Asam Pedas Salmon Pendekar Mustar

Asam Pedas Salmon Pendekar Mustar Menu Menarik Yang Patut Cuba Di Penang

Asam Pedas Salmon Pendekar Mustar Menu Menarik Yang Patut Di Cuba Di Penang | Bila sebut asam pedas sudah tentu difikiran kita masakan yang berasal dari negeri Melaka dan Johor. Walaubagaimanapun masakan ini sudah dibawa keluar dari negerinya dan mudah didapati di negeri lain. Seperti mana Asam Pedas Salmon Pendekar Mustar yang diperkenalkan oleh pemilik warung Nai Lemak Kukus Pendekar Mustar terletak di Sungai Ara Pulau Pinang.

asam pedas salmon pendekar mustar sungai ara penang, nasi lemak pendekar mustar dengan ikan salmon, makan nest di penang, tempat makan menarik di penang, menu menarik di penang, jalan-jalan cari makan penang,
Hidangan Asam Pedas Salmon Pendekar Mustar

Nasi Lemak Kukus Asam Pedas Salmon

Sudah menjadi kebiasaan, makan nasi lemak ditemani kuah sambal, telur, ikan bilis dan kacang serta timun. Tetapi kalai ini aRz dapat mencuba Nasi lemak bersama Asam Pedas Salmon. Ada beberapa kelainan yang cuba pemilik warung ini cuba ketengahkan. 

Pertama, Bahan atau lauk di dalam asam pedas yang paling famous ikan pari, ikan parang, ikan merah ikan terubuk dan juga ikan tenggiri. Tetapi di warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar pemiliknya memberikan kelainan dengan menggunakan ikan salmon.

Bila tanya kenapa guna ikan salmon. Katanya Ikan Salmon memang banyak kebaikan. Antara yang utama Antioksidan. Kebaikan ikan Salmon antaranya dapat mencegah penyakit jantung, baik untuk kesihatan mata dan otak dan macam-macam lagi. Lagipun bukan senang nak jumpa ikan salmon dalam menu di kedai-kedai biasa. Mahal tak? teruskan membaca.

Kedua, kuahnya. Asam pedas di Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar ini ada kelainan sikit berbanding asam pedas yang biasa aRz pernah rasa sebelum ini. Kuahnya dipekatkan supaya sesuai dimakan dengan nasi lemak. Betul mana ada orang makan nasi lemak kuah cair kan? Walaupun hakikatnya kuah asam pedas melaka dan johor ada perbezaan dimana asam pedas melaka kuah lebih cair dan asam pedas johor lebih pekat. 

Jadinya kalau kuah dipekatkan tiada masalah. Tetap sedap...Makan rasa nak lagi dan lagi. Sedap dengan isi ikan salmon yang lembut ditambah aroma asam pedas. Rugi kalau tak mencuba.

Kalau anda bercuti ke Pulau Pinang jangan lupa jadikan salah satu tempat yang mesti disinggah bagi merasa menu terbaik ini.

nasi lemak sedap penang, warung pendekar mustar sungai ara, asam pedas ikan salmon, menu menarik di penang, makan best dan sedap di penang, arzmoha blogger utara,
sedang mencuba asam pedas salmon | warung pendekar mustar

Harga Set Asam Pedas Salmon Warung Pendekar Mustar Sungai Ara Penang

Bila dengar ikan salmon memang jarang-jarang dengar ada makan setiap hari. Kalau tengok di media sosial pun jarang nampak ikan salmon. Sebab harganya agak mahal sikit. Jadi pemilik warung ini sediakan.

Set Asam Pedas Salmon (RM8)

-Naasi Lemak Kukus
-1 pc Ikan Salmon
-Air Oren Sunquick

Ala carte 1 pc Asam Pedas Salmon RM 7

Bagi aRz harga set nasi lemak kukus dan asam pedas ikan salmon beserta air sangat berbaloi. Mahal ka kalau beli nasi lemak dan ayam goreng berempah pun dah berapa belum termasuk air lagi. Seketul ikan salmon cukup untuk mengenyangkan. 

