Banjir Di Pantai Timur

muslim care, bantuan banjir, pantai timur, gelombang pantai timur

Salam. Bersabarlah. Ujian dan dugaan.
Bersabarlah wahai saudaraku di Pantai Timur. Ini ada ujian buatmu. Allah lebih mengetahui siapa yang mampu mengharungi dugaan dan ujian ini. Mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya. Pantai Timur sedang dilanda musibah banjir.

"Disebalik kesulitan pasti ada kemudahan"

Tergamam saya melihat segala 'update' dari rakan dan juga keluarga mertua yang berada di pantai timur. Tiada kata-kata yang mampu saya ungkapkan, melainkan berdoa pada pemilik langit dan bumi, Allah SWT. Ada juga rakan yang terperangkap di dalam banjir menunggu bantuan. Semoga bantuan cepat sampai dan dipermudahkan segala urusan.

Buat kita, kawasan yang tidak dilanda musibah, marilah sama-sama melakukan apa yang kita mampu, samada melakukan solat hajat, berdoa, menyumbang brang keperluan atau pun menyumbangkan wang. Bantulah semampu yang kita mampu. Hari ini kita permudahkan urusan orang lain, hari esok orang permudahkan urusan kita. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.

Marilah sama-sama membantu. 

Jumpa Lagi

#pray4pantaitimur

{ 21 comments.. read them below or add one }

SalbiahM SalbiahM 26 Dec 2014, 12:21:00
ujian buat mereka di pantai timur dan rakyat Malaysia..
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 26 Dec 2014, 12:24:00
Marilah kita bersama-sama terus memanjatkan doa ke hadrat Illahi... Pray for Pantai Timur...
zarulfarhana zarulfarhana 26 Dec 2014, 15:56:00
ya allah..kita yang tengok nie pon terasa... apatah lagi org yg mengalaminya...

kawan saya di sna pon ramai yang mnjdi mangsa
Cik Zaza Cik Zaza 26 Dec 2014, 16:29:00
doakan semoga semuanya diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian dari Allah swt.. setiap ujian itu pasti ada hikmahNya..
Etuza Etuza Etuza Etuza 26 Dec 2014, 16:52:00
InshaAllah..betul tu Blog Etuza juga ada memuatkan Entry bah ni..marilah berdoa dan berdoa agar cepat surut...banyak rumah dah tenggelam..sangat simpati..
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 26 Dec 2014, 17:04:00
Kesian mangsa-mangsa banjir ni kan. Mari kita bersama menghulurkan bantuan sekadar yang termampu..
Khir Khalid Khir Khalid 26 Dec 2014, 23:56:00
Bersamalah kita terus mendoakan agar sentiasa dikurniakan ketabahan serta perlindungan sebaiknya buat semua mangsa banjir... mudah2an segalanya dpt segera kembali pulih spt sediakala... aamiin...
Amy J Amy J 27 Dec 2014, 01:30:00
kawasan rumah saudara mara saya pun dah kena dah. hmm.. semoga mereka sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 27 Dec 2014, 16:38:00
Ujian yang amat besar buat penduduk Pantai Timur. Kami kat tempat lain ni pun rasa takut dengan keadaan bencana ni. Harap Allah beri kekuatan kepada mangsa2 banjir.
Marilah kita penduduk Malaysia sama2 berdoa moga Allah surutkan banjir ni.
Farrah MF Farrah MF 28 Dec 2014, 09:54:00
Sama-samalah kita titip doa utk mereka. Moga mereka sabar, tabah & dapat bertahan hingga keadaan pulih seperti sedia kala.
Farrah MF Farrah MF 28 Dec 2014, 09:57:00
Kampung Zarul pun banjir juga kan? Sebab lepas air empangan...harap keluarga Zarul dalam keadaan baik-baik je.
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 28 Dec 2014, 14:40:00
InsyaAllah..
sama2 kita doakan ya bro arz...
moga mereka tabah mengharungi dugaan maha hebat ni...
Cik Pinz Cik Pinz 30 Dec 2014, 13:29:00
Kalau tak mampu bantuan kewangan kita boleh menyumbangkan doa supaya diringankan segala beban
zarulfarhana zarulfarhana 30 Dec 2014, 17:44:00
keluarga saya alhamdulillah ok. nasib rumah tinggi ckit... kawasan rumah tepi sungai ja semua di naiki air... tapi sekarang dh kembali pulih la.. ramai gak mmbantu...
zarulfarhana zarulfarhana 30 Dec 2014, 17:46:00
terasa nak ja exam ni habis cepat... nak ja pegi bantu kawan2 sana kat sana...
Jari Manis Jari Manis 1 Jan 2015, 16:16:00
sangat sedih dan simpati dengan nasib yg menimpa mereka
Anizz Annisa Anizz Annisa 2 Jan 2015, 15:55:00
sedih tengok keadaan sane.. :(
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 7 Jan 2015, 17:01:00
Semoga semua mangsa yang terlibat sentiasa tabah dan redha dengan musibah ini ..Ujian Allah buat mereka..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih