Pentingnya Meletakkan Watermark Pada Gambar
Penting sangatkah meletakkan watermark di gambar khasnya pada mereka yang terlibat secara kerap memuatnaik gambar di media sosial samada blog, facebook, twitter, instagram dan sebagainya? Apa kelebihan dan keburukan meletakkan dan menggunakan watermark? Antara yang sering menggunakan media sosial sebagai medium utama pemasaran hasil kerja mereka adalah jurufoto perkahwinan, blogger, jurumekap, pengusaha katering dan macam-macam lagilah. Kebiasaan isu yang menyebabkan seseorang itu meletakkan 'watermark' adalah disebabkan gambar hasil kerja mereka dicuri, dan digunapakai sebagai hak milik orang lain. Seterusnya lebih teruk lagi apabila digunakan untuk menipu orang lain demi mendapat keuntungan, memandangkan perniagaan online amat mendapat sambutan ketika ini. Perlukah meletakkan 'watermark' pada gambar, relevankah dan apa kelebihan dan keburukannya? Jom bincangkan...![]() |
Perlukah meletakkan watermark pada gambar |
Apa Kata Tray Cliff Mengenai Watermark?
Sebelum aRz mula berblogging memang aRz lebih ke arah meminati dunia fotografi. Sudah tentu pada masa tu aRz lebih mengikuti kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Masa mula-mula terjerumus dalam bidang ni lagi aRz dah mula meletakkan watermark pada gambar, walaupun gambar pada masa tu hasilnya senang cerita memang 'sampah'. Lalu terbaca perbincangan jurufoto-jurufoto yang lebih lama dan lebih pengalaman berkongsi mengenai watermark. Akhirnya isu ini memang tidak pernah selesai. Sehinggalah Saudara Wazari Wazir ( Malaysian Photojournalist and Travel Blogger yang terkenal dengan hasil gambar yang sangat cantik ) berkongsi mengenai artikel yang ditulis oleh Tray Cliff - Why I Dont Use Watermark.
Perbincangan ini tidak pernah habis kerana ia terpulang pada setiap individu.
8 perkara yang dikatakan oleh Tray Cliff mengapa dia tidak menggunakan watermark adalah
1. Watermark nampak buruk. Setiap kali memandang pada watermark ianya mengganggu. Ia tidak mahu membuang masa memikirkan mengenai watermark dan menurutnya lagi orang ingin melihat hasil gambarnya.
2. Syarikat yang berdaftar tidak akan menggunakan gambar curi. ( komen aRz : Tetapi di Malaysia masih terdapat beberapa kes gambar dicuri oleh sesetengah syarikat berdaftar termasuk IPTA IPTS)
3. Terdapat aplikasi mengesan penggunaan gambar milik kita.
4. Tray mendaftar gambarnya dengan syarikat hakmilik. Penggunaan gambar tanpa izin boleh dikenakan tindakan undang-undang.
5. Tidak perlu menyimpan 2 jenis gambar. Satu beserta watermark satu tiada watermark.
6. Tanpa penggunaan watermark memberikan keistimewaan pada gambar kita untuk digunapakai atau dikongsikan (bukan tujuan perniagaan) sebanyak-banyaknya dan mampu memberikan trafik yang banyak. p/s : itupun kalau mereka jujur dan memberikan link pada blog atau medium perkongsian milik anda.
7. Pencarian gambar dan pengesanan gambar semakin bertambah baik tidak perlu lagi menggunakan watermark kerana terdapat aplikasi atas talian untuk mencari penghasil atau pemilik gambar sebenar.
8. Walaubagaimanapun tanpa watermark gambar tetap akan dicuri dan ia menganggap sebagai kos menjalankan perniagaan atas talian seperti mana kecurian gula-gula di pasaraya. Agak mustahil memelihara hasil kerja kita 100% jika terlibat dengan bisnes online ( atas talian).
p/s : Tray Cliff merupakan seorang yang Travel Photographer yang terkenal dengan penghasilan gambar HDR.
Mengapa Saya Menggunakan Watermark Pada Gambar?
Susah juga nak bincangkan mengenai perkara ini yang ada kelebihan dan kekurangannya. Ini merupakan pendapat aRz secara peribadi. Sebelum ini aRz sendiri pernah melihat bagaimana gambar yang dihasilkan oleh Saudara Wazari Wazir dicuri dan digunakan untuk tujuan pengiklanan. Walaubagaimanapun ia mudah dikesan kerana gambar miliknya mempunyai nilai hasil sentuhan dan kaya dengan warna tersendiri. Kalau sekali tengok memang dah kenal ini gambar miliknya. Beliau juga berpengalaman merakamkan gambar peristiwa bersejarah dan pemimpin negara sudah pasti hasil tangannya dikenali ramai.
