Buffet Ramadhan 2017 | Berbuka Puasa Masakan Kampung Di Eastin Hotel Penang
Buffet Ramadhan 2017 terbaik. Itu antara ayat yang akan diperdebatkan tidak lama lagi memandangkan Bulan Puasa bakal tiba tidak lama lagi. Buffet Ramadhan mana yang sedap? Soalan yang setiap tahun berulang. Untuk Buffet Ramadhan 2017, Eastin Hotel menyediakan hidangan bertemakan Masakan Kampung. Baru-baru ini aRz dan juga Blogger Pha Is dijemput untuk mencuba hidangan masakan kampung yang disediakan untuk dijadikan menu berbuka nanti. Apa yang menarik dengan Buffet Ramadhan Eastin Hotel?
![]() |
Buffet Ramadhan 2017 Eastin Hotel Penang |
Buffet Ramadhan 2017 Eastin Hotel Penang
Macam yang dikongsikan di atas tadi konsep Buffet Ramadhan 2017 Eastin Hotel Penang kali ini adalah 'Masakan Kampung'. Bulan puasa memang kebanyakan teringin nak balik kampung berbuka bersama keluarga dengan menu ala-ala kampung. Fuh tak dapat balik kampung tapi berbuka dengan menu sama macam di kampung memang terbaik.
Menu Buffet Ramadhan 2017 Eastin Hotel
Untuk menu sepenuhnya Buffet Ramadhan 2017 di Eastin Hotel yang berkonsepkan Masakan Kampung bermula dari 28 May sehingga 24 Jun dengan hidangan utama iaitu Ulaman dan Herba Kampung lebih dari 5 pilihan, Aneka Kerabu tersedia dalam 10 pilihan setiap hari, Rojak Mambo, Jeruk-jerukkan serta menu paling wajib ada Kambing Golek Beratur Panjang. Dimana ada kambing disitu memang beratur panjang kan?
![]() |
Ulam-ulaman di Buffet Ramadhan Eastin Hotel |
Tidak dilupakan menu utama rakyat Malaysia iaitu nasi. Di Eastin Hotel terdapat Nasi Biryani Pak Raj. Selain itu terdapat hidangan masakan India iaitu Thosai Kambing Masala, Ayam Tandoori, Bombay Biryani dengan roti naan.
Di Buffet Ramadhan 2017 Eastin Hotel juga tidak dilupakan makanan-makanan seperti Laksa Buyong, Laksa Sarawak, Laksa Johor, Mee Jawa, Mee Goreng Mamak dan juga Popiah Basah Selangor.
![]() |
Kambing Golek Beratur Panjang | Eastin Hotel Buffet Ramadhan 2017 |
![]() |
Eastin Hotel Buffet Ramadhan 2017 |
![]() |
Nasi Biryani Pak Raj | Eastin Hotel Buffet Ramadhan 2017 |
Menu hidangan di Eastin Hotel Buffet Ramadhan 2017 dilengkapkan lagi dengan 15 hidangan yang menarik untuk berbuka puasa ialah Memang Pedas Oatmeal Prawn, Ketam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Kuzi Daun Pudina, Ikan Tenggiri Gulai Kampung dan lain-lain yang membuatkan rasa nak tambah lagi dan lagi. Biasanya kalau pengalaman tahun tahun sebelum ini memang aRz mencuba semua menu yang ada baru berbaloi.
![]() |
15 hidangan panas | Eastin Hotel Buffet Ramadhan 2017 |
![]() |
Ketam manis |
![]() |
Bubur Lambuk, Ketupat & Lemang |
Menu yang di sediakan untuk Buffet Ramadhan 2017 di Eastin Hotel Penang memang agak banyak sampaikan ada yang tidak dapat kami mencuba. Selain dari menu yang aRz ceritakan di atas masih ada lagi menu dessert seperti Ais Kacang, Kuih Raya, Kuih Tradisional Melayu, Kek pelbagai perisa, Aiskrim serta buah-buahan segar.
Selain dari itu, Sup Gearbox, Negeri sembilan Ayam Percik Seri Wangi, Pulut dan Lemang serta Bubur lambuk pun turut disediakan. Dalam menu Gulai Kawah pula terdapat pilihan Kawah Pedas Kambing, Gulai Lobster, Gulai Daging Tongkat Ali dan Gulai Sotong.
![]() |
Sup Gearbox |
![]() |
Gulai Kawah |
Harga Buffet Ramadhan 2017 di Eastin Hotel
Sekiranya anda tertanya-tanya berapa harga Buffet Ramadhan 2017 di Eastin Hotel? Terdapat Voucher Ramadhan berharga RM95 nett layak dari 28 Mei sehingga 24 Jun 2017. Dapatkan voucher secepat mungkin di www.facebook.com/eastinhotelpenang/ atau boleh juga dapatkan promosi Promosi Ramadhan kredit kad dengan harga RM 100 nett.
Harga bukan promosi untuk Eastin Hotel Buffet Ramadhan adalah RM 120 nett.
Waktu Buffet Ramadhan : 7.00pm - 10.00pm
Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi Eastin Hotel Penang :
046121128
Email : info.pg@eastin.com
atau lawati laman web
www.eastin.com
Terima kasih kerana sudi membaca Buffet Ramadhan 2017 Berbuka Puasa Masakan Kampung Di Eastin Hotel Penang
Terima kasih kerana sudi membaca Buffet Ramadhan 2017 Berbuka Puasa Masakan Kampung Di Eastin Hotel Penang
Saya datang nak jemput join giveaway http://akhalilah.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html