5D Interactive World Penang | Galeri Seni dan Tempat Menarik Di Pulau Pinang
5D Interactive World Penang merupakan galeri seni yang mana diantara salah satu tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi di Pulau Pinang. Galeri Seni 5D ini juga merupakan destinasi kami sebahagian Blogger Utara yang dapat hadir bersama pada 31 Ogos lepas. Tapi apa yang dimaksudkan dengan 5D? Baca seterusnya
NOTE : MAAF 5D INTERACTIVE WORLD TIDAK LAGI BEROPERASI
Artikel ini dikekalkan dan anda boleh lihat gambar-gambar yang ada. Terima kasih kerana sudi membaca.
5D Interactive World merupakan galeri seni yang mana ingin memberikan pengalaman baru kepada pengunjung yang mengagumkan berbanding lukisan mural. Tahukah Pulau Pinang antara negeri yang terbanyak lukisan mural akhir-akhir ini. 5D pula membawa maksud 5D Methodology iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug), dan menyampai (deliver).
![]() |
Pintu Hadapan 5D Interactive World |
5D Interactive World antara tempat menarik yang dikunjungi kerana terbahagi kepada 5 Bahagian iaitu Zon Alam Sekitar, Zon Animasi, Zon Magik, Zon Arca dan Zon Tanah Liat. Galeri ini juga ini anda merasakan menikmati kesenian dan persembahan kreatif yang dipersembahkan serta mendapat kesedaran melalui mesej pendidikan. Sehingga akhir entri ini anda akan faham apa itu 5D Interactive World.
Zon Alam Sekitar di 5D Interactive World
Zon alam sekitar ini adalah untuk memberi dan meningkatkan kesedaran kita terutama rakyat Malaysia dan pengunjung dari luar negara mengenai pentingnya menjaga alam sekitar yang semakin hari semakin berkurangan kualitinya. Betul...kalau bukan kita yang menjaganya siapa lagi? Sekiranya semua nikmat ini ditarik balik yang rugi adalah kita juga.
![]() |
Cik Puteri | hargai alam sekitar dan haiwan yang hampir pupus |
![]() |
Endangered Animal |
![]() |
Kerosakan alam sekitar menyebabkan kepupusan haiwan |
Di zon alam sekitar seperti gambar-gambar di atas yang mana memberikan kita kesedaran bahawa pentingnya menjaga alam sekitar supaya kebersihan udara dan juga supaya dapat mengelakkan kepupusan haiwan yang terancam.
Zon Animasi
Zon Animasi biasanya lebih menarik sebab ianya mengaitkan dengan cerita-cerita animasi dahulu. Walaupun animasi tetapi ada juga yang memberikan kesedaran kepada pengunjung. Zon ini sebaiknya dapatkan nasihat dari tour guide yang ada supaya gambar anda kelihatan lebih menarik dan boleh juga mendapatkan bantuan mereka untuk mengambil gambar anda. Sekiranya anda hanya datang berdua...
![]() |
Ninja Turtle |
![]() |
Incredible Hulk??? |
Gambar diatas ini juga memberikan sedikit kesedaran khasnya untuk mereka yang inginkan badan yang sado, muka yang cantik, kulit yang gebu dengan jalan yang pantas sehingga sanggup mengambil ubat-ubatan atau produk yang bagaikan "cendawan tumbuh selepas hujan" mungkin memberikan kesan buruk pada diri sendiri. Hati-hati ketika mengambil ubat atau sesuatu produk.
![]() |
Cik Puteri bantu abahnya dari diculik |
![]() |
Super Saiya |
Zon Magik
Di zon magik lebih menampilkan kepada ahli-ahli magik yang terhandal di dunia. Zon magik sekiranya anda datang secara berkumpulan 3 -5 orang akan lebih menarik. Disini anda boleh pose ala-ala ahli sihir terhandal.
Tengok gambar di bawah.
![]() |
Mahaguru Indera Kayangan |
![]() |
Dunia Zumal Bersama Mahagurunya |
![]() |
Peace... |
Kalau anda nak tahu macam mana aRz dan juga rakan blogger lain boleh mempunyai kuasa magik mengapungkan diri. Jangan lupa datang sendiri ke sini dan mencuba. Ada tips dan tricknya hehe
Zon Arca
Zon arca pula dimana merupakan karya seni wayar 3D yang mana membolehkan anda mencetakkan struktur muka, postur badan dan bentuk tangan. Tetapi untuk muka kena hati-hati sebab pedih juga bila muka, maklumlah kulit muka agak lembut.
![]() |
Give me Five |
![]() |
Pha Is Hikayat Budak Pening dan bentuk badannya |
![]() |
Sama tak? |
![]() |
Muka Zumal.... |
Zon Tanah Liat
Di zon terakhir ini merupakan zon yang mengembalikan kita kepada alam semula jadi dimana tanah liat merupakan antra mainan dan jug abahan untuk membuat sesuatu produk. Tanah liat jug amerupakan bahan yang digunakan ketika zaman Firaun dahulu dimana mereka sangat mahir dalam teknologi ini sehingga mampu membina Piramid. Betul atau tidak?
![]() |
Family Blogger Utara |
![]() |
Blogger Utara yang hadir |
![]() |
Free Style |
Harga Tiket 5D Interactive World
Harga tiket ke galeri 5D Interactive World Penang ini adalah seperti di bawah
Standard (without mykad)
Adult RM 30
Child RM20
With MyKad
Adult RM 18
Child RM 13
Senior Citizen RM13 ( 60 and above)
![]() |
Harga Tiket 5D Interactive World |
Lokasi 5D Interactive World
Lokasi adalah seperti di dalam maps di bawah.
Alamat
F29, Jalan Dato Keramat,
10150 Georgetown
Penang.
Sebarang pertanyaan
Facebook :www.facebook.com/Ace5D
Email : info@ace5d.my
Contact No. : +604-218 9676, +6010-8181 089
Jangan lupa baca mengenai Teddyville Museum Perkampungan Teddy Bear terbesar di Pulau Pinang dan Malaysia. <<< Klik disiniSemoga perkongsian ini memberikan seribu makna buat anda semua ketika bercuti di Pulau Pinang yang terkenal dengan muzium dan galeri seni serta lukisan mural. Jumpa lagi.