![]() |
Bungkusan pertama dari Germany |
Salam. Alhamdulillah. Siapa pernah ke Paris?
Saya sendiri pun belum berpeluang untuk berpijak di bumi Paris. Cuma sempat buat lawatan tergempar menggunakan Street View. Ok, Kalau sebelum ini saya terima poskad dari Korea, kemudian Cenderahati dari Sabah, kali ini hadiah Paris Sourvenir Giveaway.
Hadiah ini saya terima disebabkan join Giveaway yang dianjurkan oleh blog http://jindrisska.blogspot.com/
Beruntung sebenarnya join giveaway dan juga segmen yang dianjurkan. Lepas ni kita ringankan tangan untuk sama-sama join dan support ok. Saya pun dah lama tak join mana-mana giveaway. Insyaallah esok nak kejar balik giveaway yang ada.
Baik berbalik kepada sampul yang saya terima. Terkejut juga bila tengok sampul bukan dari negeri dalam Malaysia. Tetapi dari luar negara.
![]() |
Setem Deutschland |
Teringat masa saya masih di bangku sekolah rajin mengutip setem buat koleksi. Tapi hobi tu dah berkubur. Kalau hobi tu masih 'hidup' lagilah excited dapat setem macam ini. Walaupun giveaway sourvenir dari paris dari ianya di pos dari germany, saya rasa la....sebab setem Deutschland dan cop Briefzentrum. Saya pun tanya kawan saya En. Google. Briefzantrum adalah sebuah syarikat pos di germany. Betul ka?
Nanti penghantarnya akan beri jawapan yang betul. Jom tengok keychain dari Eiffel Tower, Paris
![]() |
Key Chain Eiffel Tower, Paris, France |
Google Street View - Eiffel Tower |
Setakat ini saja.
Jumpa Lagi.
tahniah arz