Skip to main content

Dapat Duit Raya Di Bank Islam Melalui Akaun Al-Awfar

Cara Dapat Cabutan Duit Raya Melalui Akaun Al-Awfar Di Bank Islam

Syukur Alhamdulillah dimurahkan rezaki Cik Puteri hari ini dapat duit raya di Bank Islam. Macam mana dapat? Dari bulan puasa lagi Bank Islam menyediakan cabutan Al-Awfar sebagai duit raya. Kalau tak silap cabutan sehingga Ogos ini. Akaun Al-Awfar bukannya akaun biasa kita menyimpan duit ( Al-Wadiah) Cara nak menang duit daya di bank islam melalui akaun Al-Awfar ini mudah sangat. Jom teruskan membaca.

Cabutan duit raya al awfar, cabutan al-awfar raya, menang duit raya Di bank Islam, menang duit raya maksimum 100 bank Islam, kelebihan Akaun al awfar bank Islam,
Kredit Bank Islam

Akaun Al-Awfar Bank Islam

Kebetulan baru-baru ini masa bulan puasa, aRz ke bank Islam untuk tukar duit raya. Sambil tu cek akaun Cik Puteri ada sedikit masalah kerana tidak aktif. Masa tu juga dimaklumkan oleh staff Bank Islam ada cabutan duit raya (ada syarat untuk cabutan duit raya). Jadi alang-alang nak masukkan duit raya Cik Puteri dalam bank sambil-sambil tu bertanya mengenai cabutan duit raya ini. Nak tahu syaratnya?

Syarat-syarat Cabutan Duit Raya Al-Awfar Bank Islam

  1. Anak atau anda berumur 18 tahun ke bawah. Sekiranya anak berumur 13 tahun dan ke atas perlu dibawa bersama ketika membuat akaun Al-Awfar ini atau cabutan ini.
  2. Simpan RM 300 untuk satu cabutan. Deposit akan dikekalkan selama 3 bulan. (Maksudnya tak boleh dikeluarkan.
  3. Hadiah akan dikreditkan ke dalam akaun Al-Awfar.
Kalau kata dalam akaun ada RM1000 anda boleh membuat 3 cabutan. Contoh ja...kalau nak satu cabutan pun tak ada masalah. Mula-mula aRz sendiri pun cuma nak satu cabutan. Tapi bila fikir balik bukan guna pun duit tu jadi cuba dulu 3 cabutan.

Apa Yang Ada Setiap Cabutan?

Kalau tak silap aRz, setiap cabutan ada hadiah. Cuma aRz kurang pasti berapa hadiah maksimum. Mengikut dari apa yang tertulis maksimum RM 100 dan minimum RM 10 tetapi terdapat juga hadiah untuk kelayakan cabutan akaun Al-Awfar. 

Apa pula kelayakan cabutan Akaun Al-Awfar. Yang ini kena baca sikit di laman web Bank Islam atau bertanya terus dengan staff. Takut kalau cerita dalam bab ni nanti pening. Jadi aRz fokus pada Cabutan Duit Raya dengna Akaun Al-Awfar dulu.

Ok rasanya dah lengkap maklumat yang perlu aRz kongsikan. Tapi...hadiah apa yang aRz dapat dalam 3 cabutan duit raya? Nak tengok? Syukur Alhamdulillah walaupun tak banyak.

Cabutan duit raya al awfar Di bank Islam, kelebihan Akaun al awfar, syarat dapat cabutan duit raya bank Islam,
Cabutan Duit Raya

Alhamdulillah dapat RM 20 dan 15x EU iaitu peluang kelayakan cabutan al awfar yang asas bukan untuk cabutan raya Kali ini. Harap entri kali ini dapat membantu dan dapat gunakan peluang yang ada sebaiknya.

Setakat ini dulu. Jumpa lagi.

Comments

  1. 20 henggit pun duit jugak kan Arz....alhamdulilah rezeki tu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..dpt juga buat simpanan pendidikan si kecil nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Syukur simpan untuk 3 Bulan sahaja mana tahu dapat 100 ringgit kan

      Delete
  3. Tahniah cik puteri, Alhamdulillah...lanjer ibu ana choki2 bulehh ??

    ReplyDelete
  4. 18 tahun kebawah.. sab3x.. hihihih.. tahniah kat adik puteri tu.. :D

    ReplyDelete
  5. alahai, budak-budak je ke yang boleh..huhu

    ReplyDelete
  6. Ala.. Jauh la pulak Bank Islam dari rumah... Paling dekat Bank Rakyat je. Bank2 lain, semua jauh. Yang dekat pun ATM dorang je.

    ReplyDelete
  7. thank you for sharing arz..irda pun ada bukak akaun ni untuk alya..tapi lama dah tak check...hehe..bila tengok entry ni rasa macam nak pergi bank islam check akaun ::)

    ReplyDelete
  8. belum ada rezeki untuk terpilih cabutan Al Awfar tiap2 bulan.. banyak tu 15EU hehe.. semoga makin murah rezeki..

    ReplyDelete
  9. tak pastilah account Al Awfar CT masih ok ke tah tah tak active gak.. lama tak check hehe..

    ReplyDelete
  10. huurm.. umur tak lepas nak cabutan hahaa.. sabar jela.. muda2 je dapat duit raya..

    ReplyDelete
  11. Utk ank2 je erk, utk mak2 agak eh akan dtg plak kan.
    Rezeki cik puteri tu.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah rezeki anak namanya tu kan

    ReplyDelete
  13. ermm ingat untuk orang besar hi3...
    kalau x boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akaun al-awfar untuk orang besar pun boleh cuma tak layak cabutan duit raya...orang besar pun tak dapat duit raya kan hehe

      Delete
  14. TAHNIAH..ALHAMdulillah rezeki

    ReplyDelete
  15. Wahhh, bestnya dapat duit raya! :)

    ReplyDelete
  16. seronaknya diaa dapat duwet raya...

    ReplyDelete
  17. alaa memang tak de pelaung aar kalau syarat mcm ni

    ReplyDelete
  18. Saya tak faham tentang al-awfar ni sebenarnya. Dah tukar ke akaun al-awfar ni dia tolak duit dari akaun bank kita ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada duit yang di tolak dari akaun kita....sebaiknya bertanya terus dengan pegawai bank islam...insyaallah diorang mesra untuk menjawab soalan anda

      Delete
  19. ade lagi ke 2016 ������

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA NYANYIAN FADZLI FAREAST FT MALIQ SUHAIMI

LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA NYANYIAN FADZLI FAREAST FT MALIQ SUHAIMI LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA | Lagu ini di nyanyikan oleh Fadzli Fareast dan juga Maliq Suhaimi diterbitkan oleh Inteam Digital. Lagu yang dilancarkan pada bulan Mei 2019. Terasa nak kongsi lirik lagu Carilah Aku Di Neraka kerana teringat kembali ketika singgah di sebuah masjid untuk solat Isyak berjemaah ada sebuah majlis ilmu yang sedang berlangsung dan ustaz membacakan tentang hadis di mana sahabat mencari sahabat di neraka. Jom baca saya kongsikan lagi mengenai lirik lagu ini dan hadis mengenai perkara ini. lirik lagu Carilah Aku Di Neraka Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: "Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."...