakan insurans utk staff.. Allah... klau jadi pa2 bole mati sia2 ja..
SalbiahM SalbiahM 21 May 2017, 17:03:00
sebab tu sektor-sektor ni ramai pengusaha suka guna pekerja asing. tak payah cover medical insurans semua. Kasihan tengok.. gaji pun murah
Jari Manis Jari Manis 24 May 2017, 16:44:00
Keje tdo lagi selamat ehehe
dear anies dear anies 25 May 2017, 11:19:00
dulu2 ms kecik bla bc berita ada je kemalangan yg berlaku kt kilang dan slh seorg mangsanya org kg sy... dia putus tangan kena mesin alhamdulillah masih hidup hgga skrg dan selalu nmpk dia naik basikal gn sblh tangan

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih