update : tonton sini https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=MwpJGwJihpI
Salam. Wahai yang bergelar anak. Semoga sihat senantiasa.
Perkongsian kali ini adalah mengenai pengorbanan seorang Ibu. Ibu adalah insan yang paling gembira saat kelahiran anaknya. Walaupun terpaksa bertarung nyawa. Kesakitan seakan hilang tatkala melihat wajah anaknya setelah mengandungkan 9 bulan 10 hari. Adakalanya ada kes kes tertentu ibu yang melahirkan anak masih merasa sakit selepas kelahiran.
Dari pengalaman saya yang lepas, isteri saya ditahan selama dua bulan lebih di wad sebelum 'due date' kerana Placenta Previa stage 4. Saya berpeluang mengetahui ada kes kes seperti uri masih tertinggal didalam rahim sehingga menyebabkan kesakitan. Meraung seorang ibu kerana teramat perit. Sejauh mana kes ini berlaku itu saya tidak pasti. Begitu juga selama hampir dua bulan setengah bermacam-macam cerita boleh didengari. Ada ibu tersangat risau apabila selepas kelahiran susu tidak keluar hanya untuk menyusukan anaknya. Ibu mana yang tidak sayang anaknya?
Dari pengalaman saya yang lepas, isteri saya ditahan selama dua bulan lebih di wad sebelum 'due date' kerana Placenta Previa stage 4. Saya berpeluang mengetahui ada kes kes seperti uri masih tertinggal didalam rahim sehingga menyebabkan kesakitan. Meraung seorang ibu kerana teramat perit. Sejauh mana kes ini berlaku itu saya tidak pasti. Begitu juga selama hampir dua bulan setengah bermacam-macam cerita boleh didengari. Ada ibu tersangat risau apabila selepas kelahiran susu tidak keluar hanya untuk menyusukan anaknya. Ibu mana yang tidak sayang anaknya?
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Nur Almira Faqihah |
Sesudah cerita kelahiran, mulalah tugas yang sangat sibuk buat ibunya membesarkan anak. Mungkin dalam proses ini, ada anak yang kena jaundice. Berulanglah ke klinik, sedangkan diri belum cukup sihat. Kemudian setelah selesai perkara ini sibuk pula dengan urusan harian memandikan anak, membasuh kencing dan berak, menyusu dan seterusnya memberi makan dari makanan yang terbaik sehingalah ke peringkat persekolahan.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Cik Puteri hari ke 3 |
3 x 365 hari x 4 tahun = 4380 kali ibu memandikan dan membersihkan kita
(inilah adalah pengiraan minima tidak termasuk membuang najis ditengah malam dan sebagainya)
jika ada 3 orang anak bermaksud ibu membersihkan anaknya sebanyak 13140 kali.
Berjasanya tangan ibu. Sekiranya ibu ada 5, 8 , 11 orang anak berapa kali memandikan anak-anaknya?
Tangan manakah yang menyuapkan makan sebelum seorang anak mampu untuk makan sendiri?
Kata orang tua, Ibu mampu menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.
Tergamakkah kita wahai anak, ibu yang meminjamkan dan mengorbankan rahim serta kecantikan badannya diabaikan dan dilupakan saat mereka sudah semakin berumur?
Tergamakkah kita, tangan ibu yang sangat berjasa membesarkanmu, membasuh berak dan kencingmu, menyuapkan makan supaya kamu membesar dilupakan saat dirimu sudah berjaya?
Saat namamu wahai anak semakin mahsyur, saat pangkatmu semakin tinggi, saat kekayaanmu semakin berlonggok longgok?
Tergamakkah kita berkira-kira menjaga nya saat kesihatannya semakin uzur?
Sedangkan kita tahu, ibu sanggup tidak tidur malam ketika kita demam. Kerisauannya sehingga tidak tidur, sedangkan esoknya banyak lagi kerja lain hendak diuruskan. Ada ibu sampai makan pun tidak ada selera kerana memikirkan anaknya.
Tergamakkah kita, meninggikan suara pada seorang ibu yang mana saat kita kecil tidak bermaya ibu menjaga bagai menatang minyak yang penuh.
Tergamakkah kita hendak pulang ke kampung pun berkira-kira tentang wang, sedang ibumu membekanjakan seluruh wang nya untuk anak-anaknya. Adakala dirinya pun tidak terurus hanya keranumu anak.
Wahai anak yang masih mempunyai ibu dan bapa. Apa jua jawatanmu sekarang, apa jua status kekayaanmu sekarang, setinggi mana status kemahsyuran namamu, sehebat mana dirimu sekarang jangan lupa disebalik kejayaanmu hari ini adalah kerana seorang insan bergelar ibu. Semasa dirimu sakit, tangan ibumu mengurut perutmu, semasa kamu lapar ibumu menyuapkanmu, semasa kamu belum berjaya berjalan ibumu berada disisimu menyokongmu. Apabila kamu jatuh tatkala sedang belajar berjalan ibu berbisik "cuba lagi cuba lagi, anak ibu kuat".
"tangan ibumu yang pertama sekali menyuapkan makanan"
Pejamkan mata dan bayang wajah ibu kita. Tanya diri kita apakah ibumu mahu menumpang hartamu, jawatanmu atau kemahsyuran namamu?
Tidak ibumu hanya perlukan kasih sayang seorang anak. Tertunggu-tunggu seorang ibu bila agaknya anak akan telefon bertanyakan khabar. Walaupun dah besar panjang ibu tetap risau makan atau tidak anaknya. Cukup sayang seorang ibu pada anaknya.
Luangkanlah sedikit masa untuk ibu dan bapa jika masih ada. Apa guna nama, jawatan, kekayaan tanpa redha seorang ibu. Bahagiakanlah hari-harinya yang masih berbaki. Kita tidak tahu lama mana dipinjamkan seorang ibu (bapa). Jangan sampai saat nyawanya sudah terpisah dari badan baru kita nak nangis, masa itu, menangis air mata darah sekalipun waktu tidak akan berputar lagi.
"jika kita abaikan ibu kita dihari tuanya,
tidak mustahil anak kita juga akan abaikan kita disaat kita tua"
Hargai nikmat seorang Ibu ( Bapa) Jangan menyesal setelah ia tiada lagi.
Hargai ibumu. Hargai ibumu. Hargai ibumu.
Saya memohon maaf seandainya ada kesilapan dalam kata-kata didalam entri ini. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Tetapi hanya sekadar ingat mengingati. Semoga entri ini mampu mampu menyedarkan anak akan jasa dan pengorbanan seorang ibu. Hanya Allah mampu membalas jasa seorang ibu. Buat yang telah tiada seorang ibu perbanyakkan berdoa untuk insan yang paling berjasa dalam hidup kita.
Tahniah...anaj keberapa dah nie..comel