Pengalaman Kucing Beranak Selepas 25 Tahun
Pengalaman berhadapan karenah kucing sebelum dan selepas beranak. Kali terakhir 25 tahun yang lalu. Masa tu masih dibangku Tadika. Kucing ni bukan kucing yang dibela. Sebelum ini aRz ada kongsikan kisah aRz dan Cik Puteri isi waktu petang kami dengan beri makan kucing boleh baca disini Didik Anak Sayang Haiwan. Tapi entah macam mana ada hari yang aRz malas nak keluar hanya tinggalkan sedikit makanan depan pintu rumah. Akhirnya datang dua ekor kucing yang masih sedang membesar.
![]() |
Tanpa Nama | arzmoha.com |
Kucing Tanpa Nama Lahirkan Anak
Kucing inilah yang sentiasa berada di depan pintu rumah pagi tengahari dan petang. Seekor jantan dan seekor betina. Tak lama yang betina mula bunting. Dari awal sampai sekrang tak ada nama. Sebab niat bukan nak bela...Bila semakin hari semakin membesar perut...Celahan pintu pagar pun tak muat untuk menyelit.
Dua minggu lepas, kerap masuk ke dalam rumah bila pintu dibuka. Mungkin sedang mencari tempat yang sesuai untuk beranak.
Sampailah beberapa hari lepas...dia masuk lagi...kali ini macam tak berapa larat sangat. Masukkan dia dalam kotak yang berisi kain dan tutup lampu. Tengok diam ja dalam tu...
Sampai tengah malam angkat kotak letak luar rumah. Takut dia bergerak ke atas katil atau dalam almari. Nanti lagi susah nak cuci. Esok paginya tak perasan samada dah beranak atau belum. Nampak diam ja dalam kotak. Tengahari balik dari kerja. Ada bau sesuatu. Bila tengok dalam kotak rupanya dah beranak.
![]() |
Kucing Tanpa Nama Keletihan | arzmoha.com |
Disebelah petang nampak dia masih letih....ditemani 3 ekor anak. Keletihan agaknya. Sebelah malam baru dia keluar dari kotak dan mula mencari makanan. Lega dia dah kuat. Dua jenis makanan sediakan untuknya makanan kering dan basah. Masa dia kuar makan baru boleh tukar kotak baru. Sebab kotak lama ada sisa uri dan bau busuk.
![]() |
Semakin kuat | arzmoha.com |
Inilah 3 ekor anaknya...maaflah gambar agak tak berapa ok. Tak mahu ganggu sangat, takut dibawa anaknya lari ke tempat lain. Lega sikit bila dah pindahkan ke kotak baru. Kalau tidak bau yang agak busuk sangat. Mula-mula agak cemas juga dibuatnya tengok kucing agak keletihan. Lalu bertanya pendapat pada rakan Blogger Utara ramai yang ada pengalaman antaranya Cik En, Yui, Kak Azi. Dah lama sangat tak bela kucing.
![]() |
anak kucing |
Lepas dah besar nanti pergilah kemana nak pergi. Tak mahu bela. Takut tak terjaga. Lagipun lepas dari kucing aRz mati akibat pertempuran dahsyat dengan kucing jantan lain memang dah tak mahu bela. Sekadar beri makan saja. Inilah sikit pengalaman yang ada.
Moga perkongsian yang berguna.