Taman Tasik (Lake Valley) Bandar Tun Hussein Onn Cheras Tempat Menarik Untuk Beriadah
Taman Tasik Bandar Tun Hussein Onn (Taman tasik BTHO) atau dikenali juga Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn (Lake Vally BTHO) yang terletak di Cheras antara tempat persinggahan aRz ketika berada di kajang, dimana merupakan destinasi seterusnya selepas Family day tempohari. Apa yang menarik di Taman Tasik BTHO ini? Ianya seperti taman tasik biasa yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah di pagi dan petang hari. Dah pernah sampai tak?
![]() |
Taman tasik ( lake valley) BTHO |
Ada Apa Di Taman Tasik Bandar Tun Hussein Onn Cheras
Bila cerita tentang menarik mesti ada yang tanya apa yang menarik. Baik kebetulan ketika di kajang tak ada aktiviti nak buat. Memandangkan menziarahi adik ipar yang baru melahirkan anak kedua dan masih dalam tempoh berpantang jadi aRz dan juga biras bawa anak-anak ke BTHO. Tak jauh dari kajang lebih kurang 5 minit.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dibuat di taman tasik ni. Semua aktiviti ini adalah aktiviti yang sihat untuk tubuh badan kita. Harap tak adalah yang merosakkan dengan melakukan perkara yang menyakitkan mata dan tidak senonoh.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan dan mungkin anda juga tahu semua aktiviti ini.
Jogging
Antara aktiviti utama yang boleh dibuat adalah berjogging. Tapi masa aRz singgah ke sini tak ramai sangat yang jogging. Jogging adalah aktiviti yang bagus untuk mereka yang inginkan badan yang cantik dan sihat. Tapi tak ramai yang akan lakukan. Sanggup lagi makan ubat tu ubat ni... hehe melalut dah ni...
Feed Fish atau Beri Ikan Makan
Aktiviti yang agak menarik dan antara tujuan kami ke sini. Kalau nak berjongging macam agak tak sesuai dengan anak kecil tanpa ada pemantauan dari orang lain. Feed Fish atau beri ikan makan ni pun satu aktiviti yang baik. Asalkan kita beri makanan yang baik dan bersih. Di dalam kolam ini pula terdapat banyak ikan. Yang paling ketara adalah ikan keli dan ikan koi.
Rasa macam tak ada larangan untuk memberi makan. Cuma pastikan bawa makanan yang selamat untuk ikan. Samada makanan ikan atau roti yang dipotong kecil. Boleh tengok nanti video dibawah macam mana ikan-ikan ni makan. Anak-anak pun seronok secara tak sedar kita dah didik anak untuk sayangi hidupan lain. Ye tak?
Cik Puteri pun seronok sambil berlawan dengan Adam (sepupu) beri makan ikan. Bawa dua bantal roti gardenia pun tak cukup. Leka kedua-dua tengok ikan yang berebut mendapatkan makanan.
![]() |
Roti Gardenia untuk Feed Fish |
![]() |
Ikan Keli |
![]() |
Burung Merpati di Taman Tasik BTHO |
Antara satu pesanan jika bawa anak-anak kecil tolong kawal dan perhatikan sebaiknya kerana kawasan kolam ini tidak terdapat railing atau penghadang yang mungkin menyebabkan anak-anak anda terjatuh. aRz sendiri pun tak pasti dalam atau tidak. Tetapi kalau jatuh dikawasan banyak ikan mungkin mendatangkan kecederaan. Hati-hati ya...
Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Tasik BTHO
Antara aktiviti lain adalah bawa anak-anak main di kawasan permainan ini. Kawasan ini membuatkan anak-anak tak mahu balik. Seronok Cik Puteri dan Adam bermain disini. Memang anak-anak perlukan waktu untuk ke taman permainan ia dapat membantu untuk mereka mempunyai keyakinan diri dan sihat.
![]() |
Taman Permainan Kanak-kanak |
![]() |
Taman Permainan Kanak-kanak Taman Tasik BTHO |
Lokasi Lake Valley (Taman Tasik) Bandar Tun Hussein Onn
aRz kongsikan peta bagi memudahkan sekiranya anda ingin ke taman tasik BTHO ini. Lokasi yang agak mudah dijumpai. Mempunyai tempat letak kereta dan mempunyai pengawal.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan keluarga.