Saya Nak Hasilkan Novel

Credit to Google Image

Salam. Semoga ceria selalu pembaca blog ini.
Saya nak hasilkan novel. Serius. Idea memang memang bergunung-gunung, semangat membuak-buak bagai minyak yang sedang mendidih.


Tapi itu impian 11 tahun dahulu

Tapi bolehkah seorang yang langsung tak minat sastera menulis novel?

Pernah baca novel?

Tentulah pernah sebab saya antara yang wajib mengambil sastera ketika spm. Masa tu saja. Novel Perlumbaan Kedua dan Sofea serta sebuah novel yang berjaya menitiskan airmata saya dan member lelaki yang lain.

Nanti dulu. Teringat bab novel tu. Tapi saya langsung tak ingat tajuk novel tu. Serius. Apa yang saya ingat watak lelaki dalam novel tu sejibik (sama) nama saya. Tapi (banyak pula tapi dalam entri ini) banyak novel yang isteri saya baca watak lelaki sama dengan nama saya takpun nama samaran saya.

Itulah rasanya novel yang ada unsur cinta, sedih, kisah kehidupan dan lain-lain.

Macam mana boleh terjebak baca?.

Bermula dari member saya yang sedang bercinta. Novel ini dibaca oleh aweknya kemudian dia mula baca, sampai tak tidur malam, sampai nangis-nangis. Tak baik buat novel sampai menjatuhkan airmata lelaki. Kemudian novel ini mula berpindah ke member sebilik saya. Sampai saya rasa apa yang best sangat dengan novel ni. Jadi saya pun baca. Sanggup sampai tidur lewat semata-mata nak habiskan cepat. Serius memang sedih. Tapi kesudahan yang baik.

Tapi itu pun belum cukup untuk menjadikan saya seorang penulis. Mungkin perlu ada koleksi buku yang banyak serta bilik membaca seperti gambar di bawah. 

Credit to Google Image

Hakikatnya, mungkin saya tak ditakdirkan untuk menjadi seorang penulis. Yang perlu banyak membaca, mengaji lebih mendalam bab sastera, atau perlu pengalaman yang hebat seperti pengembaraan ke dunia luar dan kisah cinta yang hebat mampu membuat pengarah filem memilih untuk diadaptasi dalam drama mereka macam Bukan Keranaku Tak Cinta, Setitis Kasih Damia ataupun Suamiku Incik Sotong. Tulis entry pun memerlukan beberapa hari untuk siapkan bagaimana nak hasilkan sebuah novel yang bermutu dan berkualiti bukan?. Walaupun saya bukan ditakdirkan menjadi seorang penulis novel, saya bersyukur kerana ada sebuah blog untuk saya menulis dan berkongsi apa yang terlintas di fikiran saya. Paling penting ada pembaca dan rakan yang sentiasa menyokong saya walaupun entri tak sedap dibaca.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Selamat berhujung minggu.

Jumpa Lagi

Comments

  1. cantik tgk bookshelf yg last tu :)
    nak buat novel kena banyak membaca ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bookshelf tu saya minat juga. menarik

      Delete
    2. Akak pun berkenan tgk bookshelf macam tu :)

      Delete
    3. Setuju sgt dengan BUDAK tecik..nakbuat novel perlu banya membaa supaya susunatur ayat dan bahasa teratur..jgn jadi seperti sis JM...tulis ikut suka..ayat dalam blog x tersusun ini lah akibatnya...sebuah buku belum tentu di sentuh dalam setahun huhuhu

      Delete
  2. Asalam kalau betul jadi penulis pun ok aRz..ada dah asas berblog. Memang menarik jika kita rajin membaca banyak ilmu kita kumpul di dada ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sekarang cuba menanam sifat suka membaca sebanyak mungkin buku

      Delete
  3. Kalu betul nk menulis sy bleh bantu dr peringkat manuskrip smpi la hal2 mencetak. Contact sy anytime...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh menarik. kalau saya tak tulis entry ini mungkin saya tak tahu mengenai hal ini.
      teria kasih anies

      Delete
    2. wow... kak anies boleh bantu... terbaik.. jangan lepaskan peluang!! :D

      Delete
  4. Wah.kalau macam tu cik akak nak tulis novel juga lah..hihi

    ReplyDelete
  5. boleh shje nak bt novel ... sebb ayie ad knal gak akk blogger.. dia biasa2 shje
    and now dah hasilkan 5 novel..
    bermula dgn cerita2 yg biasa2 tpy2 di asah akan meletup juga bro..

    but seriusly ayie bkn orng yg xrjin bce buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat mendalam kena ada ayie.

      sekarang minat membaca novel abdul latip talib ja

      Delete
  6. Kalu dah minat tu, insya allah ia bakal.menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  7. pergh...confession seorang lelaki@!hehe.cubalah..manalah tau kot ada bakat tersembunyi.saya suka novel dari penulis lelaki, sebab tak cliche'. all the best!

    p/s: kot boleh start dengan e-novel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. confession....hahaha.. benda betul kan. Entah ada lagi tak idea yang dulu untuk menulis

      e-novel cadangan yang menarik

      Delete
  8. Cuba lah. Cuba tulis dari hati. InsyaAllah boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mendalam maksud kata kata fadzi razak.... "menulis dari hati"

      Delete
  9. wahhh banyak betul menitiskan air mata....dahsyatnya! saya dulu masa sekolah suka jugak baca novel...skrg tak sangat...bila dah kawen, dah jumpa cinta sendiri, malas dah baca cerita cinta rekaan dalam novel...heheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe banyak tangisan ketika itu. Tapi kalau novel mampu memberikan pengajaran yang baik bagus

      Delete
  10. SP sanggah pendapat en.armoha. Pernah tak baca kisah seorang penulis Amerika kalau tak silap Dale Carnegie. Gurunya menyarankan dia mencatat apa saja selama 20 tahun. Mencatat ye bukan tulis novel atau buku. 20 tahun kemudian barulah dibukukan. Hasilnya..BEST SELLER! Baca buku itu, tulisannya biasa-biasa saja, tiada istilah hebat, hanya buku biasa tapi intinya luar biasa.. SELAMAT MENCUBA. Jumpa 20 tahun akan datang. Insyaa-Allah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum baca. nanti nak cari. hmmmm idea yang baik SP. Setiap orang ada perjalanan cerita yang baik untuk dikongsi untuk anak cucu di masa hadapan. Terima kasih SP atas pemdapat yang berguna

      Delete
  11. saya ada novel yg blm habis dikarang ... sdg paksa diri utk selesaikan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh cetusan minda dah pernah menulis novel?

      Delete
  12. Nak buat novel ni selain banyak membaca, ia kena ada dari jiwa.. inspirasi tu perlu yg asli dari jiwa penulis tu. Jika Arz ada feel mcm tu, saya yakin Arz boleh berjaya... aamiin. Selebihnya atas doa, usaha & tawakkal, in shaa Allah... All the best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro khir. Mungkin perlu cuba tulisan yang lebih pendek. Menulis dari hati dan jiwa mendalam maksud tu. terima kasih atas pandangan dan nasihat

      Delete
  13. Rak buku itu cantik sangat.

    Kakcik suka membaca dan menulis, tapi sekadar tulisan yang pendek-pendek (cerpen) dan sebagainya. Tidak mampu menghasilkan novel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow mampu menulis cerpen pun sudah mencapai satu tahap yang baik

      Delete
  14. Wah,...nak jadi penulis rupanya! Jgn lupa tulis idea2 aRz tu. Nanti, bila ada kesempatan nak mengarang, jalan cerita dah ada :)

    ReplyDelete
  15. CP sokong seratus peratus..Tapi Arz kena banyak membaca pelbagai genre buku baru boleh hasilkan karya yang terbaik..tulisdari hati dan perlu ikhlas dalam penulisan..lagi satu perlu join mana-mana seminar atau kursus tentang penulisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni novel yang paling aRz minat dari tulisan Abdul Latip Talib

      Delete
  16. wahhh mane tau suatu hari nanti betul2 jadi penulis yg berjaya.. aminn... kena banyak membaca macam2 buku.. dari situ dapat ilham..hihi.. gud luck!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin berkat doa kawan kawan blogger

      Delete
  17. Lama sangat dah cita2 tu, Arz.
    Tapi, tak jadi penulis novel..jadi photographer lagi best kot.
    Sebab dapat hasilkan foto2 yang cantik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah Dr Shikin.
      tapi sekarang idea entah ke mana.

      Delete
  18. menulisnkt blog dh ok... sentiasa ada ja pembaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mula banyak menulis di blog tersayang ini

      Delete
  19. permulaan yang menarik..tetapi sebelum mula menulis perlu ada 'sesuatu' dalam kota pemikiran untuk di kongsi agar nanti apa yg di kongsi menarik utk di baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih JM atas tips tu, saya cuba catitkan supaya idea tak hilang. itu pun kalau ada mood untuk menulis :P entri dah berapa hari tak update

      Delete
    2. Akak pernah baca yang kalau nak tulis novel ni, yang pertama tu memang susah dan makan masa sikit. Yang kedua dan seterusnya akan lebih mudah sebab kita dah dapat rentak :)

      Delete
  20. biasanya idea datang apabila kita byk membaca dan beberapa sumber rujukan..jika x mula dari sekarang bila lagi..so sis sokong dari jauh...chaiyok..u can do it

    ReplyDelete
  21. saya hanya setakat pembaca. menulis belum ada idea.

    ReplyDelete
  22. Aku setakat tulis blog jer...tak mampu lagi nak tulis novel ni...ahahahaha... semoga impian bro yang dulu akan tercapai... :D

    ReplyDelete
  23. akak pun ada berangan nak jadi novelis, tapi nak yg ala2 Ramlee awang murshid gitu. Mmg jauh sgt la berangan nya.

    dapat tulis blog pun jadiklah..yg penting kena byk membaca baru boleh menulis dgn baik. Walaupun cuma tulis entri blog. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula memang kena ada angan-angan, lepas tu kena mencuba dan berusaha. Insyaallah boleh kak ujie. Bermula dengan menulis di blog

      Delete
  24. Cubalah mana tau pengarah cari utk buat drama episde hihi....Tapi yg pasti OKje tak suka baca novel, baca blog oklah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga wanita yang tak suka baca novel

      selalu baca blog saya ya hahaha

      Delete
    2. saya gitu lah..
      tak suka baca novel..
      selalu baca blog awak
      selalu baca senyap-senyap je..
      :)

      Delete
  25. Dulu ada verangan cmtu juga... Tapi dpt tulis kt blog dah syukur dh.. Hehe

    ReplyDelete
  26. Hehe dulu mmg ada buat satu buku tulis tgn konon2 nk hasilkan novel huhu tp buku tu kena curi hilang gtu jer huhuhu

    ReplyDelete
  27. cita2 dan impian kita sama... nak jadi penulis... tapi mungkin tidak ditakdirkan kot... tulis dalam blog je laa... tapi nawaitu masih ada untuk menjadi penulis novel.... huhu

    ReplyDelete
  28. Penuh penghayatan sampai nangis-nangis baca novel.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih