![]() |
Credit to Google Image |
Salam. Semoga ceria selalu pembaca blog ini.
Saya nak hasilkan novel. Serius. Idea memang memang bergunung-gunung, semangat membuak-buak bagai minyak yang sedang mendidih.
Tapi itu impian 11 tahun dahulu
Tapi bolehkah seorang yang langsung tak minat sastera menulis novel?
Pernah baca novel?
Tentulah pernah sebab saya antara yang wajib mengambil sastera ketika spm. Masa tu saja. Novel Perlumbaan Kedua dan Sofea serta sebuah novel yang berjaya menitiskan airmata saya dan member lelaki yang lain.
Nanti dulu. Teringat bab novel tu. Tapi saya langsung tak ingat tajuk novel tu. Serius. Apa yang saya ingat watak lelaki dalam novel tu sejibik (sama) nama saya. Tapi (banyak pula tapi dalam entri ini) banyak novel yang isteri saya baca watak lelaki sama dengan nama saya takpun nama samaran saya.
Itulah rasanya novel yang ada unsur cinta, sedih, kisah kehidupan dan lain-lain.
Macam mana boleh terjebak baca?.
Bermula dari member saya yang sedang bercinta. Novel ini dibaca oleh aweknya kemudian dia mula baca, sampai tak tidur malam, sampai nangis-nangis. Tak baik buat novel sampai menjatuhkan airmata lelaki. Kemudian novel ini mula berpindah ke member sebilik saya. Sampai saya rasa apa yang best sangat dengan novel ni. Jadi saya pun baca. Sanggup sampai tidur lewat semata-mata nak habiskan cepat. Serius memang sedih. Tapi kesudahan yang baik.
Tapi itu pun belum cukup untuk menjadikan saya seorang penulis. Mungkin perlu ada koleksi buku yang banyak serta bilik membaca seperti gambar di bawah.

Hakikatnya, mungkin saya tak ditakdirkan untuk menjadi seorang penulis. Yang perlu banyak membaca, mengaji lebih mendalam bab sastera, atau perlu pengalaman yang hebat seperti pengembaraan ke dunia luar dan kisah cinta yang hebat mampu membuat pengarah filem memilih untuk diadaptasi dalam drama mereka macam Bukan Keranaku Tak Cinta, Setitis Kasih Damia ataupun Suamiku Incik Sotong. Tulis entry pun memerlukan beberapa hari untuk siapkan bagaimana nak hasilkan sebuah novel yang bermutu dan berkualiti bukan?. Walaupun saya bukan ditakdirkan menjadi seorang penulis novel, saya bersyukur kerana ada sebuah blog untuk saya menulis dan berkongsi apa yang terlintas di fikiran saya. Paling penting ada pembaca dan rakan yang sentiasa menyokong saya walaupun entri tak sedap dibaca.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Selamat berhujung minggu.
Jumpa Lagi
nak buat novel kena banyak membaca ^^