Skip to main content

Mengapa Harus Kecewa

Mengapa Harus Kecewa : Ustaz Dusuki Abd Rani https://www.youtube.com/watch?v=4OawklpIfmk

Salam Jumaat. Dalam hidup kita tidak boleh lari dari dua perkara. Kegagalan atau kejayaan. Kemenangan atau kekalahan. Hidup atau Mati. 

Sebagai contoh tournament badminton yang sedang di lalui. Sepertimana yang kita tahu sudah adat pertandingan ada yang kalah dan menang. Minggu lepas diberi kemenangan. Alhamdulillah. Tetapi minggu ini pula di uji dengan kekalahan. Sebelum permainan bermula, saya pesan pada teman sepasukan kekalahan atau kemenangan tidak penting, yang paling penting usaha bersungguh-sungguh.

Jika diuji dengan kekalahan mengapa harus kecewa tatkala kita dah berusaha bersungguh-sungguh?
Disaat kalah dan kemudian kita bersabar. Kita akan rasa kemanisannya bila kita percaya setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah. Walaupun kita dah berusaha, berdoa siang dan malam, berlatih dan buat sehabis baik tetapi tidak berjaya juga itu tanda Allah nak tunjuk kekuasaan Allah pada setiap hambanya. Setiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Allah S.W.T

Jangan lupa menonton video diatas, jika anda sedang kecewa ia mampu mengubat kedukaan anda semua.

Mengapa Harus Kecewa.
Jumpa Lagi

Comments

  1. Perkongsian yang sungguh bermakna! Terima kasih!

    ReplyDelete
  2. Di dalam apa jua keadaan, perlu sentiasa positifkan minda, buang segala hasad dengki

    ReplyDelete
  3. tak apa kalah bermaruh ..apapun masih Allah brerkan peluang ...harap ada peluang ..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas perkongsian...

    ReplyDelete
  5. Ada masa kite semua akan rasa sangat kecewa. tapi semua tu mesti ada hikmah kan

    ReplyDelete
  6. Ye betul, Arz.
    Harap Allah kurniakan ketabahan tatkala kita menemui kegagalan, & kekecewaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup memang tak selalunya seperti yang kita impikan.
      Terpulang pada bagaimana kita melihat dunia & kehidupan.

      Delete
  7. thanks abg arz. ada hikmah di sebalik ujian :)

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan Arz..tak perlu kecewa

    ReplyDelete
  9. Betul tu, aRz. Bila kita bersedia menetima hakikat, kita akan rasa lebih baik...takdelah kecewa/frust menonggeng :)

    ReplyDelete
  10. kalah bukan bermakna kita lemah. pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku :)

    ReplyDelete
  11. saya teringat movie Happy New Year. dia pun cakap benda yang sama..

    ReplyDelete
  12. kadang2 kekalahan itu akan beri semangat kpd kita

    ReplyDelete
  13. thnkas for sharing aRz..sbg panduan buat semua

    ReplyDelete
  14. dh nama adat permainan harus la ada kalah dan menang

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...