Hasil sentuhan sendiri amat penting supaya dikenali dan mudah dikesan sekiranya digunakan untuk tujuan yang boleh membawa keuntungunan sebelah pihak. Tetapi aRz lebih selesa menggunakan watermark walaupun dianggap buruk, mengganggu dan juga membuang masa. Ianya mempunyai kelebihan.
Kelebihan Letak Watermark Pada Gambar
Kelebihan meletakkan
1. Memberi keuntungan pada trafik blog sekiranya dikongsikan oleh orang ramai.
2. Hasil sentuhan sendiri belum mampu membuatkan orang mengenali hasil kerja sendiri. Tiada siapa kenal jika gambar kita diambil dan digunapakai untuk tujuan pengiklanan atau perniagaan.
3. Pengalaman sendiri apabila gambar dikongsi oleh laman facebook yang mempunyai pengikut yang ramai seperti Penang Kini, Friends Of Barisan Nasional, Fizo Omar, Backpackerz dan juga Nak Bebel. Hasil perkongsian ini memberikan impak yang besar pada blog.
Gambar-gambar di entri Lombong Guar Petai yang aRz kongsikan mendapat perhatian yang serius pemilik laman facebook. Perkongsian pemilik laman facebook ini memberi impak besar pada trafik blog aRz ketika itu dan aRz memuji sikap mereka kerana mengekalkan watermark url blog aRz pada gambar. Hasil perkongsian ini pada awalnya dikesan oleh anak sedara aRz di twitter oleh Nakbebel serta rakan blogger pada keesokkan harinya apabila di laman Penang Kini dan Friend Of Barisan Nasional. Jom Lihat
Gambar-gambar di entri Lombong Guar Petai yang aRz kongsikan mendapat perhatian yang serius pemilik laman facebook. Perkongsian pemilik laman facebook ini memberi impak besar pada trafik blog aRz ketika itu dan aRz memuji sikap mereka kerana mengekalkan watermark url blog aRz pada gambar. Hasil perkongsian ini pada awalnya dikesan oleh anak sedara aRz di twitter oleh Nakbebel serta rakan blogger pada keesokkan harinya apabila di laman Penang Kini dan Friend Of Barisan Nasional. Jom Lihat
![]() |
Perkongsian oleh Nak Bebel |
![]() |
Perkongsian oleh Friends of BN |
![]() |
Perkongsian oleh Penang Kini |
![]() |
Dikongsikan Oleh Master Mus beserta URL Blog |
Walaubagaimanapun terdapat mereka yang sanggup memadam Watermark dan ianya pula dikongsi oleh orang lain. Hasilnya tidak sampai kepada pemilik gambar atau blog. Antara yang aRz dapati oleh beberapa laman facebook seperti dibawah.
![]() |
Friends of BN Kedah |
![]() |
Backpackerz |
Laman Facebook Backpackerz ini antara yang paling banyak berkongsi gambar milik aRz dimana watermarkmark dikesan dipadamkan. Tidak tahulah siapa yang memadamkan watermark dan seterusnya dikongsikan pula oleh Page Fizo Omar dan lebih menyakitkan hati apabila diberikan kredit pada bukan pemilik gambar. Kalau ini terjadi pada gambar milik anda....Apa yang akan anda rasa?
![]() |
Fizo Omar |
![]() |
Kauada.com |
Untuk gambar terakhir ini mudah sangat mengesan ianya milik aRz, dimana terdapat binting hitam di langit yang mana terhasil daripada fungus yang terdapat pada lensa milik aRz.
Selepas dari belajar dari pengalaman ini, aRz berpendapat untuk meletakkan watermark pada gambar walaupun ianya kelihatan buruk dan mengganggukan. Ianya penting untuk trafik blog. Perlukah meletakkan watermark pada gambar? Selepas dari membaca apa yang aRz kongsikan anda sendiri tentukan mana satu pilihan anda semua. Setiap orang pasti mempunyai pendapat secara peribadi tertentu.
Ini pula pendapat Hikayat Budak Pening Mengenai Watermark...Dah Baca??
Ini pula pendapat Hikayat Budak Pening Mengenai Watermark...Dah Baca??
Semoga dapat menjawab kebuntuan sekiranya anda tercari-cari penyelesaian pada masalah Watermark.
Jumpa Lagi.
boleh jemput singgah irdagarmin.blogspot.com