Puan Isteri yang mencuba menu terbaru dan menarik yang diberi nama Asam Pedas Salmon rasa susah nak habiskan. Memang berbaloi. Bagi yang jarang mearasa Ikan Salmon boleh cuba sendiri.

asam pedas ikan salmon, warung pendekar mustar, nasi lemak sedap di penang, makan menarik di penang, jalan-jalan cari makan,
Asam Pedas Salmon

Sampai di warung ini hampir jam 5.30 petang waktu ini dah ramai yang beratur untuk makan dan juga bungkus untuk makan di rumah. Kalau pernah baca entri aRz sebelum ini boleh baca DISINI kepelbagaian menu membuatkan ramai pelanggan sentiasa berkunjung ke warung ini.

warung pendekar mustar di penang, menu menarik di penang, makan best di penang, asam pedas terbaik penang, asam pedas ikan salmon, food blogger, makan menarik di penang, tempat makan menarik mesti cuba,
Pelanggan Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar

Lokasi Asam Pedas Salmon Pendekar Mustar

Lokasi Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar yang menyediakan menu Asam Pedas Salmon walaupun pernah kongsi pada entri sebelum ini, aRz kongsikan sekali lagi bagi memudahkan anda semua pembaca yang dihargai

Waktu Operasi

4 pm - 12 pm

Hari Ahad - Khamis
Cuti pada Hari Sabtu 



Hubungi/ No telefon Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar

Sekiranya anda ingin menghubungi mungkin untuk sebarang tempahan pertanyaan boleh hubungi pemilik warung ini seperti tertera di bawah

016-4711227 ( ITO)



Semoga perkongsian ini membantu anda mencari kedai makan menarik sekitar pulau pinang dan menghilangkan kebuntuan mencari menu baru untuk hidangan seisi keluarga. Terima kasih sudi membaca Asam Pedas Salmon Pendekar Mustar

info dan rujukan mengenai ikan salmon dan asam pedas

saji.my/beza-asam-pedas-melaka-dan-johor/
ms.wikipedia.org/wiki/Asam_pedas
www.seputarikan.com/2015/06/1000-manfaat-yang-terkandung-dala.html

Comments

  1. Nama menu bkn main .. pendekar mustar. Nasib baik hg dia masih mampu byr wlupun hg ikan salmon sebenarnya mahal.

    ReplyDelete
  2. Tengah lapar ni, bila tengok entri ni bergetar jiwa. Saya memang suka dengan ikan salmon. Satu keunikan makan asam pedas dengan nasi lemak :)

    ReplyDelete
  3. Wah, makan sorang yer aRz ^-^

    ReplyDelete
  4. jauhnya, kalau kat kl dah pi try ni

    ReplyDelete
  5. Mcm sedap je arz...boleh la nt akak ke penang try ni :)

    ReplyDelete
  6. sg Ara ni kat belah pulau sana ye?hahah..akak ni nama je dok pulau pinang tapi bukan tau tempat2 ni kat mana..haha..

    ReplyDelete
  7. lain dari yg lain ni.. Mummy memang hantu salmon tapi tak pernah pulak masak/makan ngan asam pedas.. menarik!

    ReplyDelete
  8. nama warong tu style la.. Pendekat Mustar.. cayalah!

    ReplyDelete
  9. ramai org beratur beli . maknanya sedap ...

    ReplyDelete
  10. Pehh.. best tenkok.. terbuka selera pendekar ptg2 ni... :)

    ReplyDelete
  11. asam pedas feveret kak ana sangat :)

    ReplyDelete
  12. menarik..tak prnah seumur hidup makan asam pedas ngan nasi lemak

    ReplyDelete
  13. ni kali pertama dengar ada asam pedas salmon hii.. berbaloi plak tengok harga ..

    ReplyDelete
  14. pendekar Mustar Kilauan Emas tu ke

    ReplyDelete
  15. kuah asam pedas tu kurang merah..pedas ke tak

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih