Seorang Bapa Ditikam Anak Perempuan

Seorang Bapa Ditikam Anak Perempuan Di Jinjang

Sampai hati seorang anak perempuan berumur 18 tahun, menikam bapanya 45 tahun, dua kali dileher dengan menggunakan pisau pemotong sayur. Dari siasatan awal ianya berlaku sejurus pertelingkahan bapa dan anak. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul suspek tidak berpuas hati dan mengamuk kerana bapanya tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis.

anak perempuan tikam bapa di jinjang, tikam bapa kerana hubungan sejenis, mari didik anak anak, hak seorang bapa mendidik anak, pentingnya mendidik anak-anak dengna ilmu agama,
Seorang gadis menikam bapa

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Taman Desa Bakti Jinjang pada kira-kira jam 10.45 pagi 22 November. Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
sumber dari awani

Dunia semakin pening

Hari demi hari bermacam-macam berita kita dengar. Bila sudah menjadi seorang bapa, abah, papa, daddy, Abi, sudah tentu masalah amat menakutkan. Manusia seakan hilang peradaban dalam dunia semakin maju. Ini juga mungkin kerana faktor kemajuan teknologi tidak seiring dengan kemajuan akhlak dan adab. Bukan isu seperti ini malah banyak lagi isu gejala sosial yang semakin hari semakin teruk dan membusuk.

Teringat kata-kata Allahyarham Tok Guru Nik Aziz "Ibarat kawasan yang tanaman yang subur dikelilingi kawasan yang dipenuhi tikus dan haiwan perosak" sedikit sebanyak memberi kesan pada kawasan yang subur.

Apa yang perlu kita lakukan hari ini wahai ibubapa adalah kembali melihat dan mendidik di dalam rumah masing-masing supaya sentiasa beradab dan berakhlak mulia tidak kita didalam atau diluar rumah. Jangan terlalu mengejar kemewahan sehingga terlupa tanggungjawab kita dalam mendidik anak-anak. 

Apapun mengenai isu diatas ianya mungkin dugaan dan ujian yang diberikan pada bapa terbabit semoga anaknya dikurniakan hidayah dan kembali menjadi anak yang solehah. Semua orang pernah melakukan kesalahan dan masih mempunyai ruang untuk membaikinya. Semoga isu ini menjadi pengajaran buat semua.

Jumpa Lagi.

{ 17 comments.. read them below or add one }

Mizz Aiza Mizz Aiza 23 Nov 2015, 09:44:00
begitulah jika terlalu mengikut emosi marah, syaitan pasti mengambil kesempatan.. semoga anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah..
Inani Hazwani Inani Hazwani 23 Nov 2015, 10:33:00
Baru tadi kawan Nani cerita pasal ni. Allah. Sedih rasa
Mummy Julia Mummy Julia 23 Nov 2015, 11:47:00
Ishh manusia kini semakin hilang pertimbangan dan sifat perikemanusiaan... Makin maju kemajuan teknologi, makin membusuk peradaban dan tatakesusilaan manusia ... sedih! Al-fatihah...
Cik Mimie Cik Mimie 23 Nov 2015, 15:07:00
Remaja sekarang cepat hilang pertimbangan dan suka bertindak tanpa berfikir.. Kesian bapa dia... al fatihah buat arwah...
aRz MoHa aRz MoHa 23 Nov 2015, 19:36:00
rasanya bapa dia belum meninggal masih dirawat...
aRz MoHa aRz MoHa 23 Nov 2015, 19:39:00
pentingnya ibubapa memberikan ilmu atau didikan yang terbaik terutama ilmu agama
aRz MoHa aRz MoHa 23 Nov 2015, 19:41:00
sedihkan...pastinya lebih sedih buat bapa yang menjadi mangsa tikaman anak
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 24 Nov 2015, 15:55:00
Kalau dah nak sangat kahwin anak tu, bagi je la..
Kira Sakura Kira Sakura 24 Nov 2015, 16:01:00
berattttttt sangat bahu nak pikul tanggungjawab mak pak ni kan. tak seberat nak pinggul tanggungjawab suami atau isteri kan. nak mendidik anak bukan mudah ;(
umi alya umi alya 25 Nov 2015, 08:37:00
Astagfirullah.. macam2 kes sekarang ni..
Dunia Zumal Dunia Zumal 26 Nov 2015, 02:03:00
Dunia sekarang nie merisaukan kita...
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 27 Nov 2015, 12:58:00
haaaa dia nak ada hubungan dgn budak perempuan whaaat ??
Jari Manis Jari Manis 29 Nov 2015, 23:26:00
perghh...anak skrg...x puas hati je BUNUH!
Jari Manis Jari Manis 29 Nov 2015, 23:27:00
dari kecil lagi perlu didik dengna teras AGAMA yang kukuh

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih