TeddyVille Museum Penang | Museum Teddy Bear Pertama Di Malaysia Menarik Dengan Koleksi Terbanyak Yang Wajib Dilawati
Tahukah anda TeddyVille Museum merupakan Museum Teddy Bear Pertama di Malaysia dan merupakan koleksi terbanyak dari pelbagai negara dan era seawal 1900. Dengan keluasan 9000 kaki persegi bakal menjadi tempat yang wajib dilawati di Penang dan menambah tempat menarik di Penang yang wajib anda lawati. Apa yang menarik di museum ini? Teruskan membaca Banyak yang aRz akan kongsikan termasuk harga tiket ke Teddyville Museum, lokasi dan apa yang terdapat di Museum ini.
![]() |
Cik Puteri di TeddyVille Museum Penang |
Mengapa TeddyVille Museum Menarik dan Wajib Dilawati Di Penang?
Sebelum aRz kongsikan apa yang menarik di TeddyVille Museum ini, nak cerita sikit berbalik kepada entri sebelum ini. Inilah antara 3 destinasi yang sebahagian dari Blogger Utara sempat lawati. Kebetulan juga museum ini walaupun dipenuhi dengan hampir ratusan teddy bear ada berkait dengan kemerdekaan. Percaya atau tidak? Baca sampai habis.....
![]() |
Sebahagian dari Blogger Utara yang mengabil bahagian |
Antara perkara menarik yang terdapat di TeddyVille Museum yang pertama sekali selepas membeli tiket anda perlu memakai pelekat khas yang disediakan. Comel pelekat ini. Selepas habis nanti buka dan simpan elok-elok buat kenangan anda pernah kesini. Tapi belum cukup menarik.
![]() |
Pelekat khas buat pengunjung TeddyVille Museum |
Di awal kunjungan anda ke TeddyVille Museum anda akan diberikan sedikit penjelasan asal usul panggilan Teddy Bear dan mengapa kalau perhatikan sekarang ini teddy bear memakai hampir kesemuanya terdapat 'reben tie'. Kenapa erk? Jawapannya ada di museum ini...
Disini kami dijelaskan ianya bermula dari minat Presiden United States yang ke 26 Theodore Roosevelt yang suka memburu beruang. Sehingga dari kejadian itulah maka tercipta 'teddy bear' yang mana anda perlu dengar lebih lanjut di TeddyVille Museum.
Perkongian ini membuatkan anda lebih faham asal usul dan mengapa teddy bear zaman dahulu kelihatan agak bengis dan menakutkan berbanding sekarang yang comel. :) Jangan risau anda akan ditemani 'Tour Guide' yang akan membantu menerangkan dan menjadikan lawatan anda sangat menarik malah akan membantu mengambil gambar disini.
![]() |
Mr Yeap General Manager Teddy Ville Museum memberikan penerangan |
Di bahagian pertama anda akan dipertontonkan dengan bermacam koleksi teddy bear dari tahun 1900
yang mempunyai sejarah dan kisah tersendiri serta mempunyai nilai yang sangat mahal. Koleksi ini dibeli khas dari pemiliknya dari negara lain. Oleh kerana sejarah dan kisah tersendiri yang menarik membuatlan pihak TeddyVille Museum menjadikan sebahagian dari tontonan anda disini walaupun harganya agak mahal.
![]() |
Teddy Bear paling kecil sekitar 1.5cm | TeddyVille Museum |
![]() |
Koleksi termahal yang dimiliki dari pemilik asal hampir RM 20 ribu, tahun 1925 |
![]() |
1980, Anak Patung pertama di dunia mengeluarkan bunyi |
3 Gambar di atas merupakan diantara koleksi Teddy Bear yang mempunyai sejarah tersendiri. Anda boleh melihat bagaimana 'teddy bear' di zaman dahulu. Cik Puteri sendiri pun rasa sangat teruja bila sampai di TeddyVille Museum yang dipenuhi teddy bear. Bagaimana pula jika anak anda yang ke sini? Rancang percutian anda ke sini pada musim cuti sekolah akan datang.
![]() |
Bergambar dengan antara puluhan koleksi Teddy Bear bertahun lamanya |
Di bahagian berikutnya pula yang menjadikan TeddyVille Museum ini semakin menarik dan bermakna ketika kami lawati di Hari Kebangsaan tempohari adalah sedikit sebanyak mengenai Sejarah Pulau Pinang, budaya, kehidupan serta penghargaan buat mereka anak Pulau Pinang yang berjaya sehingga ke luar negara.
![]() |
Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota Lama |
![]() |
Teddy Bear Kapten Francis Light |
Sejarah Pulau Pinang yang mana suatu masa dahulu pernah di jadikan penempatan Kapten Francis Light yang juga merupakan pengasas Pulau Pinang suatu ketika dahulu dan memberi nama Bandar George Town melalui perjanjian dari Sultan Kedah untuk mengelakkan Kedah dari serangan Siam dan Burma.
![]() |
Tan Sri P. Ramlee Seniman Lagenda | Teddy Ville Museum |
TeddyVille Museum juga memberikan penghargaan khas buat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana bakat dan kemahirannya yang suatu masa dahulu sehingga kini diingatidan disanjungi. Seniman Lagenda kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai bakat yang tiada pengganti sehingga kini. Pemuzik, Penulis Lagu dan lirik, Penyanyi, Pelakon dan Pengarah. Alfatihah.
![]() |
Datuk Jimmy Choo | TeddyVille Museum Penang |
Datuk Jimmy Choo merupakan antara anak kelahiran Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan atas kejayaan pereka fesyen dan kini terkenal juga sebagai pereka kasut wanita di arena luar negara.
![]() |
Weld Quay |
![]() |
BabaNyonya |
Weld Quay atau pelabuhan Quay yang suatu ketika dahulu merupakan pelabuhan yang sangat penting di Pulau Pinang. Selain melihat koleksi teddy bear, anak kelahiran Pulau Pinang yang berjaya si TeddyVille Museum ini menceritakan serba sedikit sejarah pulau pinang suatu ketika dahulu. Kalau tak silap pelabuhan inilah yang membantu Pulau Pinang mempunyai tram suatu ketika dahulu.
![]() |
Bot Naga ( Dragon Boat) acara tahunan di Penang |
![]() |
Musim Buah Durian |
Di Museum ini boleh dikatakan menceritakan apa yang boleh anda lihat di Pulau Pinang. Apa saja. Jadi kalau singgah disini pastikan kamera anda mempunyai bateri yang cukup untuk bergambar dengna kesemua teddy bear disini.
![]() |
Free Industrial Zone Penang |
![]() |
Perusahaan Batik suatu ketika dahulu di Balik Pulau |
![]() |
Char Koey Teow antara makanan yang terkenal di Penang |
![]() |
Warung mamak |
![]() |
Kedai Gunting Rambut dahulu diusahakan oleh orang India |
![]() |
Hospitaliti dan pakar terbaik terdapat di Pulau Pinang |
![]() |
Trick Art |
![]() |
Penang Street aRt |
Lokasi TeddyVille Museum Yang Menarik Di Penang
Lokasi Teddyville Museum ini sebenarnya terletak di tingkat bawah Bangunan Double Tree Resort By Hilton Hotel Penang. Rujuk peta dibawah bagi memudahkan anda
TeddyVille Museum
GF ( Double Tree Resort By Hilton Hotel Penang)
56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Feringghi, Penang
Malaysia
Harga Tiket TeddyVille Museum
Dewasa RM 36 *mykad ( RM 27)
Pelajar RM 29 *mykad ( RM 22)
Kanak-kanak RM 25 *mykad ( RM 15)
(bawah 3 tahun percuma)
Waktu Operasi TeddyVille Museum
Untuk pengetahuan anda, TeddyVille Museum ini terletak di bawah bangunan Double Tree Resort yang sedang dinaik taraf. Memandangkan kerja-kerja menaiktaraf ini belum siap maka untuk ketika ini hanya beroperasi pada HANYA hari SABTU dan AHAD.
Jam : 9 pagi hingga 6 petang
Selepas naiktaraf ini siap museum Teddy bear ini akan kembali beroperasi seperti biasa 7 hari seminggu termasuk Cuti Umum.
Steiff Teddy Bear Termahal Di Dunia
Pernah dengar mengenai Steiff Teddy Bear yang mana merupakan teddy termahal di dunia yang dihasilkan daripada bulu kambing gurun dan berkualiti tinggi. Walaubagaimanapun ianya boleh di dapati di sini termasuk keluaran Edisi Terhad. Steiff juga menghasilkan hanya satu teddy dan tidak yang sama oleh sebab itu juga harganya agak mahal dan mempunyai sijil. Sekiranya anda meminati Teddy Bear mungkin Steiff merupakan keluaran yang mesti dimiliki.
![]() |
Steiff Teddy Bear |
![]() |
Steiff Teddy Bear |
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Mr Yeap Eskay
General Manager
email : beary@teddyvillemuseum.com